Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Tq

Gdg

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzha

Blog Archive

Tuesday, August 4, 2009
Stanges Of Change juga dikenali juga sebagai SOC, sebut saja SOC, kaunselor penagihan akan teringat akan beberapa soalan soal selidik yang disodorkan kepada para penagih untuk memulakan sesi kaunseling yang pertama.



Dalam kaunseling penagihan, selepas membina repo, kaunselor akan menggunakan "tools" untuk menentukan tahapan penagih dimana dia berada sekarang. Dari soal selidik yang dijalankan, kita akan menemui apakah sang penagih itu berada di tahap seperti dibawah, bertolak dari tahap tersebutlah, kaunselor akan mengatur strategi untuk menjalankan sesi. Adapun 4 tahapan tersebut ialah :

1. Precontemplation
2. Contemplation
3. Action dan
4. Maintenance

Soalan ini boleh diberikan secara langsung, ataupun kaunselor membaca soalan tersebut dan dijawab oleh penagih. Dalam hal ini, ada orang bertanya saya, boleh kah penagih ingin membohong katakan? Boleh....biarkan saja. Nanti kita akan jumpa konfrantasi di dalam sesi berikut. Sifat bohong ini membuktikan dan menjelaskan lagi kepada dirinya, siapa dia yang sebenar.

1. Precontemplation
Tahap ini penagih tidak mahu berubah. Dia masih belum benar2 mahu berubah. Jika dia kata saya dah insaf dan mahu berubah, nampaknya dia berbohong dan masih lebh cenderung untuk meneruskan karya hinanya.

2. Contemplation
Tahap kedua, dia sudah mempunyai keinginan untuk berubah. Kesedaran / keinsafan sudah mulai timbul. Dia sedar, dadah selama ini telah membuat dirinya haru-biru, kacau-bilau, tak tentu arah, tidak tahu dimana rumah, dimana keluarga, dimana ibu ayah, adik beradik malah dimana Tuhannya. Dia mengaku secara jujur, kerana dirinya lah, dan bukan kerana orang lain dia terjebak didalam kancah penagihan, kalau pun ada disebab kan oleh orang lain, itu hanya faktor sampingan sahaja.

3. Action dan
Tahap ini, penagih sudah pun benar-2 ingin berubah, dan pulih, dan sedang dalam membina rancangan perubahan, atau lebih dikenali plan rancangan pemulihan klien. (RPK). Saya teringat Raja Petra Kamaruddin.

4. Maintenance
Tahap terakhir dimana sang penagih sudahpun memulakan langkah awal pemulihan ke atas dirinya, namun dia perlu mencari solusi untuk menjaganya (kepulihan) sehingga akhir hayat untuk menjamin kepulihan yang kekal terhadap dirinya.

Anda ada ahli keluarga yang menjadi penagih? Mari kita uji mereka dengan soalan2 tadi. Huraian lanjut boleh didapati di laman web ini.

0 comments:

Post a Comment

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Link

Tempahan Buku Klik

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Kaunselor Anda

Kaunselor Anda