Friday, December 11, 2009

Relapse Wajib Bagi Penagih

Re dan Lapse adalah 2 perkataan yang berbeza, kemudian di cantum menjadi relapse, bahasa ini wujud dalam dunia penagihan dadah. Dia membawa makna pusing semula, atau membuat U-Turn. Seseorang yang baru habis menjalani pemulihan di PS (Pusat Serenti) , apabila keluar dari pusat dalam masa beberapa hari atau minggu atau beberapa lama, dia terjebak semula. Situasi inilah namanya Relapse.

Relapse boleh terjadi pada sesiapa dan bila-bila sahaja dikalangan penagih bekas dadah. Pernah terjadi, seorang pelatih yang sedang menjalani pemulihan, setelah cukup tempoh setahun, dia dibenarkan tinggal di re-entry, (tempat tinggal bagi bekas penagih didalam pusat serenti), dia dibenarkan keluar untuk bekerja. Malamnya dia akan pulang ke re-enty. Ketika diluar dia terjebak penagihan sekali lagi.

Penghuni pusat memang tidak hairan jika relapse berlaku, kerana bukan mudah bagi mereka untuk berhenti terus, sebab ada satu lagi faktor namanya "triggers". Selain faktor triggers, ada satu faktor lagi iaitu duit. Ketika sang mantan penagih mendapat duit gaji bulanan, matanya nampak Cik Putih (heroin), hatinya bergementar, tidak bisa tidur malam. Ingatannya pada sang kekasih membuak-buak. Dek tak tertahan kerinduan pada keasyikan lama, rohaninya tidak dapat melawan jasmani bergerak mencari arah.

Marah ke tidak kawan yang lain bila tahu dia Relapse?

Penghuni yang tinggal bersamanya memang akan marah, bahkan wajib di adakan satu meeting luar biasa (EGM), kerana seorang sahabat kembali murtad ke dunia penagihan. Ada yang betul-betul marah sampai merah muka, dan ada yang buat-buat marah. Apapun tujuannya adalah nak menyedarkan kawan yang relapse tadi.

Dalam dunia penagihan, Relapse adalah sesuatu yang wajib berlaku. Kononnya berdosa jika tidak berlaku, haha, kira-kira begitulah. Maknanya terlalu sukar untuk mengelak dari tidak menagih semula sebab ada faktor rindu. Rindu inilah yang saya sebutkan "triggers". Kita bincang bab lain tentang triggers. Kali ini hanya Relapse.

Keluarga memang sangat benci, sesudah dihantar ke pusat, menjalani rawatan setahun, kemudian balik dalam keadaan gemuk, alah-alah suatu petang dia didatangi member lama sepenagihan, wal-akhirnya mencuba sekali kononnya untuk melepaskan rindu. awas, sekali mencuba, tiada jalan keluar lagi.
 

No comments:

Post a Comment