Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

PANDUAN MENGISI DATA PSIKOMETRIK

1. BUKA WEB EPKM.MOE.GOV.MY 2. KLIK GURU KAUNSELING 3. PILIH TAHUN PERTAMA 4. TURUN KE BAWAH SEKALI, KLIK DOWNLOAD LAKUKAN UNTUK SEMUA TAHUN...

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Saturday, September 26, 2009


"Wahai Nabi, (Muhammad), katakanlah kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuan kamu dan kepada seluruh kaum muslimin, supaya mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dadanya, demikian itu lebih mudah untuk mereka di kenali, dan tidak akan diganggu (oleh pemuda yang suka menggangu)" Surah AnNur Ayat 31.

Tuan-tuan sekalian, kita sekarang berada di penghujung tahun 2009. Guru Kaunseling dan Ustaz Ustazah sekolah rendah patut teliti tulisan saya ini. Ketika anak-anak kita menginjak ke sekolah menengah, mereka sudah kehilangan orang seperti anda, yang boleh menegur dan memberikan bimbingan. Guru sekolah menengah adalah orang lain. Belum tentu sama dengan kita. Kalau lebih bagus, syukurlah, tetapi kalau sebaliknya?

Ketika mereka sudah pun berada di alam sekolah menengah, waktu pulang dari sekolah, petang-petang kita terlihat dan melihat, ramainya antara mereka yang tidak memahami dan tidak mengerti hukum wajib memakai tudung kepala. Saat itu kita hanya memandang dan berkata di dalam hati, kenapalah budak ini tidak disuruh ibu nya memakai tudung, walhal dia ke pasar malam, ke kedai dan ke mana bersama ibunya, sedang ibunya memakai tudung. Kenapa ini terjadi?

Didikan Dari Orang Tua

Ya, yang pertama didikan dari orang tua sendiri, Syabas yang memakaikan tudung pada anak perempuan seusia 2 tahun. Orang tua seperti ini, adalah orang yang tahu hukum-hakam. Namun bagaimana pula keadaannya jika orang tua mereka jahil?



Peranan guru di sekolah


Nah, sekarang peluang guru-guru yang berada di sekolah memindahkan ilmu hukum ini kepada anak-anak didik mereka. Katakan kepada mereka bahwa melepaskan rambut (tidak bertudung bagi yang dah cukup umur) adalah berdosa. Di akhirat tuhan akan menggantungkan buah dada mereka didalam neraka dengan besi seperti mata kail yang dibuat dari api neraka. Apakah kamu sanggup menghadapi siksaan sebegini dahsyat ? Biarlah mak kamu tidak bertudung, tetapi kamu belajarlah perlahan-lahan untuk mempraktikkan ajaran Islam ini. Ajaran ini menyelamatkan kamu di dunia (gangguan) dan akhirat (siksa).

Ambilah peluang ini semasa perhimpunan pagi dan waktu relief di dalam kelas. Kelak setiap patah ucapan anda, akan menjadi pahala buat anda di dalam kubur. Bukankah tuhan menyatakan melalui lidah NabiNya, 3 perkara yang berguna bagi manusia setelah dia meninggal dunia, "Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain". Mengajar sepatah ayat tentang kewajipan bertudung adalah salah satu saham abadi buat kita. Takkan dalam ratusan pelajar itu, tidak ada seorang pun yang mahu turut pengajaran kita ini?


Bercakap hal tudung ini, terjumpa pula komen pasal orang pakai tudung? Aik....dari fahaman mana pulak nih? Semaklah Al-Quran, buka lah surah An-Nur, zoom pada ayat 31. Ish, Ish, manusia, kalau jauh dari hidayah....beginilah jadinya.

www.noorhisham.com


Masalah Dalam Bertudung

Ada yang mengatakan bahawa tidak bertudung itu adalah prinsip hidup I. Tak kan I nak korbankan prinsip hidup I. Alamak....Dia jadikan maksiat itu prinsip hidup? Nanya kawan kita ni, dia tak sedar yangbertudung itu adalah Suruhan Tuhan, bukannya arahan kerajaan atau idea cikgu di sekolah. So, kawan seperti ini, kita kena sedarkan dia bahawa bertudung adalah ajaran agama ke atas orang yang dah akil baligh, akil maknanya sudah pandai berfikir, baligh maknanya cukup umur.

Haha, kalau tak cukup umur lagi...tak payah lah pakai tudung ye, sebab tak berdosa kang...betul tak? Balasan orang yang melawan perintah Allah adalah siksaan api, kalau tak percaya, sila kan mencuba....kata orang, belum cuba, belum tau.

2 comments:

  1. huhu..
    sy xtaw la camne nk tgur kwn sy yg xbrtudung..
    kwn sy ni slalu cite yg dia slalu diganggu.. tp dia tetap xnk pki...
    camne ek??

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pertanyaan, mungkin sedikit tambahan di atas boleh membantu saudari

    ReplyDelete

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive