Saturday, October 3, 2009

Perlunya Journal

Mungkin ada nampak, dan mungkin tidak, ada di celah-celah program Tufh And Rugged dan TC, terselit program yang mungkin masih boleh dipertingkatkan lagi. Melalui journal anda yang bermutu tinggilah anda boleh membantu AADK dan Negara.

Sebabnya, anda dikenakan menyalin salin laporan dan journal untuk di tinggalkan pada AADK setelah berakhirnya intership nanti. Melalui journal itulah anda boleh membantu. Mungkin tulisan anda sangat bermutu, lalu diberi perhatian, atau tiada maknanya bagi mereka, lalu di pinggirkan.

Saya teringat dalam program TC, ketika program Encounter, penghuni masih menggunakan kata-kata, bodoh, bangang, bingai, lambung, hentak kaki, dan sebagainya. Ada kemungkinan penagih yang tidak pernah biasa dengan kata-kata akan terikut.

Bukankah Nabi SAW sendiri bersabda, orang yang paling dekat denganku di Syurga nanti ialah yang paling baik akhlaknya.Nah, dari hadis ini, kita perlu fikir, bagaimana program encounter boleh di ubah suaikan lagi, supaya menjadi lebih lembut, namun bermutu.
 

No comments:

Post a Comment