Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

BUKU APPSHEET 2

  RM35.00

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Wednesday, January 20, 2010
Cikgu dah siarkan beberapa tips-tips dari ibubapa cemerlang, bagaimana mereka mengurus anak-anak sehingga anak-anak mereka berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 di SK Bangi.Apa yang menggembirakan cikgu, adalah laman blog tertentu di Malaysia yang menyalin tulisan ini untuk disiarkan kepada ibu bapa di sekolah mereka. Sudah tentu, ilmu ini amat berguna untuk Ibubapa di seluruh Malaysia.

Kali ini, cikgu berjaya menghubungi En.Rosli, bapa kepada Safanah yang telah berjaya mencapai impiannya untuk bergelar pelajar cemerlang.

Sebenarnya Safanah tidak menghadiri tuisyen di luar pun, dia hanya menghadiri kelas tambahan yang dibuat disekolah sahaja.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai gelaran pelajar cemerlang, dia sentiasa memberikan tumpuan yang penuh semasa guru mengajar. Tidak pernah bermain dan berbual ketika guru menerangkan sesuatu.

Sementara itu,Bapa kepada Izzat, mengatakan beliau tidak mengguna sistem paksaan terhadap anak-anaknya dalam pembelajaran.

Siap Segera

Anehnya, seringkali Izzat tidak membuat kerja sekolah di rumah.Sehingga En.Azman bertanyakan anaknya, kenapa tidak buat kerja sekolah? Anaknya menjawab bahawa semua kerja sekolah tersebut sudah disiapkan semenjak disekolah lagi, Izzat sering mencuri masa ketika guru tiada untuk membuat kerja sekolah.

Faktor pengurusan masa Izzat lah yang membuatkan kerjanya selesai tepat pada masanya. Selain itu,bapanya juga meminta Izzat supaya sentiasa concentrade "memberi tumpuan penuh" semasa guru mengajar. Inilah antara kunci terbesar kejayaan semua pelajar diMalaysia.

Tambahan ibunya sentiasa memberikan kata-kata nasihat dan perangsang supaya menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Cabar anak-anak

Dalam pada itu,Puan Norlia Ahmad, ibu kepada Hanisah Ismail,pula mengambil pendekatan yang berbeza. Beliau sentiasa menyuruh anaknya berfikir, jika nak berjaya, apakah langkah-langkah yang harus disusuli. Kejayaan yang kamu capai adalah untuk kamu, mak ayah hanya menumpang gembira. Kalau kakaknya boleh dapat 4A dan 5A, maka apa sebabnya kamu tak dapat. Cabaran-cabaran sebegini membuat sang terbuka fikirannya.

Selain itu, katanya, semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan di ikuti. Kadang-kadang ada masanya anaknya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kerana terlalu penat sekolah agama dan kebangsaan, tambahan lagi mewakili sekolah dalam group nasyid. Ibunya akan memastikan solat Isya akan dilakukan,walaupun ditengah malam.

Pemantauan Pn.Norlia berkaitan agama anak-anak dapat menghasilkan anak-anak yang rajin, taat kepada perintah Allah, guru dan ibubapa.

Ketika ditanya bagaimana suami mengurus anak-anak disamping kesibukan mempunyai 2 buah rumah. Walaupun sibuk, namun katanya, suami saya akan memastikan segala keperluan anak-anak mencukupi.

En.Affandi pula menghantar sms, anaknya Nur Luqman Hakim mencapai kejayaan adalah hasil dari dia dan isterinya mendisiplinkan anak-anak supaya belajar, taat, menjaga solat dan menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga disamping doa yang berterusan.

Pn.Noraini, ibu kepada Aida Hayati Basseri menjelaskan, kami mendidik anak-anak dengan kasih-sayang. Galakkan mereka belajar bersunguh-sungguh, hidup mesti ada tujuan yang jelas, arah mana kita mahu tuju dan dengan apa kita mahu ke sana katanya separuh berfalsafah.

Pada Dia yang Maha Memberikan segalanya, jangan lupa berdoa, minta kejayaan untuk anak. Kami tak hantar anak ke tuisyen, macam anak-anak lain yang cemerlang sebab kelas tambahan disekolah sudah memadai. Guru-guru yang mengajar di sekolah sudah pun pakar dan mempunyai pengalaman yang lama, cuma bergantung pada usaha anak-anak lah sama ada mahu berjaya atau tidak.

Disiplin anak-anak kena jaga. Hormat pada guru dan ibubapa, sebab taraf guru dan ibubapa itu hampir sama, disekolah gurulah ibu dan juga bapa kepada anak-anak kita.

Ditanya apakah anaknya ada bermain juga? Ya, anak saya juga ada main game, internet dan sebagainya. Tetapi kami memantau mereka menguruskan masa sebaiknya. Yang penting kerja sekolah mesti siap.

Rakaman suara ini akan diupload dalam masa terdekat untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan.Link audio tersebut boleh didapati di www.noorhisham.com.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive