Monday, March 22, 2010

Kematian adalah suatu kemestian

Aku ingin hidup seribu tahun lagi

Kematian adalah suatu kemestiantidak satu jiwa pun mampu menghindarinya. Sedikit sekali yang mahu menerimanya-kalau boleh bahawa semua orang merasa sangat berat meninggalkan hidup ini. Semua berkata dalam hatinya seperti ucapan Khairil Anwar : ”Aku ingin hidup seribu tahun lagi”. Al-Quran pun menggunakan kalimat serupa, ”Setiap seorang diantara mereka menginginkan seandainya dia diberi umur seribu tahun... Al-Baqarah : 96. Bahkan hanya seribu tahun.

Yang manusia inginkan adalah keabadian selama-lamanya. Keinginan itulah yang digunakan iblis nntuk menipu Nabi Adam dan pasangannya sehingga mereka berdua memakan pohon yang dinamai sang penggoda Syajarat Al-Khuld. (Pohon kekal – Thaha 120)

Sebab ingin hidup lama

Keinginan hidup kekal itu, antara lain disebabkan kerana umur manusia tidak sepanjang harapan dan cita-citanya. ”Semua orang mati membawa keinginannya (sehingga ke alam kubur) kerana keinginan manusia tidak pernah berakhir. Kalau ini terpenuhi, muncul lagi yang lain mendesak.

Maut menjadi falsafah dan huraian dalam agama. Bahkan seorang filosof Amerika kontemporari yang bernama Will Durant, menegaskan bahawa maut adalah asal-usul semua agama. ”Boleh jadi, kalau tak ada maut, Tuhan tidak akan wujud dalam benak (fikiran) kita,” begitu tulisnya dalam The Story of Civilization.

Fenomena maut adalah satu fenomena yang paling jelas dan kuat bagi makhluk hidup. Semuanya kalau boleh ingin mempertahankan hidupnya, semut kecil yang diremehkan oleh manusia pun, melawan jika hidupnya terancam.

Pandangan pesimis

Para filosof memiliki dua pandangan yang bertolak belakang tentang hidup. Ada yang pesimis sehingga memandang hidup ini sebagai sesuatu yang berat, penuh kesedihan dan kesulitan disepanjang jalan, lalu berakhir dengan maut yakni kepunahan (kemusnahan)

Sebaliknya, ada yang optimis, menilai hidup sebagai penghormatan dan tanggungjawab yang dapat berakhir dengan kebahagiaan dan berkekalan yang baru diperoleh melalui maut.

Sebahagian yang pesimis, menganut fahaman tok haji mumpung. (Asal-asal sahaja pergi haji, kerana berduit, bukan lantaran mahu bertaubat) ”Selama anda masih hidup, maka lakukan apa saja yang menyenangkan hati anda sekaligus mewujudkan eksistensi (keberadaan) anda, jangan hiraukan apapun, kerana pada akhirnya suka atau tidak, hidup anda pasti berakhir. Jangan hiraukan kesedihan atau kepedihan, kerana menghiraukannya pun tidak bermanfaat. Begitu lebih kurang logiknya sebahagian mereka.

Adapun sebahagian lain menyatakan bahawa hidup ini penuh kepedihan, kesedihan penyakit dan bermacam-macam masalah. Golongan ini berusaha menghiburkan diri dengan berkata,

”Alam raya terus berubah...kelahiran disusuli oleh kematian, kehidupan diakhiri oleh ketiadaan, dan kemusnahan, demikian silih berganti...sambutlah ia kerana pada akhirnya anda suka atau tidak anda (pun) akan turut musnah”.

Hiburlah diri anda...

Sebahagian yang berpandangan demikian menghibur dirinya dengan berkata ”kehidupan ini memang sesuatu yang sangat berat, manusia memang diciptakan untuk menderita, kerana itu sambutlah kematian dengan suka cita, kerana ia mengakhiri penderitaan anda. Jangan takut kepada kematian, kerana kedatangannya adalah kemestian, dan jangan juga takut dengan kemusnahan, kerana anda masi hidup lagi, hidup serupa dengan kehidupan anda yang lalu” begitu lah lebih kurang pandangan Nietzsche (Jerman) (1844-1900). Dalam pandangan yang lain beliau mengatakan bahawa Tuhan telah mati.

Bagi yang pesimis, dan takut menghadapi pedihnya kematian dihibur oleh filosof chopenhauer dengan berkata, ”Mengantuk itu nyaman, tetapi mati lebih nyaman, dan yang lebih nyaman dari segala yang nyaman adalah ketiadaan hidup”.

Alih bahasa dari Prof.Quraish Shihab
 

No comments:

Post a Comment