Saturday, April 24, 2010

Bukan Makanan Yang Tak Sedap

Kebiasaannya semua makanan sedap dan menyelerakan, namun apabila seseorang itu deman, dia akan merasakan semuanya tawar dan tak sedap, padahal orang lain boleh makan dengan sedapnya.

Wa maa umiruuu illa li ya'buduLLaha MUkhlisiena lahud dien. Dan tidaklah Aku menyuruh kamu melainkan hanya sanya untuk beribadah kepada Ku dengan penuh IKhlas.

Itulah kerja hakiki manusia seluruhnya, main bisness kata orang. Dan sepatutnya ibadah menjadi sedap bagi jiwanya, sebagaimana ayam sangat sedap bagi sesetengah lidah manusia. Dan apabila manusia yang suka ayam tadi, sebagai contoh terkena demam hingga teruk sangat, maka ayam yang sedap pun dia akan kata tak sedap.

Sesungguhnya bukan ayam yang tak sedap, tapi lidah dia sakit. Pun begitulah soal ibadah, sepatutnya sembahyang, zikir, munajat menjadi sangat sedap pada rohani manusia. Jika ada yang kata ibadah tak sedap, maka sebenarnya jiwanya yang sakiti.

Dalam hidup ini, jika manusia sakit, demam, dia akan cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi fizikalnya. Namun sangat ramai manusia yang tidak peduli bila jiwanya, rohaninya sakit. Padahal tubuh badan tadi yang sakit, bukan lama pun tempoh hidupnya, akan tetapi ruhnya, akan terus hidup, ya, akan terus hidup walaupun jasad dimakan bumi.

Maka, sepantasnya lah, manusia yang sedar, bahawa dirinya akan mengadap Ilahi jua dalam keadaan terpaksa atau tidak, dia cepat-cepat dan bersegera mencari tukang ubat yang boleh mengubati hatinya yang lagha, yang tidak sukakan ibadah, tidak suka mengaji.
 

No comments:

Post a Comment