Friday, April 2, 2010

Web Kaunselor Terbiar Seketika

Kepada para kaunselor dan guru bimbingan Hulu Langat, web kaunselor.com masih beroperasi, cuma beberapa ketika tidak dapat di hantar sebarang berita dan artikel. Ini gara-gara ada "error" timbul bila saya LOGIN.

Setelah merujuk kepada pakar web, Norhisham Negeri Sembilan, baru malam ini saya cuba baiki kerosakan yang berlaku pada sistem "LOCALE". Nasib baik tahu sikit guna FTP. Kalau tidak sampai expire lah web tu akan begitu.

Seperkara lagi, saya sengaja biarkan web itu boleh didaftar oleh siapa sahaja tanpa admin mengaktifkannya terlebih dahulu, rupanya ada orang luar (mat salleh) yang ambil kesempatan meletakkan gambar lucah dan iklan ntah apa-apa. Entah berapa ramai yang sempat melihat, selama ini tiada pula yang melaporkan bahawa web itu kena godam.

Nasib baik...huhu
 

No comments:

Post a Comment