Saturday, October 31, 2009

Convert Video FLV


Kiranya anda memuat turun video format flv dari youtube, video itu pastinya tidak boleh dimainkan di dalam slaid power point anda. Anda perlu convert terlebih dahulu video itu dari fail flv menjadi wmv. Saya mencuba beberapa software guna men-konvert kan video tersebut, ternyata ada yang lambat sangat.

Dan ini adalah salah satu dari program software tersebut.

Read more »

 

Bersiap Untuk 2010

Sekarang guru-guru mulai sibuk mengemas fail 2009, dan mula melihat-lihat fail 2010, apa yang nak dibuat nanti, kena siap-siap cari idea dari sekarang.

Read more »

 

Dah suntuk Masa

Team JU terpaksa menggunakan kh
idmat video untuk bermesyuarat secara online.

Namun sayangnya, ada sahabat yang tidak berjaya masuk. Yang tak berjaya ni sebab guna broadband. Celcom belum dapat berbangga lagi, kemajuan kita di alam teknologi terlalu jauh di banding negara India dan negara-negara lain.

Sahabat saya di Seremban terpaksa melihat sahaja apa yang berlaku pada malam ini. Manakala Sdr.Amin di Kedah, langsung tidak dapat masuk. Alahai. celcom, celcom, lambat bayar, di kejarnya kita, janji brodband RM70, sampai bil ke rumah RM73.00.

Hemmm..... melihat sahaja lah

Read more »

 

Punca Slaid Tidak Keluar







Pelik juga, tanpa menekan mana-mana, dan tidak mengubah apa-apa setting, paparan power point di boleh tidak muncul.

Padahal semalam di SK Sungai Ramal Dalam, setelah tamat sesi ceramah, saya pulang terus dan tidak membuka lap top ini. Namun mujur juga, kerana dapat pengetahuan baru.

Read more »

 
Friday, October 30, 2009

Kisah Cinta?


Satu Malaya baca, wah cerita JU ICT Kaunseling bercinta masuk surat khabar....

Jika anda ke laman web http://l4kpm.net, di situ ada terpampang foto beliau.

Program penghantaran Laporan kaunseling seMalaysia ini pun di usahakan oleh beliau dan Norhisham Seremban.

Read more »

 

Download siaran TV3

Sekian lama saya mencari-cari cara, bagaimana nak salin tayangan video dari TV3 dan juga TV9. Akhirnya baru teringat ada seorang sahabat yang sering mengambil berita Nurin Jazlin dari Buletin Utama dan di paste ke halaman youtube. Beberapa orang saya hubungi untuk bertanya cara, namun hanya seorang yang membantu menjawab.

Rupanya, untuk menyalin siaran itu anda perlu daftar dahulu dengan laman web TV tersebut.


Yang kedua PC anda harus mempunyai softwareReal Player. real Player secara automatik akan menayangkan butang download this video.

Oh kalau gitu lepas ni banyak lah siaran 360 dan 999 boleh saya tayangkan pada anak-anak di sekolah.

Read more »

 

Remaja Harapan Negara

Sepagi di SK Rinching Hilir, Persediaan Awal Menghadapi UPSR 2010

Read more »

 

Psediaan Awal UPSR di SK Rinching Hilir

Semalam saya menghadapi masalah paparan dari lap top tidak keluar di layar, selama setengah duk baik pulih, akhirnya ceramah (Awal Remaja) di SK Sungai Ramal Dalam bermula lewat dari jangkaan, ceramah dimulakan setelah mengganti dengan projektor baru. Masalahnya gambar keluar berkelip-kelip, tidak tahu apa masalahnya.

Hari ini di SK Rinching Hilir ada masalah lain lagi, paparan dari desktop keluar di layar skrin, tetapi power point tidak keluar, sedang di lap top ianya muncul.


Belajar lagi masalah baru, akhirnya setelah tamat ceramah dengan menggunakan Lap top lain, barulah kesilapannya di sedari. Hati kecil saya semenjak pagi lagi bekata-kata, hari ini saya perlu membawa projektor sendiri.

Sebab naik motor, saya tak bawalah benda itu.

Read more »

 

INTERNSHIP 2: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SMK PENGHULU SAAD, PARIT SULONG


Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di SMK Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah bagi memenuhi syarat Internship 2 dalam Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sasaran peserta program ialah pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah PMR seramai 70 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pengisian program ialah Tayangan Video "TERSASAR DI JALANMU" serta perbincangan mengenainya, Ceramah Ancaman Dadah Kepada Remaja dan Pengendalian Soal Selidik Skala Tahap Kesedaran Dadah Dalam Kalangan Pelajar.


Encik Mohd Jais bin Bakar, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Penghulu Saad


Biar apapun caranya, maklumat perlu disampaikan sebagai usaha mencegah remaja dari terus terlibat dengan ketagihan dadah

Sebahagian peserta pelajar lelaki


Sebahagian peserta pelajar perempuan



Read more »

 

CERAMAH AKTA DADAH

Pada 27 Oktober 2009, Selasa satu ceramah berkaitan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) telah diadakan di Kelas SPADA. Penceramah jemputan khas ialah Tuan Afzainizam b Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).













Read more »

 
Thursday, October 29, 2009

Cara Buka FTP

Ramai jugak yang terkandas bab FTP ni. Saya dah upload bahannya dan di sini saya sertakan power point cara membukanya, PC anda perlu ada Program Winrar. Dapatkan winrar di sini. Klik di sini untuk
Cara Buka FTP

Read more »

 
Wednesday, October 28, 2009

Bertemu di L4

Sahabat lama saya di MPI, semasa mengambil KPLI 2004, Baharuddin dari Terengganu baru menghubungi saya setelah terlihat foto munggil di http://l4kpm.net. Setakat ini hanya Suhana dari Johor dan Fadhilah N9 yang masih boleh dihubungi, Sementara Khairul Bariah di Ampng sudah pun tak dapat dihubungi setelah beliau berkahwin tempoh hari. Oh ya, Azmi jugak masih berhubung, itupun kerana beliau menjadi JU Kaunseling di Kedah.

Harap semua rakan-rakan yang terputus hubungan dapat menghubungi saya kembali.afraima@yahoo.com. Mana rakanku Shah yang sudah posting ke Sabah.Hilang terus nampaknya...

Read more »

 
Tuesday, October 27, 2009

Hanya 45 Saat



Video ringkas di atas ini menunjukkan cara menghantar borang L4, mula-mula Klik Ikon L4, kemudian pilih negeri anda, pilih jenis sekolah anda, browse, dapatkan fail excel dan klik Open dan hantar.

Read more »

 

PERINGATAN

Tindakan Yang Perlu di Buat

1. Setelah anda download borang tersebut, sila namakan (rename) borang itu mengikut nama kod sekolah masing-masing, contoh BBA4018

2. Biarkan fail excel itu tetap dalam program 2003, jangan hantar excel 2007. Tidak semua PC boleh membaca program tersebut.

Tempat Kursus bagi Kaunselor daerah Hulu Langat

4-6 November 2009 di Coral Bay Resort
Kemudahan internet ada. Sila bawa broadband anda supaya ramai dapat menggunakan talian internet.

Read more »

 
Monday, October 26, 2009

Pelajari Cara Muat Turun "Download"


Kadang-kadang bila nak download sesuatu, ada yang memang kita tersesat sampai tak jumpa mana dia butang nak download. Punya lah payah, macam dia tak nak bagi pun kita download, ada yang kena bayar dulu, masukkan emel dulu, dan macam-macam. Untuk memudahkan semua, saya sertakan paparan video ringkas ini. Semoga tiada lagi masalah "tak reti nak download".

Read more »

 

Program terdekat

Sibuk, sibuk. Khamis ini 29 Oktober di SK Sungai Ramal Dalam, Program Awal Remaja, 30 Oktober di SK Riching Hilir, Persediaan Menghadapi UPSR 2010 bagi murid-murid tahun 5.

2 hingga 4 di Pangkor
, (tengok kat web ppd 4-6 lak) Program Taklimat e-pelaporan untuk semua guru bimbingan dan kaunseling daerah Hulu Langat, setiap sekolah mesti menghantar seorang wakil, sila muat turun borang L4 sekolah menengah di sini dan sekolah rendah di sini, dan isikan secara manual, kemudian bawa di Pangkor. Dapatkan surat panggilan di pegeon hold masing-masing, kegagalan menghadiri taklimat ini memungkinkan anda tidak faham cara penghantarannya. Ingat, KPM sedang memantau kemasukan laporan2 ini dari seluruh Malaysia.

Manakala 4-7 November , kami team JU ICT Inysa Allah akan ke Semporna Sabah bagi membantu menyiapkan program untuk negeri Sabah, khabarnya ada 24 buah PPD.


Read more »

 
Sunday, October 25, 2009

Kenangan di ICR




Ada Gambar lagi dibawah, sila klik seterusnya








Read more »

 

Wau...dah Besar Anak Acu


Semasa ibunya belajar di SPADA, dia dibawa ke kelas hari-hari, kini dah lahir dan sedang membesar. Semoga menjadi anak yang membahgiakan orang tuanya.

Read more »

 
Saturday, October 24, 2009

Kem Kepimpinan Calon Pengawas

Ada 2 jenis pemimpin, seorang pemimpin adalah yang dilahirkan, dan ada yang di programkan. Pengawas sekolah adalah antara mereka yang di programkan untuk menjadi pemimpin kecil-kecilan di sekolah.

Pengawas yang baik adalah pengawas yang boleh mengikut per aturan sekolah, seperti memakai baju di dalam, sentiasa dalam keadaan bersih, masuk dan keluar kelas mengikut peraturan, rambut sentiasa kemas, memakai kasut yang telah di gariskan oleh pihak sekolah dan sebagainya.

Tidak menunggu guru meminta berbuat itu dan ini, melainkan dia sudah memahami apa yang perlu di buat ketika situasi begitu dan begini. Ketika majlis perhimpunan setiap hari Isnin, dia sudahpun membantu mengatur kerusi untuk guru duduk.


Untuk meneropong manakah murid yang layak di angkat sebagai pengawas sekolah yang bertanggungjawab, pihak sekolah kebangsaan Bangi telah mengadakan kem kepimpinan calon pengawas bertempat di Impian Country Resort selama 2 hari 1 malam.




Read more »

 

Mohandas Karamchand Mahatma Gandhi

Kepimpinan Melalui Teladan

Rasulullah SAW menjadikan diri beliau sebagai role model kepada umat manusia seluruhnya. Baginda setiap hari beristigfar 100 kali, sedangkan beliau adalah maksum, yakni terpelihara dari dosa kecil dan besar. Sikap beliau ini semestinya menjadi suri tauladan kepada ikutannya.

Contoh yang sangat Agung ini sebenarnya telah mempengaruhi jiwa seorang pembesar negara, iaitu Mahatma Gandhi. Beliau, walaupun Perdana Menteri kepada Negara India, tetapi sering ke mana-mana menaiki keretapi kelas 3. Suatu hari beliau terserempak dengan seorang wartawan di dalam gerabak kereta api.

Bukankah anda ini Mahatma Gandhi? Tanya wartawan itu. Nama saya, Mohanndas Karamchand Mahatma Gandhi, tetapi rakyat memanggil ku begitu.

Kenapa tuan menaiki kereta api kelas 3? Bukan kah tuan ini Perdana Menteri? Sebab tidak ada kelas 4. begitu jawabnya. Demikian peribadi beliau yang sangat gemar menbaca buku cerita tentang sejarah Baginda Rasul SAW.

CAWAS, Calon Pengawas dari SK Bangi seramai 80 sedang mendengar ucapan taklimat yang di sampaikan oleh Cikgu Hizbullah Harun selaku Kem Komandan kali ini.


Kem Kepimpinan kali ini di adakan di Impian Country Resort.

Read more »

 

Macam Mana nak Download Nih


Ramai jugak yang masih tak tahu cara nak download (muat turun) borang L4, berikut saya sertakan video macam mana nak download benda tu. Untuk lebih mudah, anda perlu ke www.kaunselor.com,jika di blog ini, nampaknya macam kena lalu jalan jauh sikit. Cubalah, mana-mana pun boleh.

Sepatutnya semua kaunselor mendapat taklimat, berhubung cara-caranya, namun hingga hari ini, daerah ini masih lagi tidak jumpa anak bulan, daerah lain rasanya dah buat semua. Kita ada masalah sedikit.

Bagaimana nak download borang

Read more »

 
Thursday, October 22, 2009

Apa Nak Buat

Antara sukses di dalam melaksanakan tugas yang di harapkan dan kekangan masa, nampak-nampak macam taklimat L4 seperti tidak akan menjadi kenyataan. Mungkin hanya sekeping surat boleh menyelesaikan semua masalah?

Apa masalah sekeping surat tidak dapat di keluarkan?

Read more »

 

JAMUAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

22 Oktober 2009
Meena dan Vanaja telah mengadakan Majlis Jamuan Deepavali dengan menjemput semua warga SPADA termasuk Pengurusan dan staf SPADA.







Read more »

 

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN CIK DILA

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Cik Dila yang ke????


Puan Ida tolong suapkan kek.....

Tersenyum...hehe

Potong kek tu hati-hati....jangan terpotong jari


Ramai juga Rakan Pelajar SPADA yang meraikannya


Hah...Tuan Loh pun ada

Abang Rodzi tu pulak.....

Read more »

 
Tuesday, October 20, 2009

Semoga Sdr Hafney Redha ...

Sudah beberapa kali saya hubungi Sdr.Hafney Pengerusi PENDAMAI, sekarang baru dapat bercakap dengannya. Saya kena ujian la...katanya. Dari cerita yang disampaikan kaki kanannya kena potong sampai paras betis.Beliau sebelum ini kena kencing manis.

Read more »

 

SUASANA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI SPADA













Read more »

 
Monday, October 19, 2009

Runtuhnya Keangkuhan Manusia

Seorang kawan saya baru pulang dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat (SUMBAR) Indonesia, dan sempat melewati Padang sewaktu perjalanan pulang. Saya tampilkan foto-foto terbaru gambaran Padang kini dan dulu.




Syaza rajin membaca, dalam pesawat pun masih nak membaca


Gambar KOta Padang 2007, sebelum Gempa 2009.

Selain dari gedung dan bangunan dan sudah hancur berantakan, banyak juga yang hampir tersungkur menyembah bumi.
Anda mahu beli jika dijual murah-murah? Dunia tiada harga lagi bila keadaan begini terjadi.
Padang Oh Padang, Apa Dosamu sehingga begini jadinya, apakah ini ada kaitan dengan murkanya Tuhan, atau memang lumrah kejadian alam menuju titik penghujungnya?


Yang masih hidup bersyukurlah di atas nikmat kehidupan yang masih tersisa, bangkitlah dari bencana ini, membina hidup dan hubungan serius dengan Tuhan, alam ini tak kekal. Kamu jua sehari dua lagi akan dipanggil Ilahi.

Read more »