Monday, May 17, 2010

Pencegahan Dalam Komuniti

Sebelum saya bercerita pasal Pencegahan Dalam Komuniti, saya nak sentuh dasar negara kita yang telah meletakkan target tahun 2012 adalah tahun sekolah (di Malaysia) bebas dadah dan 2015 Tahun Negara Malaysia bebas dadah. Istilah bebas dadah bukanlah bermakna kita tidak mempunyai penagih dadah langsung, cuma ada berapa persennya.

Baiklah saya cuma nak fokus yang kedua tu, Negara Bebas Dadah

Kalau dikira-kira ya pak, tahun 2015 itu tak berapa lama lagi, gelap cerah gelap cerah, menjelmalah 2015. Bercakap pasal dadah dan penagih ni, Sebenarnya, bukan masyarakat saja yang risau pasai dadah, orang AADK sendiri pun naik runsing, berjaya ke idaknya Dasar Dadah Negara.

Mereka duk pulun siang dan malam, duk kejar target tersebut... tapi al-malangnya, banyak sangat sekatan, road block, cobaan, mehnah dan ranjau yang perlu dilalui. Apapun, mereka tak kisah. Mereka yang tak kisah ni tergolong pembenci tegar kepada dadah, kerana telah membunuh ribuan anak bangsa Malaysia. Membunuh jiwa, perasaan, membunuh masa depan. Memutus hubungan dengan keluarga, sahabat, anak, istri, jiran dan memutus hubungan dengan KHALIQ.

Melihat kepada senario perkembangan penagih yang ditangkap saban tahun, nampaknya jumlah mereka bukan semakin susut, bahkan semakin banyak. Tahun lepas sahaja AADK dapat menangkap 15,000 yang terdiri penagih baru dan lama. Itu belum dicampur dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis Narkotik. Beberapa tahun dulu cuma 12,000 orang yang berjaya ditangkap, kini? lebih 15,000 orang.

Ini belum dicampur dengan fakta dan statement dari WHO, yang mengatakan, jika ada "satu orang penagih" di tempat anda yang di tangkap, sebenarnya ada 3 lagi yang belum di tangkap atau dikesan.

Pencegahan Dalam Komuniti

Di sini, ada peranan masyarakat peringkat bawahan, peringkat komuniti seperti di kampung, taman, desa dan Villa. Mereka sebenarnya ada peranan yang mereka tak sedar, apa yang boleh mereka bantu untuk menangani masalah penagihan ini.

Yang kita boleh buat adalah pencegahan, pencegahan ini maknanya program yang bertujuan mencegah sebelum ia terjadi. kalau dah terjadi, bukan pencegahan lagi namanya, tetapi pemulihan. Itu kerja pihak lain pulak. Itu kerja pihak AADK, badan swasta, pusat pemulihan akhlak, pusat rawatan dadah dan sebagainya.


Sasaran pencegahan
:
1. Keluarga
2. Remaja, sekolah
3. Ibu Bapa sahaja
4. Pekerja-pekerja

Kalau saya berceramah soal pencegahan kepada 4 kelompok di atas, lainlah mauduknya, lainnya isi kandungan untuk ibu bapa dan anak-anak.

1. Kepada anak-anak, kita nak mereka dapat rasa takut, gerun dan taubat tak nak jadi penagih. Tak timbul langsung dalam hati mereka untuk berkawan dengan rakan penagih. Bahkan mereka pula yang membantu rakan-rakan mereka yang telah jatuh.
2. Punca-punca remaja menjadi penagih dan
3. Cara mengelak dari terjerumus ke lembah hina.

Untuk kaum ibu bapa, kita nak sampaikan
1. Simpton-simpton, atau macam mana anak-anak boleh terjerumus.
2. Dari celah mana anak kita boleh tersungkur.
3. Ciri-ciri penagih, macam mana yang dikatakan keluarga berpotensi untuk melahirkan anak bakal penagih.
4. Tips mengelak dari awal.


UNtuk Bos di tempat kerja : KIta nakpekerja mereka dapat bekerja dengan baik. Tidak mengambil dadah seperti sebahagian driver lori, pemandu bas dan sebagainya. Macam mana bos boleh men-deteksi dari awal bahawa pekerjanya sedang menuju ke arah penagihan. Ada tanda-tandanya. Dengan itu, pekerja bawahan boleh diselamatkan dan syarikat atau kilang akan lebih produktif.

Kalau dah tahu semua itu, harap-harapnya ditaman kita, tempat kita kerja dan rumah kita tidak ada lah penagih.

Kerana penagih, jika ada sorang, dia akan bertambah jadi 2, 3 dan seterusnya. Jadi bukanlah, maknanya ceramah dimasjid bertujuan menghukum pendengar, seolah-olah mereka ada potensi untuk jadi penagih, bukan itu, tetapi, tips-tips untuk mengelak.

Sebab dadah sekarang tak mengenal siapa, anak imam, pelakon dan ntah apa. Kalau dah ada ahli keluarga terjebak, alamatnya kita akan menanggung seribu satu kesusahan, macam lah penagih jugak. Penyakit risau, runsing, kebimbangan, ketakutan dan semua penyakit-penyakit jiwa boleh hinggap.. Pangggg!!!! Kalau dah terkena, nak letak mana maruah anda?

Kerjasama USIM dan Badan Masyarakat

Tahun lepas (2008), pihak USIM di bawah program SPADA telah menganjurkan program bengkel pencegahan dalam komuniti terhadap para pemimpin masyarakat di kawasan Ampang Jaya. Dari feedback yang kita perolehi, mereka cukup merasa beruntung kerana mendapat tips yang berguna, dan mereka nampak jalan, apa nak buat di kawasan masing-masing untuk mencegah penagihan.

Saya sendiri menyimpan hasrat untuk mengadakan sekali lagi program seumpama itu di kawasan saya. Tujuannya, untuk membuka minda pemimpin masyakarat, Imam, JKKK, Penghulu, Penggawa dan apa saja status jawatan mereka, supaya lebih terbuka kepada dunia membantu masyarakat setempat dengan tenaga dan kepakaran masing-masing.

Antara program yang boleh dilaksana :
1. Ceramah
2. Bengkel
3. Pameran
4. Tayangan Video
5. Pengakuan Bekas Penagih
 

1 comment:

  1. saya sangat setuju ustaz......
    pemulihan sebenarnya paling mudah,murah dan penting dibandingkan dengan pemulihan. Orang tua, guru dan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam pemulihan pencegahan dan pemulihan dadah.

    ReplyDelete