Wednesday, September 2, 2009

Selamat Menduduki UPSR

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, anda di seluruh Malaysia sedang menunggu saat, saat yang akan menentukan siapa anda dalam akademik selama ini. Selama 6 tahun anda di sekolah rendah, dari darjah satu sampai darjah 6, segala ilmu akan terkumpul dalam sekeping kertas keputusan UPSR. Begitulah hidup, bukti kita FAHAM, adalah kita boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Sebaliknya jika anda GAGAL, bermakna selama ini anda kurang FAHAM, atau tidak berjaya mengingati FAKTA, dan ISI PENTING yang seharusnya anda save dalam minda. Apapun... (seoalah) segalanya tidak dapat membantu kini, yang dapat membantu anda di saat akhir ialah DOA, harapan dan ketenangan jiwa.

Dalam Konteks yang Lebih Luas

Begitulah, dalam mengenderai hidup, kita akan membawa sekeping sijil ke akhirat nanti. Sijil itu akan diterima di padang mahsyar, yang berjaya, dan cemerlang mematuhi perintah ALLAH akan menerimanya dengan tangan kanan.

Adapun yang GAGAL, akan menerima dengan tangan kiri melalui belakangnya. Anda pilih, mana mahumu, dan buatlah KEPUTUSAN, anda sesekali tidak boleh menyalahkan takdir.

Cuti

MULAI 03 hingga 10 September 2009, semua murid tahun satu direhatkan, tidak perlu hadir ke sekolah. Ini untuk memberi laluan kepada persediaan UPSR peringkat akhir. HARAP MAKLUM
 

No comments:

Post a Comment