Saturday, March 20, 2010

MengingatiNya Semoga di Ingat


Ingatlah Daku (ALLAH) nescaya Aku (ALLAH) akan ingat padamu (wahai manusia)
Al-Baqarah : 153

ALLAH berpesan kepada manusia (hambaNya yang mengaku beriman kepadaNya), sentiasalah mengingati ALLAH, nescaya Dia yakni Allah akan mengingatimu.

Jika ALLAh mengingati kita, segala permintaan mudah dikabulkan, kesusahan akan bertukar menjadi kesenangan, sempit kelihatan, tetapi lapang didalam jiwanya. Ingat ALLAH di dunia, nescaya Dia akan mengingati kita di akhirat, semasa kita berdepan dengan kesusahan.

Mengingat Tuhan adalah secara ingatan dalam fikiran, mengingati kehebatannya, mensyukuri nikmat-nikmatNya, nikmat Islam terutamanya, mengingatNya juga secara hukum, mematuhi segala hukum-hakamNya. Baik senang bagi kita mahupun sukar untuk melaksanakannya.



Tidak menjadi masalah bagi Tuhan jika hambaNya melupakan diriNYa. Sebab dia telah berjanji, bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Yang lupa padaNya di dunia, atau buat-buat lupa, melalaikan perintah sembahyang contohnya, dengan bermacam alasan, bacalah ayat 124 Surah Thaha ini.



Dan Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Aku (tak mahu ikut perintahKU) maka baginya (balasan) kehidupan yang sempit didunia, dan Kami akan membangkitkannya di akhirat kelak, dalam keadaan buta matanya.
 

No comments:

Post a Comment