Friday, October 16, 2009

E-Pelaporan dan E-Pemantauan

Jam 7.00 pagi keluar rumah, singgah sekejap di sekolah, terus ke Jabatan Pelajaran di Seksyen 4, Jalan Jambu Bol. Mesyuarat hari ini adalah bersama Pegawai Kaunseling / HEM dari Seluruh daerah Negeri Selangor. Sementara saya hadir atas kapasiti JU Negeri Selangor bersama 4 orang rakan lagi.

Mesyuarat berlangsung sekitar e-pemantauan dan e-pelaporan. Hal-hal lain jugak banyak di sentuh. Memikir pengumpulan data dari 900 buah sekolah di negeri Selangor mungkin menerima sedikit masalah, kami akan bermesyuarat lagi di Pangkor 19 November ini. Hu...kesian....kena pergi pake' uang sendiri. Bayar penginapan sendiri, tidur, mandi dan makan sendiri..


Pegawai Kaunseling PPD dari seluruh Selangor

Saya amat mengharapkan agar rakan kaunselor di daerah saya sentiasa "alert" dengan perkembangan semasa. Biar pun kuasa dari langit belum turun supaya anda mengisi maklumat sesi bimbingan dan kaunseling, namun blog ini dan ini telah beberapa kali meng-war-warkan di laman blog dan emel. Hingga kini entah berapa ramai yang sudah mengambil respon. Sudah 2 kali En.Khairuddin menegur saya, kamu tu JU, tapi laporan Langat selalu tak siap. Waduh... Hulu Langat ada 88 buah sekolah rendah, belum lagi sekolah menengah 40 buah lebih.

Saya perlukan 2 orang pembantu sebagai JU Daerah, seorang dari sekolah menengah dan seorang dari sekolah rendah untuk membantu Pegawai PPD mengumpulkan data dan dihantar ke KPM hujung bulan depan.


JU Kebangsaan, En.Fazlie, sedang membuat persediaan untuk menyampaikan taklimat metode pelaksanaan penghantaran borang L4 secara alam maya.

Daerah Putra Jaya telah pun mengadakan sesi taklimat L4. Hmmmm. Bila lah agaknya Hulu Langat akan mengambil inisiatif yang sama.

Mesyuarat berakhir jam 5.37 minit petang
, dari Shah Alam ke Bangi melalui kesemrautan kereta, lori dan bas, jam 7.04 saya tiba di rumah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi : 0194424417 atau YM afraima@yahoo.com


 

No comments:

Post a Comment