Thursday, January 14, 2010

Sisa Hidup Semakin Berkurang

Pejam celik pejam celik, rasanya baru kelmarin daku dibesarkan dan hidup berbasikal ke sekolah. Bermain lompat-lompat di kantin Sekolah Kebangsaan Padang Garong. Ke Dusun mencari buah "larak". Ke Sungai Pok Ma Aka mandi bersama rakan, ke surau dengan Ustaz Mad Dahan, bermain bola dari pukul 3.30 hingga hampir maghrib. Berbasikal mencari buah getah. Ke Lundang mengikuti kawan. Rupanya itu puluhan tahun yang lalu.

Pagi ini jam 9.30, cukuplah umur ku hidup di dunia ini 33 tahun. Terlalu banyak rezki KurniaanMu Tuhan. Entah kan besok, entah kan lusa, kapan daku akan menghadapMu. Banyak dosa yang telah ku lakukan. Banyak masa yang telah ku habiskan.

Entah berapa langkah lagi yang masih tersisa. Entah berapa suap lagi nasi yang ada. Entah berapa jauh lagi kaki ini boleh melangkah. Pada Mu Tuhan, daku yang lemah, tangan penuh noda dan dosa, ampunkan dosa ku, andainya hidup ku amat singkat, matikan daku dalam rahmat, berkenala menujuMu penuh rahmat, menuju akhirat semnetara di liang lahad.
 

No comments:

Post a Comment