
Jadi, pasein yang nak follow up sakit mereka, terpaksalah ke Hospital Kuala Lumpur, untuk mendapatkan scan di sana. Nasib baik masih percuma. Tapi kalau di sana suatu hari nanti pun rosak? Nam buat macam mana?
KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.
"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.
P/S : Tugas guru yang bersalin terpaksa di pikul oleh guru lain seperti j-Qaf. Mereka bukan mahir mengajar mata pelajaran lain. Al-Hasil...apa jadi pada anak murid?
“Apabila saya dapat sijil ini, saya rasa bagaikan gelap masa depan, kerana tidak menyangka mendapat ulasan seperti itu,” katanya. Hamidah Abu Bakar, 40, ibu kepada Mohd Khairul Zarif Zulkhurnai, 18, turut melahirkan kekesalan dengan tindakan pengetua sekolah itu yang seolah-olah menjadikan pelajar sebagai mangsa atas sebab yang tidak diketahui.
“Jika anak nakal itu biasa, mereka dalam proses pembesaran. Nakal pun tidaklah sampai menimbulkan kekacauan kepada orang luar dan pelajar lain, hanya bising dan ponteng saja.
“Saya sendiri pernah dipanggil pengetua dan guru disiplin untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak sangka pengetua menyimpan dendam terhadap anak saya sehingga tergamak memberikan ulasan pelajar bermasalah disiplin,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Ahmad Fisal Mat Tahir, tidak pernah terjadi dalam sejarah pengetua sanggup menganiaya pelajar sebegitu. Sepatutnya sijil berhenti sekolah ditulis dan diberi ulasan guru kelas bukannya pengetua,” katanya.
Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai masalah itu minggu lalu dan sudah mengarahkan tindakan segera diambil.
P/S : Ini lebih bermasalah, bila mana budak sekolah nakal, tetapi menjadi kesalahan bilamana menulis laporan sikapnya dalam buku rekod. Habis...nak tulis semuanya baik? Guru besar dan pengetua, biasanya tidak sampai hati nak lakukan begitu, sungguh pun budak itu nakal. Ni memang kes nakal sungguh la ni kot.
PETALING JAYA - Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam.
Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan.
Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.
Sebelum pergi jauh, saya nak bentangkan punca punca kejadina buang bayi ini berlaku.
1. Kelahiran yang tidak dikehendaki
i. Termengandung tak sengaja - Ingat nak suka suka tapi jadi betul.
ii. Terlanjur, nikah belum lagi, nak bela takut malu.
iii. Ibunya gila, tak tahu itu anak ke najis.
2. Kemiskinan yang teramat sangat (jarang sangat)
3. Ada lagi?
Kesemuanya kalau masih ada iman dan rasa kemaknusiaan, perkara diatas tidak akan terjadi kecuali 1.iii
Kenapa kebanyakan kes buang bayi adalah dikalangan Melayu Islam?. Kenapa tidak kepada kaum dan agama lain?. Adakah Agama lain itu lebih baik dari Islam? atau Penganut Islam dari kalangan Melayu itu sendiri yang kurang beragama? Na'uzubillah, Islam adalah agama yang terbaik, tidak ada agama selain dari Islam yang diterima oleh Allah Subhana wata'ala.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.
"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.
"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama
norish...