Thursday, February 11, 2010

Menelon Mentol Lampu

Jika didalam blog Bro Mazidul memaparkan kisah seorang rakyat Malaysia menelan pisau cukur. Saya ingin paparkan kisah manusia menelan mentol lampu. Haha.

Cerita ini saya dapatkan dari bekas penagih dadah. Dia menagih zaman 70-an, masa tu dadah memang kaw giler katanya. Dadah yang paling menyengat adalah heroin, memang tak boleh lawan dadah lain. Dadah sekarang ni ntah apa-apa rasanya, buat sendiri dalam makmal, kemudian dicampur ubat nyamuk, bahan kimia, itu ini, akhirnya penagih menjadi gila.

Kenapa Makan Lampu

Ketika kena tangkap di masukkan dalam lokap, dadah dalam tubuhnya dah habis, jadi withdrawal symptom datang balik, masa tu sakitnya minta ampun. Tiada yang lain yang dia nak kan kecuali dadah untuk mengubati sakitnya. Tengok tu, dadah ni mula-mula nak seronok, lama kelamaan dia bukan bahan seronok, tetapi untuk menghilangkan kesakitan.

Gara-gara terlalu sakit, dia ambil selipar dan lempar ke lampu di siling, supaya lampu itu jatuh ke lantai. Kemudian bila dah jatuh, kaca itu digigit dan dimamahnya, untuk apa? Supaya dia dapat ke hospital untuk mendapatkan pil killer. Ya dia nak ubat tahan sakit sebenarnya. Sakit pasal dadah dah habis dalam tubuh. Orang panggil gian. Biasa tengok tak?

Itulah kisahnya...semoga anda boleh bercerita pada rakan anda esok.
 

No comments:

Post a Comment