Tuesday, September 15, 2009

Muttaqin : Menyemak Diri

Menurut Ustaz Maftuh Ahnan, ada 8 jenis manusia ini. Semua manusia akan tergolong dalam yang 8 ini. Mari kita semak, masih dimana kita dan mahu ke mana selepas ini? Adapun 8 ciri-ciri berikut ialah :

1. Mu'min
2. Muslim
3.Muttaqin
4.Fasiq
5. Musyriq
6.Munafiq
7.Kafir
8.Murtad

Sembari kedatangan Ramadhan, ia mengajak kita (mukmin, in sya Allah) menuju ke maqam Muttaqin, nah, sekarang tinggal beberapa puluh jam saja lagi Ramadhan akan berakhir. Dig-dag, dig dap... hati risau, apakah sudah kita dimasukkan ke dalam golongan muttaqin? Kalau iya, apa tanda-tandanya, dan kalau belum, apa yang harus kita lakukan? Berjalan ke sana? Oh ..tak boleh, kita harus bahkan wajib mengejarnya "Muttaqin".

1. Menurut Ustaz Maftuh, ciri-ciri "Muttaqin" itu ialah percaya akan wujudnya alam ghaib. Adanya tuhan, jin, malaikat, adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala walaupun semua itu tidak nampak pada mata kasar.

2. Percaya pada isi kandungan Al-Quran, artinya bukan sekadar mempercayainya sahaja, bahkan mengambil suri tauladan, mahu mengikutinya. Masya Allah, ramai anak perempuan hari ini tidak mahu menutup auratnya.

3. Mendirikan sholat 5 waktu dengan baik.

4. Mahu mengeluarkan sebahagian rezki kurniaan Tuhan padanya dijalan yang diridhoi Allah Taala.

5. Beriman dengan seyakin-yakinnya akan kedatangan kiamat. Hidup ini akan berakhir dengan kematian dan bermula dengan kehidupan yang baru.

6. Suka memaafkan kesalahan orang lain.

7. Suka menahan marah.Kecuali hal-hal yang melihat kemungkaran yang dikerjakan oleh orang lain.

8. Sentiasa meminta ampun dengan tuhan akan kesalahannya yang lalu walau sekecil apapun.

9. Suka pada masjid, beriktikaf didalamnya.

Demikian senarai semak ciri-ciri muttaqin. Mari sahabat sekalian, kita menuju ke tingkat ""Muttaqin" sebeum
nyawa di ambil dari badan kita.
 

No comments:

Post a Comment