Sunday, April 4, 2010

Biarpun Jauh

Kring....!!! Kring..!!!!, Telefon berdering, Sobat di sekolah, Fazila menelefon, Cikgu ada, ada orang nak datang rumah cikgu... Saper? Katanya kawan lama isteri cikgu, namanya Suci...

Suci dalam debu? Siapa ek, belum pernah ada kawan saya nama Suci, tak pe lah suruh dia datang, bagi alamat rumah. Tak lama kemudian, satu mobil Alphard warna putih muncul di depan rumah.

Assalamualaikum... ya masuk2. Ini rumah Aiman? Ya... Rupanya kawan isteri saya semasa SMP dulu di Jawa. Sudah setahun mencari, kini baru jumpa.

Kata Nabi, "Barangsiapa menghubungi silaturrahim, akan dipanjangkan umurkan dan dimurahkan rezkinya".

Kalau kita betul-betul mahu mencari seseorang, in sya Allah akan jumpa kiranya dia masih hidup. Tuhan akan membantu kita. Jadi, kepada yang tidak pernah berziarah ke rumah rakan lama, lebih-lebih lagi yang mempunyai tali persaudaraan di dunia ini, pergi lah menziarahi mereka, ketika mereka masih hidup. Jangan sombong, harta kita bukan milik kita abadi. Kelak kita sakit... siapa yang mahu menziarahi kita???
 

No comments:

Post a Comment