Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

PANDUAN MENGISI DATA PSIKOMETRIK

1. BUKA WEB EPKM.MOE.GOV.MY 2. KLIK GURU KAUNSELING 3. PILIH TAHUN PERTAMA 4. TURUN KE BAWAH SEKALI, KLIK DOWNLOAD LAKUKAN UNTUK SEMUA TAHUN...

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Wednesday, November 18, 2009
mediaDEWASA ini para pelajar kelihatan lebih hebat dari guru, mereka sudah mengenali apa itu myspace, facebook, YM, Blog dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ramai para guru masih terkial-kial hendak menekan butang itu dan ini, apalagi menghantar sebuah fail kepada rakan mereka dalam bentuk attach file.

Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan.

Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya.

Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua.

Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Jika kaunselor yang tidak mengajar pun masih "tidak ada masa", itulah gambaran kesibukan yang teramat sangat guru akhir zaman ini.

Anda berminat dengan inti tulisan ini? Boleh menghubungi saya di emel afraima@yahoo.com untuk menyegarkan kembali blog anda, ceriakan semula mana yang usang, sapu debu-debunya, tambah sedikit bahan pewangi, nescaya ramai yang suka bertandang.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive