Thursday, April 29, 2010

Harapan Guru-guru SK Dusun Tua

Read more »

 

Kepimpinan Pengawas di SK Dusun Tua

HULU LANGAT. 29 April 2010. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat telah mengadakan Program Kepimpinan Pengawas. Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari.

Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini. 2 sesi ceramah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bangi.

Beliau yang pernah belajar di Aceh, Indonesia selama 4 tahun turut menyelitkan unsur-unsur keagamaan didalam ceramahnya diselang seli dengan video klip yang berkaitan.

Antaranya, pemimpin merupakan manusia yang paling awal di panggil untuk duduk di bawah naungan Arasy di akhirat kelak. Yang mana tidak ada lagi tempat berlindung walau sebesar lidi kelapa. Malah panas terik memancar bak matahari sejenggal di kepala.

Namun pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang ADIL. Adil menurut perhitungan TUHAN.




Murid pengawas lelaki yang mengikuti program kepimpinan

En.Noorhisham sedang menyampaikan ceramah

Read more »

 
Tuesday, April 27, 2010

Penipuan Licik Atas Nama Public Bank



Tak habis-habis idea untuk menipu, untuk mendapat keuntungan secara mudah tanpa bekerja keras. Dulu atas nama Maybank, sehingga ramai yang terkena, kini atas nama PUblic Bank pula.

Ada 3 hal yang tak kena bila saya membaca emel ini.
1.Yang pertama emel si penghantar, dia menggunakan nama pbebnkk@ppla.com, entah dari mana emel ini.
2. Yang kedua alamat bank. https://wwws.....
3. Dan yang ketiga ayat ketidaknyamanan.... orang Malaysia tak pernah gunakan perkataan ini secara meluas, ini lah ayat, bahasa orang Indonesia, tidak dipastikan siapa pelakunya, tapi berdasarkan ayat itu, itulah bahasa Indonesia.

Read more »

 
Sunday, April 25, 2010

Setiap Manusia Akan Di Uji

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.





Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.




Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.






Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal.



Read more »

 
Saturday, April 24, 2010

Bukan Makanan Yang Tak Sedap

Kebiasaannya semua makanan sedap dan menyelerakan, namun apabila seseorang itu deman, dia akan merasakan semuanya tawar dan tak sedap, padahal orang lain boleh makan dengan sedapnya.

Wa maa umiruuu illa li ya'buduLLaha MUkhlisiena lahud dien. Dan tidaklah Aku menyuruh kamu melainkan hanya sanya untuk beribadah kepada Ku dengan penuh IKhlas.

Itulah kerja hakiki manusia seluruhnya, main bisness kata orang. Dan sepatutnya ibadah menjadi sedap bagi jiwanya, sebagaimana ayam sangat sedap bagi sesetengah lidah manusia. Dan apabila manusia yang suka ayam tadi, sebagai contoh terkena demam hingga teruk sangat, maka ayam yang sedap pun dia akan kata tak sedap.

Sesungguhnya bukan ayam yang tak sedap, tapi lidah dia sakit. Pun begitulah soal ibadah, sepatutnya sembahyang, zikir, munajat menjadi sangat sedap pada rohani manusia. Jika ada yang kata ibadah tak sedap, maka sebenarnya jiwanya yang sakiti.

Dalam hidup ini, jika manusia sakit, demam, dia akan cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi fizikalnya. Namun sangat ramai manusia yang tidak peduli bila jiwanya, rohaninya sakit. Padahal tubuh badan tadi yang sakit, bukan lama pun tempoh hidupnya, akan tetapi ruhnya, akan terus hidup, ya, akan terus hidup walaupun jasad dimakan bumi.

Maka, sepantasnya lah, manusia yang sedar, bahawa dirinya akan mengadap Ilahi jua dalam keadaan terpaksa atau tidak, dia cepat-cepat dan bersegera mencari tukang ubat yang boleh mengubati hatinya yang lagha, yang tidak sukakan ibadah, tidak suka mengaji.

Read more »

 
Friday, April 23, 2010

Bukan Hanya 1 Malaysia

Mungkin saya sudah siarkan, kisah seorang penagih yang berada di salah sebuah Pusat Serenti di Malaysia.

Pendapatannya RM40,000 seminggu. Hanya dia sahaja RM40,000. Dia dan 4 orang lagi kawannya dapat sama rata. Apa kerjanya? Dia ada kerja rasmi sebagai seorang pegawai, tapi dalam masa yang sama dia juga menjalankan kegiatan memalsukan dokumen perjalanan.

Sambil buat kerja tak baik itu, dia juga menjadi penagih dan pengedar kecil-kecilan akibat duit terlalu banyak. Selincah-lincah dia buat kerja licik, akhirnya tertangkap juga. Pernah masuk ISA di Kamunting, akuinya.

Tapi masa dia berbual dengan saya, dia berada pusat... ya pusat serenti. Katanya... "alah encik, kalau saya menangis air mata juga keluar, sama juga encik kan, kalau saya terluka, darah juga keluar, sama encik kan"

Bererti kita ni, semua manusia, bukan sahaja 1 Malaysia, tetapi juga 1 Tuhan. Boleh terima? Katanya lagi, saya suka dengar azan. Cuba azan pinta saya. Allaaaaaahu atbar.. Saya hadiahkan padanya sebuah lagu..dengarkan.... Lagu Azan yang saya belajar di Indonesia... Cukup memanggil hati-hati orang yang mendengarnya.

Ah.....saya belum pernah dengar lagu ini, katanya. Ini bukan lagu saya, tapi lagu yang di ajarkan pada saya. Pun masih belum OK lagi.

Read more »

 

Perkembangan Semasa

BersamaMU TV3 telah menghubungi saya dan telah datang berbincang pasal Keluarga Puva yang telah saya siarkan dalam blog ini. Sayangnya kisah kesusahan hidup keluarga ini tidak dapat dimuatkan dalam TV3. Ada syarat tertentu yang belum mencapai tahap yang di gariskan.

Terima Kasih TV3 khususnya bersamamu yang telah inisiatif menghubungi saya dan datang sendiri.

Read more »

 
Thursday, April 22, 2010

Bercita-cita besar


Setiap impian, hasrat, cita-cita dan perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa impian, cita-cita akan menjadi angan-angan.

Read more »

 

Kesan Rokok

Secara farmakologi, ilmu perubatan, merokok merosakkan paru-paru, dan ini berlawanan dengan mensyukuri nikmat Tuhan yang sangat bernilai.





Secara agama, perokok bukanlah seorang yang dekat dengan Tuhan, tidak ada Nabi-nabi dan rasul -rasul yang merokok, tiada ditemui dalam hadis dan Quran.

Secara ekonomi, merokok merugikan kewangan, kerana wang seolah-olah dibakar.


Read more »

 
Tuesday, April 20, 2010

Rokok tu Bahaya ke?

E Sempena ceramah besok (21 April 2010) di SMK Kajang Utama, posting yang ke 864 ini ingin menyentuh sedikit soal rokok dari aspek relegius (agama). Pelajar-pelajar sekolah menengah tentu sekali merasa dirinya amat macho, hebat dan lebih dari orang bila mereka dapat meletakkan sebatang kertas yang dihujungnya ada api.

Dari aspek agama, kita di ajar menjaga kebersihan. Ini termasuklah kebersihan mulut. Cuba lihat rumah orang yang merokok, bersih tak? Kadang api debu, abu rokok sana sini. KUrang bersih nampaknya kan. Bila merokok, mereka malas nak bangun untuk ambil bekas buang habuk, terpaksalah buang kat mana-mana atau selit di celah apa-apa.

Dari aspek cantik, memang tak cantik, seorang yang berserban, berjubah, eh tiba-tiba ada rokok di antara bibirnya.

Dari aspek ilmu tasauf, guru saya, tidak lah mengatakan nya haram, tetapi beliau pernah berkata, "Orang yang merokok, usah diterima kata-katanya". Ramai anak murid yang berhenti merokok, walaupun ada yang masih merokok dibelakang-belakang. Bahkan ada yang datang membawa kotak rokok untuk diserahkan pada guru, tanda dan nak bertaubat, sambil berkata, tuan, tolong doakan, saya nak berhenti merokok.

Sementara itu, mari kita baca 1 hadis Nabi "Inna Afwa hakum, turuqul quraan, fathayyi buuha bissiwaak"

Ertinya, " Mulut-mulut kamu adalah jalan keluarnya Al-Quran, maka bersihkan lah ia dengan bersiwak". Bayangkan busuknya bau mulut orang yang merokok, kemudian dia ke sejadah dan bertakbir....ALLaaaahu Akbar. Sambil bertakbir, keluarlah bauan yang kurang menyenangkan. Kemudian dia membaca, bismillah hirrah maanirrahiem... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...sedang di mulutnya keluar bauan rokok. Bukankah bacaan-bacaan itu di catat oleh Malaikat dan akan dibawa ke langit?

Anda pernah merokok? Bohong kalau tak pernah. Saya sendiri pernah mencuba-cuba, sekadar untuk tahu apa rasa apa kah rasanya dan bagaimana kah yang dikatakan macho itu. Ek eleh tak ada apa pun. Hanya perasaan orang-orang yang jauh dengan tuhan sahaja.

Saya pernah berkunjung ke sebuah tempat orang-orang bersuluk tarekat, hanya ikut kawan, saya mencari-cari, manakah guru tarekat? Rupa-rupanya beliau sedang bersandar di dinding dan menggulung rokok daun. Hati saya langsung menolak, dan berkata, ah, ini bukan guru murshid yang hakiki. Tidak pantasnya bagi saya mengekori manusia sebegini.

Masak, orang yang dekat dan hampir dengan Tuhannya masih ada waktu untuknya menggulung secebis kertas atau daun yang ianya bukanlah menambah dekat dia dengan Tuhannya.

Walhal dalam Hadis Qudsi Tuhan menyatakan, "Tidaklah dekat denganKu hambaKu yang menunaikan amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dengan amalan-amalan sunat" Sehingga ia menjadi dekat denganKu, sehingga Aku menjadi tangannya, Aku menjadi telinganya dan AKu menjadi tangannya".

Boleh faham? Betapa tingginya nilai amalan sunat yang kita sangat malas untuk mengerjakannnya. So, mana mungkin yang orang bertaqarrub dengan Tuhan, akan melakukan kerja-kerja merokok. Nah, jika anda ingin hampir dengan Tuhan, jom ikut saya, tinggalkan rokok.

Ingat... kelak ketika meninggal, kita akan ditanya, antara pertanyaan ialah, dari mana hartamu....dan kemana kamu habiskan.. Tuan-tuan yang guna wang gaji untuk membeli rokok,sila bersedia untuk menjawab pertanyaan itu. Saya mohon ampun....

Dari aspek Farmakologi, apa lagi. kerana didalam rokok itu terdapat unsur dadah yang namanya nikotin. Benda alah yang nama nikotin inilah membuat perokok menjadi ketagih. Biarpun malam, biar pun sejuk, demi memenuhi keinginan hatinya, seorang perokok akan meredah malam sunyi dan gelap untuk mencari sebatang 2 rokok.

Oh Ya, besok In sya Allah saya akan memberikan ceramah pencegahan bahaya dadah bersama dengan seorang yang telah berjaya pulih dari penagihan. Beliau adalah Raja Azizan, beliau sekarang merupakan COO Yayasan Salam, Kuala Lumpur.


Kembali ke tajuk asal, Bahaya ke Rokok? Setelah penjelasan dari sisi agama, tepatnya dari sudut tasauf saya hidangkan, terserah anda membuat jawapan... dan membuat tindakan susulan. Apakah akan terus menerus merokok, tidak peduli apa pendapat orang
atau
Mula memikirkan jalan untuk berhenti....Kerana..... bukan kerana apa, tetapi cukup kerana agama.

Read more »

 
Monday, April 19, 2010

Menu Komen Dalam Makmal


Beberapa orang sahabat pernah menyatakan mereka tidak dapat memberikan komen dan respon kepada setiap artikel yang saya post kan. Saya cuba ubah penetapan dalam setting, harap-harap ianya menjadi.

Cuba Tuan-tuan dan puan-puan tinggalkan pesan.Saya ingin melihatnya sudah jadi ke tidak.

Read more »

 

Ubat Hati itu Lima Perkara

Yang Pertama Baca Alquran dan makanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga moga Allah Taala mencukupi..

Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka.

Read more »

 

Sukarnya JKM memberi Resp0n


Berhubung masalah yang dihadapi oleh keluarga Puvanisvary, atas nama sekolah kami menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, dan pada hari yang sama, kami s.k (salinan kepada) kan surat tersebut kepada JKM Pusat. Didalam surat untuk itu tercatat, jika tuan ingin berurusan, hubungilah En.Noorhisham di nombor telefon sebagai mana tertera.

Malangnya, hingga hari ini, saya belum menerima apa-apa respon dari mereka. At Least mengatakan surat itu sudah diterima dan sedang diproses atau sudah di ambil tindakan. Apakah surat itu tidak sampai? Ini adalah kes yang kedua kami melihat JKM cukup lambat. Tahun lepas 1 kes. Berhari-hari seorang ibu menunggu pihak JKM di hospital untuk datang membuat temuramah, sampai ibu tersebut dah naik malas menunggu. Ye lah, apa tidaknya, berhari-hari, sedang janji nak datang. Apa masalah? Tak cukup pekerja? Bebanan Kerja terlalu banyak? Atau Apa?

Sebaliknya, pihak Bersamamu TV3, telah pun menghubungi saya dan telah datang berjumpa dengan wakil pihak sekolah. Walau bagaimanapun, kes Puva tidak dapat di ketengahkan ke TV3. Ini berkaitan keluarga PUva tidak cukup layak untuk masuk ke sana, lantaran ada banyak faktor yang perlu diambil kira.

Terima Kasih TV3 kerana memberi respon. Kami cukup berpuas hati.

Pihak Adun Bangi pula sebenarnya telah memberi bantuan kepada keluarga ini, sememangnya kami tidak tahu. Terima kasih juga, sekurangnya ada respon walaupun saya tidak mengenali siapa yang memberi jawapannya. Sebenarnya bukan payah pun nak memberikan respon. Tetapi... itu lah masalahnya...

Read more »

 
Saturday, April 17, 2010

Ingin Mati Awal

Dalam keadaan ramainya manusia berusaha untuk hidup lebih lama, dengan segala macam usaha, ubat-ubatan, latihan fizikal dan sebagainya, ada pula manusia yang ingin menamat kontrak hidupnya lebih awal.

Kira-kira 7 orang sehari di Malaysia didapati berusaha membunuh diri. Data yang saya dapati dari Pakar Psikitri HUKM, kaum India menduduki hieraki paling atas, manakala Cina kedua dan Melayu ketiga.

Apa pasal? Entahlah....

Read more »

 
Friday, April 16, 2010

Mati Bersama Impian

Kerana terlalu banyaknya impian yang belum terlaksana, adakalanya manusia akan meninggal dunia dengan membawa impian-impiannya di dunia.

Kerana itu, manusia sangat inginkan jika usia mereka dapat dipanjangkan, bahkan Khairil Anuar dalam sajaknya menulis, "Aku ingin hidup seribu tahun lagi". Kerana, mudah-mudahan dengan usia panjang, akan tercapailah segala hajat dan keinginanannya.

Rupanya usia kita bukan panjang. Maka sepatutnya tak layak bagi kita untuk mempunyai impian yang terlalu banyak. Cukup saja beberapa impian yang dapat kita jangkau,nah yang penting sekarang adalah kita menyusun berapa impian kita yang masih tersisa dan yang mana paling utama sebenarnya untuk kita letakkan di pondasi paling atas.

Sebagai rasa syukur terhadap nikmat Allah SWT yang begitu Besar terhadap diri saya, saya menulis tulisan ini untuk anda renungi. Apakah anda termasuk antara manusia yang mempunyai masih terlalu banyak cita-cita dan impian yang belum terlaksana, atau sudah cukup termakbul segala impian anda, atau anda sudah pasrah, lantaran segala permintaan, munajah dan rayuan anda selama ini dihadapan Tuhan tidak mendapat respon?

Seorang guru saya, pernah mengatakan begini, "cuba tulis segala doa-doa anda selama ini, tandakan mana yang belum tercapai lagi". Ops....ada juga hambaNya yang terkeluar kata-kata seperti ini. Dan... kebanyakkan dari kami yang menerima doa ini, mengakui dengan penuh redha segala permintaan kami selama ini memang sudah termakbul semuanya, kecuali keinginan-keinginan yang memang tiada rezkinya untuk kita.

Contoh, Ingin kahwin dengan anak raja yang telah menjadi milik orang. Itu memang bukannya rezki kita. Dan kita seharusnya mengukur baju dibadan sendiri. Kalau sekolah tak tinggi, masak mahu kahwin dengan orang berkelulusan tinggi? Kan gitu. Jarang sangat kalau iapun berlaku.

Read more »

 
Wednesday, April 14, 2010

Bayi mati tercekik bebola ikan



TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.

Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.

Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.

"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.

Read more »

 

Tidur Tak Lelap

Read more »

 
Tuesday, April 13, 2010

Alahai Omak...

"Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, maka ibu dan bapanyalah yang menjadikan akhlaknya (seperti) Yahudi, Nasrani atau Majusi". Hadis Nabi.

Ketika menunggu giliran dipanggil semasa berada di depan kaunter Hospital Serdang tadi, saya sempat mencuri beberapa keping foto untuk subjek posting petang ini.

Belum pernah saya lihat, mungkin tuan-tuan sering melihatnya, anak-anak perempuan kecil berpakaian seperti di atas. Seluar pendek diparas lutut, malah berlubang-lubang lagi, di sesuaikan dengan kasut tumit tinggi.

Mungkin mak ayag budak itu tidak tahu akan hadis di atas, pelaksanaan hukum syariat agama adalah menyeluruh, meliputi pakaian, dan bermula... semenjak dini.

Di dalam Quran Tuhan berfirman, "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu dan seluruh wanita (perempuan) mukmin, hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga ke paras dada. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan kamu tidak akan diganggu ..."

Demikianlah ayat Al-Quran turut berpesan bab pakaian. Alasan anak masih kecil tidak dapat diterima agama.

Pakaian yang anak kita pakai, adalah melepasi tapisan syarikat sirim sendirian berhad. Pemegang syarikat itu adalah kita sendiri selaku mak ayah.

Dari itu wahai ibu-ibu semua, berhati-hatilah didalam memilih pakaian. Kalau boleh biarlah dari usia dini kita mendidiknya..

Read more »

 
Monday, April 12, 2010

Satu Masa Untuk Tuhan

Tuan-tuan,

Dalam hidup ini, mau tak anda pasti akan pergi jua suatu masa nanti. Dalam sibuk atau lapang, susah atau senang, sakit atau sihat, panggilan itu pasti akan datang menjemput anda pulang.

Justeru, bersedialah untuk menghadapinya...

Dalam kesibukan sehari-hari dengan dunia anda, anda perlu ada masa untuk Tuhan, untuk diri anda sendiri (sebenarnya) berdepan denganNya, dikala tiada yang boleh menolong anda, disaat anda sangat-sangat membutuhkan pertolongan...

Manusia yang menyedari..bahawa hidupnya akan menemui tempo expire-nya, akan membuat persiapan untuk pulang, kerna di sini, bukan tempat kita, dan disini bukan rumah kita yang abadi...

Bergembiralah

Bak lirik sebuah lagu nasyid ...."disini bukan tempat tinggal kita, disini hanya sebentar tidak kekal". Bergembiralah, kerana kematian akan datang menemui anda... dan dia akan menghapuskan segala kesusahan anda di dunia ini. Dia akan menamatkan segala penderitaan anda.. dan bersedialah..untuk menikmati indahnya hidup di alam sana..

Seorang sufi, pernah mengatakan, jikalau ada jual mati dikedai, nescaya aku akan membelinya, lihatlah, betapa rindu dan asyiknya orang-orang Tuhan ini untuk menemuiNya.

Read more »

 
Sunday, April 11, 2010

Penubuhan JK Penaja Rukun Tetangga

11 April 2010. DESARIA, NILAI. Hari ini penduduk Desaria telah mengadakan perjumpaan dalam rangka perbincangan penubuhan Jawatankuasa Penaja RT. Seramai 25 nama telah dicalonkan sebagai JK sementara.


Perjumpaan berlangsung dihalaman luar surau pada jam 2.30 petang dihadiri oleh ramai penduduk dengan cuaca yang begitu baik.

Read more »

 
Saturday, April 10, 2010

Daun Ketum Penyebab Kentut Busuk

Ketika menyampaikan ceramah semalam dihadapan 100 orang bekas penagih, En.Halim mendedahkan penemuan terbaru berkaitan daun ketum.

Katanya, "Daun ketum telah menyebabkan bau kentut busuk, baunya sehingga 2 tahun baru hilang" ...

Selama ini, jika anda makan pati soya, atau lebih dikenali tau fufah, ianya juga mengeluarkan gas yang cukup busuk, sehingga 1 kereta akan merasai harumannya. Kalau lah ada penyelidik yang dapat carikan bahan untuk dicampur ke dalam taufufah, maka kuranglah bau busuknya.

.......................

Kesan penagihan daun Ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja

Masa depan pokok Ketum

Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.

Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.

Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah di Malaysia, sungguhpun ia berasal di sini.

Read more »

 

Kepulihan Sepanjang Hayat


10 April 2010. AMPANG. Pihak Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Ampang telah menganjurkan program Metrik. Program ini memberi pengetahuan kepada bekas penagih bagaimana untuk me manage diri mereka sendiri.

Tinjauan mendapati ramai ingin berhenti dari menagih, tetapi mereka tak punya sokongan dan kekuatan untuk itu. Jiwa mereka terlalu lemah. Dalam program setengah hari ini, pihak AADK telah menjemput 2 orang penceramah, mereka ialah Encik Abd Halim Hussain, selaku ketua penyelidik dadah Asia, dan En.Noorhisham Hamzah, kaunselor SK Bangi, lepasan SPADA, USIM.



Dalam program berkaitan, pihak AADK memuji sikap bekas penagih yang sanggup datang, walaupun hari ini ada yang sedang bekerja.

"Kami akan terus bercakap tentang hal ini, walau anda membencinya." Itulah antara ungkapan yang di ucapkan oleh Encik Halim semasa memberi syarahannya pagi ini di Dewan SPADA USIM.


Kami akan terus bercakap tentang gejala penagihan dalam Malaysia. Lihatlah, berapa ramai anak bangsa yang telah hanyut dalam lautan kemabukan, ada kajian secara rambang mengatakan, sepuluh hingga 20 tahun akan datang, separuh remaja di Malaysia akan menjadi gila akibat dadah buatan sendiri (drug disigner), jika masalah dadah ini tidak dibendung sedari awal.

Untuk itu, kerajaan telah mengisytiharkan langkah perang terhadap dadah. Tahun 2012 merupakan tahun sekolah bebas dadah.


Hadirin terdiri dari pelbagai bangsa, lelaki dan wanita turut berada dalam majlis ini.

Lokasi Bangi Lama ini, menjadi laluan bagi penagih melakukan transaksi jual beli dadah

Jika anda berada di sini dalam masa 10 minit, antara sebelum maghrib atau jam 2.30 petang, situasi seperti ini anda pasti akan terlihat.

Lihat didepan, ada sebuah motor penunggangnya memakai baju merah sedang menunggu ketibaan "barang". Jika belum sampai, mereka akan bergerak ke depan, kemudian membuat pusingan semula.

Read more »

 
Friday, April 9, 2010

Perjumpaan Alumni PKPMI-CA

Assalamualaikum, memandangkan negeri Selangor merupakan negeri yang berada di tengah-tengah, saya cadangkan perjumpaan kali ini dibuat di Sebuah Restoran Bandar Baru Bangi. Masa adalah hari Ahad. Musim Cuti Persekolahan. Aktiviti, mesyuarat dan makan-minum, bergambar. Siapa yang mungkin boleh hadir sila angkat tangan?

Read more »

 

Rentetan Keluarga Puva

Kita bukan sahaja 1 Malaysia, bahkan 1 Tuhan. Saya teringat sewaktu berada di Pusat Serenti Sungai Besi (PERSADA) selama 3 bulan dalam rangka praktikum ketika mengambil Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah (SPADA).

Ada seorang India, didalam pusat tersebut, katanya "Encik, kita sama saja... kalau saya menangis air mata yang keluar, sama juga encik kan, kalau tangan saya (India) terluka, yang keluar adalah darah, sama juga encik (Melayu) kan.."

Berarti, kita satu TUHAN. Maka tidaklah berat untuk kita menolong sesama manusia walaupun berlainan agama, apalagi dalam menolong itu, ada satu mesej yang tersembunyi, iaitu... Indahnya Agama Islam dan alangkah baiknya penganut Agama Islam..

Dalam hal membantu keluarga Puva, saya dan PK HEM telah membuat lawatan kali kedua dan menyampaikan sumbangan makanan. Disamping itu, saya juga menghubungi Bersamamu TV3, Faks surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (entah diterima atau tidak), disamping surat itu di hantar sebagai salinan (SK) ke JKM Pusat, untuk perhatian YB Dato Shahrizat Abdul Jalil, dan Adun selaku wakil rakyat setempat.

Berita terdengar... keluarga ini begitu dan begini. Kami.. atas nama sekolah, tidak peduli masalah bapa dan ibunya, yang menjadi sasaran ialah PUVA, dia anak murid kami, dia ada semangat untuk belajar, walau kedua orang tuanya langsung tak tahu ABC, mudah-mudahan bila dia besar nanti, tahulah dia menghargai segalanya...

Read more »

 
Wednesday, April 7, 2010

Menyelami Penderitaan Keluarga Puva


Oleh : Noorhisham Hamzah


Diharap kepada pembaca, agar dapat memanjangkan isu kemasyarakatan ini kepada pihak yang berwajib.

Tetap Ceria Walau Hiba

BANGI : 07 April 2010. Jika dilihat pada keceriaannya sehari-hari, tidak tergambar kesusahan dalam mengharungi liku hidup yang dialami oleh seorang murid yang bernama Puvaniswary.

Dia yang dikenali " Puva" dikalangan rakan-rakanya, adalah murid tahun 4 SK Bangi hidup dalam kedaifan dalam sebuah rumah yang tidak layak dipanggil sebuah rumah yang nyaman dan menenangkan.

Jika sekali anda melangkah dimuka pintu, anda pasti terkejut dan tidak tergamak untuk masuk ke dalamnya. Suasana yang kotor, bersepah kasut, kertas dan bekas makanan, ditambah lagi bauan yang kurang menyenangkan. Jauh sekali untuk memproklamirkan sebagai "rumahku syurgaku".

Namun penulis terpaksa membuka selipar dan masuk ke dalam untuk menyelami kesusahan keluarga ini yang baru saya tahu petang ini. Terasa sesuatu melekit ditapak kaki apabila berjalan didalamnya.

Semuanya bermula selepas pertemuan dengan ibu bapa penerima bantuan KWAPM. Bapa Puva sememangnya tidak hadir pada acara pagi ini walaupun dia (Puva) turut terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

Setelah saya tiba di luar rumah, Masuk katanya, tak percaya ka rumah saya miskin. Kami orang mau makan pun susah. Tengok ini almari, ini bilik belakang, atas sana atap bocor.

Bapa Tak kerja, Tiada Rumah Untuk Tinggal, Makanan Untuk Mengalas Perut Pun Tiada

Tadi sekolah, setelah semua orang pulang baru dia muncul, ke mana encik kenapa baru sampai? Tanya Puan Norizah selaku GPK HEM.

Untuk apa panggil saya datang sekolah, saya tak tahu tulis, katanya, anak saya juga yang tahu tulis. Untuk tandatangan penerimaan bantuan KWAMP. Itupun saya tak tau. Suruh anak saya juga la.

"Saya sehari ini mencari wang RM10.00 ke mana-mana untuk membuka akaun bank BSN anak saya. Puas saya cari, mau pinjam sana sini, tak jugak jumpa". jawabnya.

Hari ini pun, anak-anak saya cuma makan ubi rebus saja. Saya tak ada kerja, macam mana mau kerja, bini saya itu ada penyakit sawan. Mana satu saya mau jaga, anak kecil juga mau jaga, anak sekolah juga mau jaga, bini juga mau jaga, mana satu saya mau jaga...? Ujarnya dengan separuh nada emosi.

Itu hari, anak saya mau potong kelapa, tetapi terpotong jarinya, sampai putus ibu jarinya, sampai petang bini saya tara buat apa-apa, bila saya pulang, saya pukul bini saya sampai berdarah-darah, katanya kerana marahkan isterinya.

Beliau yang mempunyai 3 orang anak, tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak dan isteri yang dipercayai sakit mental. Apatah lagi katanya saya sering ditipu, kerja tidak dibayar gajinya oleh syarikat. (Baju disebelah kanan menunjukkan nama syarikat di mana dia pernah bekerja) Pride Foundation

Tanpa dipinta, air mata tidak dapat lagi ditahan, sambil mengguyur di pipinya, Veerasamy mengatakan,"Saya cari tin tiap-tiap hari dan kotak-kotak untuk (dijual) kasi anak saya ke sekolah. Tiap hari dia orang minta seringgit setengah, 2 ringgit. Mana saya ada duit. Katanya sayu. Penulis sempat melihat ada beberapa tin arak yang dipungut , mungkin dari kaki lima kedai sekitar Bangi Lama.

Pihak sekolah sebelumnya telah menyerahkan borang Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk di isi. Namun En.Veerasamy cakap saya tak tau isi, anak saja yang isi, dah hantar ke borang tu? Tak, ada di rumah.. Macam mana mahu pergi, saya pun tidak punya kenderaan.


Rumah Puva di Bangi Lama, pandangan dari pintu utama

Almari pakaian yang sudah hancur, tak layak di guna lagi


Ini almari yang ada (pandangan depan)

Dapur..hanya menggunakan kayu

Tandas tempat 5 beranak ini mandi, sungguh usang

Rumah ini tiada elektrik, apabila malam mereka hanya memasang lilin

Pakaian berselerak, akibat tidak ada almari.
Kesemua dilonggokkan disini. Penulis percaya, mereka membasuh pakaian hanya menggunakan air semata-mata tanpa sabun.
Di tempat inilah juga mereka tidur apabila hujan lebat, air akan masuk dan membasahi kesemua lantai rumah ini.

Adik bongsu Puva. Inilah satu-satunya tilam yang ada. ada satu piring berisi ubi yang dimakan dari pagi.

Satu meja yang hanya mempunyai radio sebagai alat perabot tunggal


Inilah kenderaannya ke mana-mana mencari tin kosong dan kotak



Atap bocor sana-sini, tiada wang untuk mengganti yang baru, sewa rumah pun tidak dibayar.



Inilah pinggan untuk makan yang ada

Ibu Puva dikatakan oleh suaminya mengalami sakit mental.

Inilah tin-tin yang saya pungut untuk kasi anak belanja sekolah.
Dia pernah berpesan pada anaknya, "Cakap sama cikgu, ayah tak ada duit untuk bayar yuran"


Ini beras yang tinggal...



Rakyat Malaysia yang sejati.


Inilah IC yang ada, hanya salinan.

Tolonglah kepada semua warga Malaysia yang budiman, dengarlah wahai pemimpin negara yang bersenang-lenang, antara kesenangan dan kekayaanmu, ada manusia yang menangis hanya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi anaknya.Tiada siapa tempat untuk meminta pertolongan. Kesusahan yang dialami oleh keluarga ini lebih dahsyat sebenarnya dari rakyat Indonesia yang tinggal di rumah kongsi. Pihak sekolah akan berusaha membantu sedikit-sebanyak. Antaranya memohon pihak kantin memberikan makanan percuma padanya.

Antara keperluan yang paling mendesak ialah.
1. Makanan
2. Atap untuk berteduh
3. Alas tidur
4. Ubat Nyamuk

Kandang ini mungkin lebih baik dari rumah di atas jika ianya tidak bocor


PK HEM membuat lawatan sulungnya hari ini bersama guru bimbingan

Pihak sekolah telah memanjangkan kes ini kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan seterusnya

Read more »