Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

LOGO

 

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Friday, October 30, 2009

Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di SMK Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah bagi memenuhi syarat Internship 2 dalam Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sasaran peserta program ialah pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah PMR seramai 70 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pengisian program ialah Tayangan Video "TERSASAR DI JALANMU" serta perbincangan mengenainya, Ceramah Ancaman Dadah Kepada Remaja dan Pengendalian Soal Selidik Skala Tahap Kesedaran Dadah Dalam Kalangan Pelajar.


Encik Mohd Jais bin Bakar, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Penghulu Saad


Biar apapun caranya, maklumat perlu disampaikan sebagai usaha mencegah remaja dari terus terlibat dengan ketagihan dadah

Sebahagian peserta pelajar lelaki


Sebahagian peserta pelajar perempuan



0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive