Tuesday, December 8, 2009

HATI SAKIT SIAPA DOKTORNYA

Setiap keluarga menginginkan dia dan keluarganya bahagia.Ada banyak ciri dan penafsiran tentang keluarga bahagia. Salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mana tiada ahli keluarganya terlibat gejala penagihan dadah, dengan kata lain keluarga bebas dadah.

Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini.

Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian.

Yang kedua, pergaduhan yang sering berlaku dalam keluarga, akibat cemburu, kahwin lain, panas baran, bapa penagih juga menjadi penyebab anak menjadi penagih.

Ketiga,pergaulan bebas anak-anak. Ini pun sebab kawalan dari keluarga juga. Mereka tidak membuat satu garis, mana yang boleh dijadikan kawan dan mana yang abah nak engkau jangan berkawan dengan orang seperti ini.

Keempat, kurangnya ilmu agama. Akibat kurangnya ilmu, maka pengamalan pun turut berkurang. Amalan yang ada adalah amalan budaya orang yang tidak mengenal Tuhan, mengedepan hawa nafsu, memenuhi keinginan naluri, walhal semua ini (yang disebut) adalah amalan yang menjauhkan diri dari Tuhan.

PENCEGAHAN

Sebagai langkah pencegahan supaya tidak berlakunya gejala menagih didalam ahli keluarga, maka hal-hal yang di atas tadi perlu dibalikkan. Jika kurang ilmu, maka di tambah, jika sering berlaku pergaduhan, maka carilah langkah penyelesaiannya. kerana pergaduhan itu adakalanya membawa anak jauh dari keluarga.

Ibu bapa perlu tambah ilmu agamalah, ini paling penting. Jika kita nak uruskan sebuah kedai pun kita kena tahu cara-cara pengurusannya, inikan pula mengurus sebuah keluarga. Rata-rata manusia kahwin, tetapi tidak belajar mengurus rumahtangganya.

Mengurus rumahtangga termasuk mengurus jiwa sang bapa sebagai pilot dalam keluarga. Bagaimana skill mendidik anak-anak. Model apa kita nak pakai.Kemana nak bawa keluarga kita dan dengan cara apa.

Cara yang paling selamat ialah jalan beragama. Hidupkan agama dalam diri bapa, ibu dan anak-anak. Tuhan akan memelihara orang yang menujuNya. Agama bukan ciptaan manusia yang bernama Muhammad. Akan tetapi datang ajaranNya dari langit, tuhan pencipta langit dan bumi. Tuhan itulah yang telah membekal modul khusus tatacara pengurusan manusia.

Ini yang tertinggal. Manajemen itu ini kita tahu, tetapi manajemen qalbu jarang orang ambil tahu. Jika sakit sikit pada tubuh badan kita berkejar ke klinik dan hospital. Akan tetapi berapa ramai manusia yang bergegas mencari doktor dikala hatinya sakit? Malas sembahyang, berat beribadah,tiada rasa khauf (takut)pada Tuhan, tidak berminat pada zikir dan ibadah adalah tanda-tanda besarhati itu bermasalah dan sedang sakit tenat.


Banyak lagi penyebab lain dan langkah pencegahan. Terima Kasih kerana membaca. Anda ada maklumat untuk dikongsi?
 

No comments:

Post a Comment