Sunday, November 8, 2009

Dunia Hanya Sebuah Lakonan

Mungkin anda pernah membaca entry saya yang lalu, bahawa dunia ini ibarat sebuah padang bola yang besar. Sebuah, permainan, jika adanya permulaaan, pasti ada akhirnya, begitulah hidup ini.

Permainan, jika ada yang menang dan bersuka-ria, sebaliknya pasti ada yang kalah dan kecundang. Majoriti penyokong datang memenuhi stadium, belum pasti anda akan menang. Begitu lah di dunia, anda mungkin menang kerana sokongan majoriti dari manusia dan pengundi, tetapi belum tentu anda benar dihadapan tuhan.

Entry ini ingin sekali menyatakan, bahawa dunia ini juga tak lebih dari sebuah pentas lakonan. Semua manusia sedang berlakon sebenarnya di atas pentas dunia yang sangat lebar dan luas.

Jika anda menonton sebuah lakonan drama, sang lelaki memegang perempuan, kita lihat seolah-oleh macam isterinya (yang sebenar), di pegang dan tidur bersama, padahal itu semua hanya lakonan.

Begitulah di dunia, manusia sangka, semua ini miliknya abadi, (Ada orang bernama Abadi, dirinya pun tidak akan abadi) padahal itu semua lakonan, apakah anda mengira seorang perempuan yang bersuamikan penagih dadah, akan terus kekal bersama hingga akhir hayat dan hingga ke lubang kubur?

Jangan-jangan semasa hidup di dunia pun mereka sudah dipisahkan oleh sel penjara akibat ulah perbuatan suaminya. Inikan pula mahu kekal abadi di negeri akhirat...
 

No comments:

Post a Comment