Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

PANDUAN MENGISI DATA PSIKOMETRIK

1. BUKA WEB EPKM.MOE.GOV.MY 2. KLIK GURU KAUNSELING 3. PILIH TAHUN PERTAMA 4. TURUN KE BAWAH SEKALI, KLIK DOWNLOAD LAKUKAN UNTUK SEMUA TAHUN...

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Wednesday, November 18, 2009
SAMSUL
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya.

Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah.

Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat.

Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia.

Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu "penyalahgunaan dadah" secara kolektif. Maka perlunya mereka mencari jalan seperti membawa pelajar (sekolah menengah) ke pusat-pusat serenti, selain ceramah dari pakar dalam bidang berkaitan.

USIM merupakan universiti yang menawarkan biasiswa percuma setiap tahun kepada 20 orang guru-guru seluruh Malaysia. Salah seorang lulusan USIM, Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah En.Samsul bin Dolah, Pegawai Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive