Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Scanner Cara Murah, Tapi Macam Mahal

Cara Murah, Tapi Macam Mahal. Scan Kehadiran dengan QR Code di jam yang cikgunya buat sendiri https://www.facebook.com/amazingfingerprint/vi...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Tuesday, February 9, 2010
Sedari awal lagi, anak-anak kita perlu mendapat pendidikan tentang bahaya menyalahgunakan dadah. Ramai orang dewasa tidak mengerti betapa perlunya anak-anak mereka didedahkan dengan bahayanya.

Saya sendiri pernah beberapa kali melamar diri untuk memberi ceramah percuma berkaitan hal ini, namun tidak mendapat reaksi yang sepatutnya. Saya katakan saya ada Lap Top dan projektor, saya ada Diploma lagi pengkhususan bab Drug Abuse. Untuk kawasan ini memang free, sebab dekat dengan rumah sendiri, sebagai dakwah penyebaran ilmu kepada anak-anak bangsa. Tidak mengapalah kalau anak-anak muda tidak ramai, memang mereka tak berapa suka dengan surau. Tetapi kita sebagai parent, perlu tahu sebabnya ia berlaku dan jika telah terkena batang hidung sendiri, ada jalannya untuk membantu mereka ini.

Baru-baru ini, setelah Ustazah Lasminah dari Bukit Mahkota memberi laluan kepada saya untuk berultimatun di Surau (kini Masjid) Ar-Raudhah, baru kedengaran selepas itu suara-suara dari jamaah AJK surau yang melihat perlu juga program ini untuk remaja.

Baru tahu? Baru tahu ke yang ianya perlu. Setelah saya mengusung lap top dan projektor, menayang gambar anak-anak muda yang hanyut...oooo baru faham rupanya mereka ini. Selama ini dia orang fikir ceramah ini tak perlu mentang-mentang dia dan mak ayah nya dulu-dulu tidak ditakdir menjadi penagih.

Kalian tahu tak? Di pusat serenti sekarang ini penghuni makin penuh. Asrama yang dulu 3 blok kini menjadi 4 blok. Salah seorang yang menghuninya mungkin anak saudara tuan-tuan dan puan-puan.

Kalian tahu tak? Di Vietnam yang rakyatnya 80 juta orang, penagihnya hanya 30 ribu orang. Sedangkan di Malaysia yang rakyatnya 27 juta, tetapi penagihnya 350 ribu orang. Sedangkan yang sudah pulih dari sekian ribu itu berapa orang? Ketahuilah, dengan sekali menjadi penagih, maka selamanya manusia itu akan menjadi penagih.

Apa sebabnya? Antara sebab terbesar ialah sebab mak ayah sendiri. Mereka tak jalankan peranan mereka sebagai ibu bapa yang sepatutnya. Tahunya mereka hanya kahwin dan beranak, mendidik anak dengan agama? Nihil babuje...

Sedangkan, Saidina Umar berkata, kewajipan seorang ayah ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya, memberi nama yang baik dan mengajarkan mereka akan isi kandungan Al-Quran. Anda? Ada buat itu semua?

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada