Sunday, October 4, 2009

Berkampung di Ayer Keroh

Selamat datang di ucapkan kepada semua Ju-Ju dari seluruh Malaysia yang baru dilantik ke Hotel MITC, Ayer Keroh. Kita akan berada di sini hingga Rabu iaitu 7 Oktober 2009. Kami berlapan, JU ICT Kaunseling Kebangsaan akan memimpin tuan-tuan untuk mengisi borang L4 di web http://l4kpm.net. Saya dapat makluman, seramai 5 orang dari Negeri Selangor akan ke sana termasuk 3 orang JU Kebangsaan, saya , Puan Marina dan En.Fadzlie (Sabak Bernam).

Manakala 2 orang lagi adalah dari sekolah rendah dan menengah. Mungkn negeri-negeri lain juga akan menghantar 2 hingga 3 orang wakil. Syabas kepada JU dari Kedah, Mohd Aminudin kerana dapat ke Kuala Lumpur dengan flight. Ini rezki tuan-tuan yang tinggal jauh. Kami jugak di KL ni yang duk main pusing-pusing antara Goldcourse dan Bandar Hilir Melaka.

Selepas menerima taklimat dan tunjuk ajar disini, tuan-tuan akan balik ke daerah masing-masing dan meminta semua kawan-kawan mengikut arahan terbaru ini. Semoga mendapat kerjasama yang baik dari semua rakan-rakan kita.
 

No comments:

Post a Comment