Friday, September 25, 2009

Berhati-hati jika anda melalui Maran

"Kemalangan di Maran"

Dalam perjalanan ke sini tadi, (dari Kuantan ke Kuala Lumpur) kebetulan kejadian mencemaskan berlaku di depan mata, sebuah kereta hilang kawalan, lalu membaham pembahagi jalan, kemudian terbalik beberapa kali, 2 orang berbangsa Cina keluar melalui tingkap.Saya cuma bantu hubungi polis dan hospital, kemudian meneruskan perjalanan. Saya turut terkejut dan memutar-mutar stering ke kanan-kiri entah tidak tahu harus ke mana kerana ingin mengelak kereta yang sedang terguling-guling itu melibas vannete saya.

Secara tiba-tiba semua kenderaan memperlahan kan kenderaan masing-masing. Seorang lelaki menaiki motosikal (singgah sekejap) mengatakan, jalan ini memang selalu terjadi macam ni, dari Simeboard tu, setiap minggu saya pulang, ada sahaja yang berlaku di kawasan ini.

Pemandu sempat keluar
Entah apa yang ada, mungkin angin kuat yang secara tiba-tiba atau pemandunya mengantuk, kerana member yang disebelahnya memang tertidur. Jadi, pada yang sering melalui kawasan ini, antara hentian rehat Maran, tingkatkan keberhati-hatian anda. Malang itu kadang-kadang berbau juga.
 

No comments:

Post a Comment