Friday, September 25, 2009

1 Syawal di Pulau Melaka

Dari kiri, Masjid Pulau Melaka, rumah MB, rumah Ust. Nik Adli dan bekas tapak pondok
Dari kiri, rumah Ust. Nik Adli, bekas tapak pondok (bangunan tak siap), bangunan sekolah Arab

Pada tahun 2004, saya dan rakan-rakan pernah posing antara 2 buah pondok besar yang terletak di atas bekas tapak pondok itu, disinilah saya dari 1999 hingga 2006. depan pondok ada sebuah bilik air besar, pokok kelapa dan tempat jemuran. Turun pondok terus ke masjid. Tiap hari kami menadah kuliah subuh dari Tuan Guru.

Masjid Pulau Melaka dari depan pondok setelah belaku pengubah suaian. Asalnya setingkat.

Namun kini semua tinggal kenangan, apabila pondok kebanggaan kami runtuh oleh angin masa. Kami anak-anak pondok memanggil Tuan guru dengan gelaran "Ayah Zid". Manakala adik beliau, Ustaz Nik Razi, kami panggil Ayah Zi.

Orang ramai berpusu-pusu ingin menyalami dengan Tuan Guru. Namun tak semua dapat bersalam.Body Guard, hehe, orang-orang kampung ni jugaklah, tolong bagi tau hadirin, dah-dah, tok guru penat, nak naik ke rumah. Ramailah yang tak sempat bersalam. Lepas solat Aidil Fitri, nikmati pula juadah laksa kuah lemak. Syawal 2008
 

No comments:

Post a Comment