Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

LOGO

 

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Monday, November 16, 2009
Anda tentu mempunyai ramai kawan, dan sudah tentu terlalu ramai yang hilang terlalu lama dalam memori anda. Kehilangannya kerana anda dan dia sama-sama menelusuri jalan berbeda. Persimpangan yang memisahkan anda dan rakan-rakan biasanya adalah sekolah menengah.

Anda ke Utara, dia ke Selatan, masing-masing meneruskan karya hidup, dan dia...hilang selamanya dalam memori anda. Nak cari entah di mana. Namun anda bernasib baik, zaman yang canggih-manggih ini, ada facebook yang boleh menemukan kembali anda dengan rakan karib yang lama terpisah.

Biarpun rakan anda berada jauh di negara Jepun. Melainkan dia tak punya kemudahan internet. Anda memang tidak dapat menghubunginya.

Baiklah, ada yang bertanya, bagaimana nak buat (daftar) facebook ni? Caranya mudah saja. Saya sendiri pada awalnya bukanlah berminat, tetapi kerana ramai rakan lama yang terpisah puluhan tahun boleh ketemu kembali, saya beransur-ansur mengintai kelebihannya.

Syarat untuk mendaftar facebook ini, yang pertama, anda hendaklah mempunyai akaun emel terlebih dahulu, jika belum ada atau tidak aktif atau terlupa kata laluan, sila lah membuat yang baru.

Langkah kedua...


Kunjungi laman web facebook.com, taipkan alamat http://www.facebook.com/ di ruang address yang paling atas. Ingat ya, yang paling atas, bukan di petak carian google atau yahoo.

Anda belum menjadi ahli, kini langkah mendaftar sebagai ahli.Lihat tulisan daftar didalam petak yang saya pastekan kat sini.

Isikan maklumat anda, termasuk emel yang baru anda bina tadi. Ops, jangan lupa pilih jantina.

Apabila sudah daftar, kini anda boleh mulai LOGIN, mungkin facebook mengarahkan anda membuka emel anda dahulu. Jangan segan untuk membuka emel anda sendiri.

Ada kiriman darinya. Kemudian anda datang sekali lagi ke facebook, dan kali ini anda mengisi nama emel anda dan juga kata laluan, klik Log Masuk.

Nah, sekarang anda telah pun berjaya menjadi ahli facebook. Mulalah mencari kenalan lama anda di ruang carian. Taipkan nama orang yang anda kehendaki, contoh Noorhisham Hamzah.




OK. Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive