Sunday, June 27, 2010

PENDOSA : SEDAR Dirinya Bersalah

Oleh : Noorhisham S.Sos.I

Pendosa, alias penderhaka, adalah orang yang berbuat dosa, dia sememangnya sedar dia telah berbuat dosa.

Seorang guru saya pernah berkata "Tanda perbuatan kita itu dosa, adalah timbul perasaan tidak enak dalam hati" apabila kita melakukan hal tersebut.

Dosa-dosa itu secara automatik membuat hatinya risau, runsing dan tak senang duduk. Dalam kes penagihan, kita lihat senario penagih dadah, perubahan sikap amat ketara. Penagih akan pulang ke rumah tidak seperti biasa, bila dia masuk rumah,dia akan berjalan di tepi-tepi dinding dan terus masuk ke bilik, seolah2 dia tahu yang orang lain tahu akan dirinya sedang menagih. Tidak mahu makan bersama keluarga dan suka menyendiri.Dia punya dunianya sendiri.

Dalam hal remaja hamil luar nikah, pun di temui akan beberapa hal yang sama.Seperti yang dipaparkan dalam drama Gerak Khas,25 Jun 2010. remaja yang hamil luar nikah, juga mempunyai sikap suka berdiam diri dalam bilik. Dia sedang menyembunyikan sesuatu, perubahan sikap ketara jikalau mak ayah dan keluarga sempat perhatikan.

Dia mula mengurangkan pergaulan dengan semua rakan2 lamanya, kurang bercakap,bimbang rahsia kotornya terbongkar atau dibongkar, dia mengambil jalan menutup rahsia dengan bersembunyi.

Ada kes, lelaki masuk melalui tingkap untuk tidur bersama perempuan didalam bilik. Puncanya ialah Henpon.Anak perempuan dapat menghantar isyarat line clear kepada tetamunya melalui telefon bimbit,hanya dengan picit-memicit beberapa punat key di henpon, lalu adegan lompat tingkap berlaku.

Setelah perbuatan ini berjaya dihidu oleh keluarga, perempuan bertambah gelisah, tak senang duduk, dia membuat plan baru, lari bersama jantan keparat.

Dalam misi pelariannya, ada yang dijadikan pelacur, bahkan mengugur kandungan atau tergugur, buang bayi dan yang paling hangat, mati penuh dosa dan noda.Kasihan kan?

Secara zahirnya, Mati penuh darah akibat keguguran, tetapi mati secara batinnya, perginya ruh dari jasad membawa dosa-dosa besar. Dosa pada orang tua, pada adik-beradik,dan dosa yang teramat besar kepada Tuhannya. Mencemar air muka keluarga. Menipu dan berbohong selama ini terbongkar.

Bayangkan, manusia yang masih muda remaja, mati dalam keadaan yang sangat kita tidak ingin ianya berlaku, mati mengugurkan kandungan, anak luar nikah, lari dari rumah,betapa banyaknya dosa yang dihimpun.Bagaimana pertemuan makhluk tadi dengan tuhannya, apa jawapan yang akan bakal dia berikan, alasan apa yang mungkin dia akan paparkan, bukti apa yang dia akan pamerkan untuk melindungi dirinya.

HIDUP CUMA SEKALI

Saudara, Hidup memang sekali. Pendapat barat yang tidak beragama Samawi, lantaran hidup cuma sekali, berbuatlah sesuka hatimu, berbuatlah seenak-enaknya, kerana besok bila meninggal, tiada lagi kesempatan untuk itu.

ISLAM memandang dari posisi yang berbeza, justeru hidup hanya sekali,awaslah kalian, jangan sampai pulang memikul dosa, kerana kalian tidak dibenarkan lagi untuk kembali ke dunia setelah matimu nanti. Anehkan barat? Nah, kalau Barat hidup dalam budaya sesat, apakah wajar, kita yang beragama ISLAM, mengikutinya secara melulu?

Faktor
1. Kurang atau tiada perhatian ibu bapa,
2. Perceraian orang tua
3. Tiada pengamalan agama dalam keluarga.
4. Orang tua menganggap, ah.sudah masanya, biarkan mereka, ini zaman mereka....pendapat mazhab karut.

Tulisan ini mengajak pembaca untuk fafirruu IlaL Lah,kembali kepada Allah, kembali kepada ALLAh maknanya kembali kepada agama, menghayati dan menjadikan agama sebagai pakaian hidup sehari-hari.Kerana kita hidup bukan kerana permintaan kita.Siapa antara kita pernah pesan untuk hidup? Angkat tangan!! Tiada kan, nihil, nihil, nihil babuji, Hidup ini adalah atas kemahuan ALLAH, kematian pun atas kemahuan DIA, dan....kehidupan yang KEKAL ABADI pun nanti...adalah rancangan DIA. Tiada siapa pun yang boleh keluar dari rancangan ini. Tiada siapa boleh memutuskan kontrak ini. Sudah menjadi TAKDIR sejak AZALI, bahawa, anda, saya dan kita semua adalah sebahagian dari HIDUP.

Read more »

 
Wednesday, June 23, 2010

Malas Buat Kerja Sekolah

Ditemukan terdapat segelintir pelajar yang tidak membuat kerja sekolah. Apabila disoal selidik, jawapan mendapati mereka tidak tahu untuk menjawab. Punca hal ini berlaku adalah kerana tidak memberi perhatian ketika guru menerangkan didalam kelas dan tidak ada persediaan awal.

Sebenarnya pelajar boleh meniru kawan yang sudah pun siap, untuk membantunya menyiapkan kerja sekolah. Kemudian bertanya kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang berminat dengan mata pelajaran tersebut.

Sikap ini tidak baik, boleh membawa mudarat yang lebih besar. Guru tentunya akan merasa sangat geram apabila murid yang sama tidak membuat kerja sekolah, apalagi dengan alasan yang sama. Pelajar seperti ini boleh membuat mood guru bertukar menjadi tidak baik. Sedangkan guru datang ke sekolah dengan niat dan semangat yang membara untuk mendidik anak bangsa.

Lebih-lebih lagi, dikhuatiri sikap tersebut akan berjangkit@menular dikalangan sesama rakan sekelas. Jadi, jika kamu inginkan kejayaan dalam hidup ini, berusahalah untuk berjaya didalam pelajaran. Semua soalan yang guru berikan sebenarnya sudah ada jawapannya. Tinggal cari, baca, bincang dan bersoaljawab dengan rakan-rakan. Jangan mengamalkan sikap berpeluk tubuh.

Read more »

 
Tuesday, June 22, 2010

Adakalanya hidup perlu berpura-pura

Seorang ibu, anak dan seorang bapa masuk ke sebuah pasar raya, dengan niat membeli gula dan juga barang keperluan lain, dek kerana bekalan gula sedang susut, pihak pasaraya menulis satu catatan "Satu Keluarga Hanya Sebungkus Gula".

Untuk mengelak datang 2 kali, sang ibu menyuruh anaknya membayar di kaunter yang sama, manakala sang ibu membayar di belakangnya, sedang sang ayah, membayar dikaunter sebelah.

Ketika sesi pembayaran serentak, mereka semua berpura-pura saling tidak mengenal, jeling pun tidak, apatah lagi menoleh dan melempar senyum. Itulah dunia... Kadang-kadang perlu berpura-pura.

Read more »

 
Monday, June 21, 2010

Berlumba-lumba mau ke mana

Akhir-akhir ini,macam-macam peristiwa yang tak diduga berlaku. Manusia hari ini,iri melihat orang lain senang, ada pasangan, ada pak we, mak we dan sebagainya.

Justeru, timbul rasa ingin memiliki seperti rakannya yang lain. Tak kisah, kalau perlu berbonceng dengan lelaki yang bukan muhrim(boleh kahwin dari segi hukum syara'), atau sampai tahap berzina, yang penting baginya dapat tunjukkan pada orang lain, yang dia juga "ada harga". dan berharga.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. "Kullukum Yadkhulul Jannah, Illa man Aba', wa man ya'ba ya Rasulullah, Qoola Man 'Atho 'Ani Fakod Dakholal Jannah, Wa man a'soo ni..fakod, aba'

Semua kamu (sebenarnya) akan masuk syurga.Kecuali orang-orang yang enggan. Para Sahabat bertanya, siapa yang enggan (masuk syurga itu) wahai Rasulullah?Sahabat semacam kebingunan, rupanya ada juga manusia yang tak hendak masuk syurga. Jawab Nabi, Barangsiapa yang patuh kepadaku, maka dia akan masuk syurga, dan barangsiapa yang melawan aku, maka itulah orang yang enggan.

Sifir agama mudah saja, siapa yang patuh dan berusaha untuk terus patuh, dia sedang berusaha menuju ke syurga, sebaliknya yang masih menunda-nunda untuk patuh, bererti dia sedang membuat tempahan secara online ke neraka.

Sedang Al-Quran mengajar kita supaya hidup berlumba-lumba...dengan firmanNya "Fastabiqul khairaat" Maka berlumba-lumbalah engkau ke arah kebaikan..

Read more »

 

Lesen Beli Gula

Sesiapa nak beli gula, kena ada lesen macam ni, hehe.... bukan sekilo dua, tetapi yang lebih dari itu lah.
Saya dapat dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri

Read more »

 

Yang Cikgu Geram

Adakalanya dia pandai, tapi buat-buat tak pandai, adakalanya dia tak pandai, tetapi berusaha untuk menjadi pandai. Yang cikgu geram, apabila soalan peperiksaan tidak dijawab, tetapi ini yang ditulis.

Sambungan

Read more »

 
Saturday, June 19, 2010

AADK Tidak Menangkap Penagih


PETALING JAYA: “Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan membantu memulihkan penagih bukan menangkap penagih selain membantu memberi nasihat kepada mereka,” kata Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor, Zulkarnain Mohamad.

Katanya, orang ramai perlu faham tugas AADK memulihkan kembali semangat dan kehidupan bekas penagih. “Banyak kes yang berlaku penagih tidak menyedari apa mereka ambil adalah dadah, contohnya ketamin, kebanyakan penagih baru sedar selepas diberitahu ‘barang’ yang mereka ambil adalah dadah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program ‘Kick Drugs Out’ sempena Hari Antidadah Antarabangsa di sini, semalam. “Dengan adanya sambutan seperti ini, kami harap akan banyak lagi pendedahan diberikan kepada masyarakat mengena bahaya dadah selain maklumat terperinci mengenai gejalanya,” katanya. Menurutnya, Hari Antidadah Antarabangsa turut menyediakan pelbagai program bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya pengaruh dadah dalam kehidupan dan akan diadakan di Mydin Mall Subang Jaya, 26 Jun depan.
Sambungan

Read more »

 
Wednesday, June 16, 2010

Terima Kasih Memuat Kisah Anak Saya

TERIMA kasih Syiekh kerana memautkan cerita anak saya, tulisan pagi ini membuat saya terkejut, kisah anak yang mana, penungjung blog saya meninggalkan alamat blog beliau link , setelah dibaca dan di amati, ternyata anak beliau ialah Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi Lahir : 23 Syaaban1409 (30 Mac 1989), dan telah meninggal dunia pada 21 Jamadiawwal 1431 (4 Mei 2010) kerana lemas.

Dapat saya selami, sungguh sukar bagi sesetengah manusia dibumi ini untuk mendapatkan anak, sanggup mereka berkorban hingga puluhan ibu ringgit. Bahkan ada yang sanggup menahan sakit selepas melahirkan anak, asal dapat anak.

Kini anak yang ditantang, yang dibelai, setelah puluhan ribu wang bapanya habis untuk membesarkannya, dia pergi buat selamanya... betapa pilunya sang ayah dan ibu, bagaikan Rasulullah menangis di atas pemergian anak lelakinya Ibrahim.

Tahniah tuan, di atas berjaya mendidik anak dengan adab, doa dan akhlak ruh Islami, tahniah jua kerana dia sudahpun dihantar ke syurga (mudah-mudahan) dan bakal menjadi penolong tuan dan keluarga di akhirat kelak.

Teruslah berpegang dengan tali ALLAH, lalui liku-liku kesukaran hidup dengan penuh sabar dan tabah, dunia ini bukan tempat senang bagi kita, akhirat jua tempat senang lagi kekal abadi.

Read more »

 

Ya Karim...Ya Karim

Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!'

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!'
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berziki...r lagi: 'Ya Karim! Ya Karim!'

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya 'Ya Karim! Ya Karim!'

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.'

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum, lalu bertanya: 'Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?'
'Belum,'jawab orang itu.
'Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?'

'Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,' kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!'
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

'Tuan ini Nabi Muhammad?!' 'Ya' jawab Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Melihat hal itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

'Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah SWT mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.'

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit diaberkata:
'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:

'Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!' Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

'Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!' kata orang Arab badwi itu.

'Apakah yang akan engkau perhitungkan denganTuhan?' Rasulullah bertanya kepadanya.

'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, 'jawab orang itu. dan 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga 'Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.

Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah SWT tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah SWT sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!'

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya. '

Riwayat Tirmidzi dari Ali bin Abu Thalib ra.
Sambungan

Read more »

 
Monday, June 14, 2010

Sejarah Hidup ku

BIAR KU TULIS sejarah RINGKAS, UNTUK MENGISI JALANNYA DAKWAH, MUDAH-MUDAHAN TUMBUHNYA MOTIVASI PADA SESIAPA YANG MEMBACANYA



Nama : Noorhisham bin Hamzah, (Cahaya Hati Pemurah)

Gambar semasa belajar di SK Padang Garong Tahun 1990


Jasad ku dilahirkan pada 15 haribulan Januari 1977 bersa,maan 1 Muharam pada pagi hari Sabtu di Kampung Kubang Tuman, jarak kampung ku 5 kilometer ke Bandar Kota Bharu Kelantan. Sekarang Kampung ku tak ada lagi, sebab tu ku tak boleh balik kampung, kampung ku hanya tinggal nama, sebab dah jadi bandar...dari rumah ku, boleh nampak Taman Tengku Anis, lokasi permainan anak-anak sekarang. Ku anak pertama dari 5 beradik.

Waktu ku lahir, tiada sudah insan yang bernama atuk, semuanya telah pergi, yang ada hanya nenek. Nenek kedua ibu dan bapaku.Ibu kepada nenekku pun masih ada. Itulah...Tuhan memanjangkan usia seorang manusia bernama perempuan.

Kata nenekku, atuk kita dulu adalah dari keturunan Raja Jembal. Anak cucu dari Raja Jembal berkahwin dengan Cina Mualaf dari Kedai Buluh. Istilahnya orang keluaran, sebab tak kawin sama-sama kufu. Kalau tidak namaku ada Nik di hadapan kata nenek. Tak pasti Cina Mualaf itu lelaki atau perempuan, kemungkinan besar lelaki. (Foto sebelah, kubur nenek ku meninggal dan dikuburkan di Felda Kota Gelanggi, meninggal dari balik haji)

Tak kisah lah Jembal ke apa, yang penting, Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah Taala, adalah yang paling bertaqwa.

Sebab ayah pada atuk kawin dengan bukan sama-sama Nik, maka putuslah sanad Nik dalam keluarga kami. Sebab itu juga, wajah nenek ku (sebelah ayah) ada iras-iras orang Cina, dan jatuh pada beberapa orang anak cucu, termasuk daku dan anakku yang kedua ini, lebih nampak cina nya sedikit dari kakaknya. Cuma kulitku tak seputih cina. Mata saja yang seakan Cina.

Jinjang Pendidikan


Awalnya daku bersekolah di Tadika Tokono, Jalan Atas Paloh, tahun 1983, Hingga Sekarang bangunan itu masih ada lagi. Waktu tu bapa ku buka warung kedai kopi di Jalan Kebun Sultan, berhadapan kilang botol kicap. Kilang botol ini tersohor satu Kota Bharu, kerana ada 2 biji botol besar setinggi pokok. Hari-hari ku pergi sekolah naik beca roda tiga, kadang2 naik motor Vespa bapaku, masih ku ingat, waktu rehat sekolah, kami diberi minum teh 0 dan biskut merrie bulat 2 keping seorang. Kalau ada lebih, kami dapatlah 3 keping seorang. Disini mulanya ku belajar menulis dan baca. Antaranya tulisan Cina dan Melayu.



Kemudiannya

Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Padang Garong, 1984-1989, Lokasi Sekolah ku ini berada di Kompleks Sekolah2 Kota Bharu, masa tu, hanya ada 1 sekolah Padang Garong, sekarang sudah ada 2, tiap2 tahun ku tak pernah merasa duk kelas pertama, selalunya duduk kelas kedua dari 4 kelas. Pernah sekali kena turun ke kelas 4 Kuning. Banyak sangat main, padam muka... Darjah 5 naik balik ke kelas 5 biru.


Dari segi kedudukan. Kelas Merah kira paling hebat, biru kedua, kuning ketiga dan empat Hijau, kelas paling handal.
Kata orang kalau masuk ke A, Agah, B, Baik, C, Cerdik, D apa? Ku tanya, D DOGOL katanya.



Hobi


Masa sekolah ku gemar sangat bermain bola, mulanya main-main saja, walau tak hebat macam Deogo Maradona tapi sempat jadi wakil sekolah, ku juga diminta oleh guru bermain ping-pong mewakili sekolah. Ah..malu...kalah berat.


Masa sekolah, banyak masa ku tinggal dengan mak saudara sebenarnya, kakak pada ayah. Kecuali darjah 6. Tinggal dengan ibubapa semula. Hari-2 pergi sekolah jalan kaki dengan sepupu. Balik sekolah jalan kaki, pergi sekolah tak pelah, sejuk, tapi bila pulang panas, kerana panas, bawah tapak kasut terasa sangat panasnya,rasa tak boleh berjalan dah lagi, daku singgah di Taman Permainan, bermain-main menunggu teduh, jam 2 lebih baru bergerak lagi pulang ke rumah.


Aktiviti harian





Petang-petang ada masa, ku ke dusun, ikut kawan lastik burung, lastik kaca, mandi sungai (Pok Mad Akar), main bola, pergi tempat orang celup kain. Ronda-ronda lah dulu mana ada sangat cikgu bagi kerja rumah. Kadang-2 musim ikan, main ikan sepilai, ikan laga la tuh. Mana ikan yang orang buang, ku ambik, bukan ku tahu pun main laga. Kadang musim main buah getah.

Kalau semua musim bercuti, kita main dek cok...haha...dek cok...apa nama tu, ketiting?




Kini dusun itu sudah hilang keasliannya, sudah jadi Taman, tempat kunjungan warga Kota Bharu.(Foto di atas, dulunya dusun tempat ku bermain dan mencari buah-buahan, kini menjadi taman permainan, Taman Tengku Anis, lokasi riadah, jogging warga Kota).


Belajar Agama langsung tak reti, asyik meniru je kerja ku. Ada kawan nama HasWadi, dia pandai sikit. Tapi ku dapat Hidayah waktu Darjah 6, akhir-akhir tu, baru insaf nak belajar menulis jawi. Kisahnya panjang. Semuanya gara-gara Ustaz Mad Dahan yang suruh Amir Syarifuddin (jln POst Office Lama) baca kisah Nabi kebetulan Sambutan hari Maulud di sekolah. Pada hari itu tiba, Amir tak datang, sebab daku kawan baik Amir, Ustaz suruh daku yg menggantikan Amir membaca Kisah Riwayat Hidup Nabi di tengah perhimpunan dalam dewan. STop..Kisah ni panjang





Kerana selalu bermain, dari jam 3 petang sampai maghrib, hari-hari main, tak kira hari di padang kompleks... kadang-kadang di Padang Beng Kota Bharu, sebelah masjid Muhammadi, Mak kata, tahun kena pergi sekolah pondok. Sebab tak pernah duduk rumah. Huhu...Pergilah daku ke sekolah menengah dengan UPSr 3A 2B. Masa ni, UPSR adalah yang pertama kali dalam dunia, dakulah antara calon pertama. Sebelum tu mana ada UPSR, yang ada Ujian Penilaian Tahun 5.






Oh ya, waktu sekolah di sini, ku tak pernah dilantik menjadi ketua kelas, penolong, apa lagi pengawas. Cuma kalau beratur memang tiap tahun kena duduk barisan paling hadapan. Bidang kokurikulum, ku minat PENGAKAP. Pernah ikut Kem Jambori di Kem Kijang 1 hari.



Ustaz Mad, Seorang Guru Beramal




Orang yang paling baik menjadi kenanganku ialah Ustaz Mad. Ustaz Mad bin Dahan hadir ke SKPG masa ku darjah 5. Masa ni beliau dah dekat nak pencen. Waktu mengenal dirinya, dia sebut nama saya Muhammad Dahan, ops....Dahan ustaz? Tanya ku keliru. Ye lah. Orang dulu-dulu katanya tak tau nak letak nama macam sekarang. Ustaz Mad lah yang memperkenal padaku Qiamul Lail, Perkhemahan IBadah di sekolah. Malam-malam kami main di pusat sumber, sedang Ustaz Mad asyik menghabiskan wiridnya dengan tasbih.


Ustazah Menangis



Sebelum kehadiran Ustaz Mad, ku tak pernah menyebut perkataan Ustaz, yang ada hanya Ustazah. Seorang Ustazah pernah menangis masa mengajar kami, ada kawan ku namanya Imran, sama dengan ku tak pandai jawi dan Quran, Masa Ustazah tanya....Nun mati bertemu apa ni? Imran jawab bertemu Bo hidup. Masa kelas agama, Imran selalu buat bising, sampai Ustazah menangis dan lari ke bilik guru kerana tak tahan kenakalannya.


Ramai kawan-kawan sekolah rendah hilang. Tak dapat di jejak. Zaki dari Banggol dan Hasrul Hafiz (Jln Atas Paloh) antara kawan baik ku. Sampai sekarang belum dapat jumpa kecuali Zaki. dan Yuziani, anak seorang guru. 


Nasib baik ada FB, sekarang jumpa semula. Yang lain sedang dalam pencarian. Ramai juga rakan anak polis sekolah di sini. Paling jauh dari Kem Askar Pengkalan Chepa, Sg. Keladi, Banggol dan Sungai Budur.


Sekolah Menengah : SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka (1990-1995), SMUDA.

Masa mula2 masuk sekolah ini, Ustazah K menyambut kami, K ialah nama glamour beliau (Qomariah). Katanya, di sekolah ni, tak ada pagar, jadi kena jaga (pagar) diri masing-masing. Ingat lagi waktu tu, pergi mendaftar bawa baldi, selimut, tuala, toto, berus gigi, dapur minyak tanah.

Kami tinggal di pondok, tapi belajar sekolah agama arab. Bukanlah sistem pondok total.


Makanan Rohani


Di sini ku belajar berdikari. Hari-hari mandi air paip dalam tandas. Masak nasi sendiri. Nak cepat ku goreng telur mata kerbau je lah, campur kicap..Huh...biar tak sedap, tapi perut terisi. Solat jamaah 5 waktu. Kuliah maghrib tiap 2 kali seminggu. Kuliah Subuh tiap hari. Inilah makanan rohani kami. Tidur di pondok. Kadang-kadang di Masjid. TV radio tak ada.yang ada speaker masjid sajalah, untuk dengar Bang (Azan) .




Selain itu, ku belajar Qawaid, Fiqh, Nahu, Saraf, Sirah, Mahfuzah, Sejarah, Sains, Matematik, Geografi, Imlak dan sebagainya. Sorang kawan kami panggil Bujang, pun nakal jugak. Bujang asal dari K.Terengganu. Nama aslinya Hafizan. Dalam kelas dialah yang paling bising, kalau baca buku kuat-kuat hari pertama, ingat lagi..Raksun..kepale, Bikrun telage...katanya dlm loghat Teganu. Itulah kelebihan baca kuat, sampai sekarang masih terngiang-ngiang.




Tingkatan 3 mula jadi pengawas sekolah, tingkatan 5 ku dilantik sebagai Rais Dhabit. Ketua Pengawas. Pernah ku lari dari sekolah ini, gara-gara ingin menambah ilmu di pondok, ku lari ke Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas, tak lama hanya seminggu, tak tahan rupanya mengaji pagi sampai malam. Petang je free sekejap. Mak saudara pun marah, nak jadi apa, sekolah pondok, dah elok-elok sekolah agama.

Banyaklah rumah sewa yang ku duduki nak habiskan 6 tahun di situ, kira-kira dua buah pondok, satu rumah sewa dan satu rumah percuma. Sekarang tapak rumah itu didirikan rumah Ustaz Nik Adli, anak pada Tok Guru kami yang kami panggil Ayah Zid.


Orang-orang kampung Pulau Melaka yang rajin ke masjid rata-ratanya kenal diriku, kerana ku sering jadi Bilal kadang-kadang. Bahkan pernah malam kuliah pun, ku minta dengan Bilal, Pak Cik Mat, untuk azan.

Gambar sebelah, penulis pakai baju pengawas warna biru, hafizan no.2 dari kiri.Kiri kanan ialah pondok kami. Rumah belakang warna putih ialah rumah adik perempuan TGNA.

Selama 6 tahun dari 1990 sebelum pilihanraya umum hingga 1996 ku sini. Siapa tak kenal, sebut saja Hisam Lebai, orang tahu. Sebab kopiah tak pernah buka, dari bangun tidur hingga nak tidur. Insan yang pertama menganjur daku paki kopiah ialah Ustaz Mad Dahan Kampung Geliga Bachok.








Ingat lagi, bila dah lama di sini, anak-anak pondok yang malas bangun solat subuh, semua kena tibai. Tanganku inilah yang banyak menibai. Ops...bukan tangan... tapi alat. Kadang-kadang terlepas jugak. Yang tak buat masalah, tak ada sebab nak kena marah. Mungkin mereka yang jadi mangsa masih ingat kisah ni.Huhu..Nak buat macam mana, pasal tak ada ustaz yang jaga kami, masing2 jaga diri sendiri. Budak-2 tu kalau kita biarkan dia tadbir diri sendiri, alamatnya tak sembahyang lah.

Ku rasa terkilan sangat sebab mereka datang dari seluruh Malaysia, (kecuali Sabah dan Sarawak) untuk belajar, mak ayah jauh, sembahyang 5 waktu liat, malas. Paling ramai waktu itu dari Jerantut, Temerloh Pahang, kemudian Selangor dan Johor.




Sayangnya, ku hanya pandai marah, tapi tak tahu bagi motivasi supaya rajin solat...kerana dengan solat kita akan bla bla bla.. Bukan jahat...tapi samseng tak tentu pasal. Pernah ada budak tak ikut kuliah, pergi main silat, bukan main ku marah, sebab tak tahu dimana sembahyang mereka, sampai bergaduh besar, kes ini membawa ku ke balai polis, kes berlarutan hingga 2 tahun dibicara di mahkamah.

Wal akhirnya ku menang kes.... Sebab mereka menyerang ku didalam pondok. Hakim bertanya padaku, mau apa? Ku Jawab wang gantirugi di atas serangan mereka. Mereka bayar RM200.oo dalam mahkamah didepan hakim, diluar mahkamah, ku bagi balik duit tu, kami semua bersalam-salaman, saling minta maaf.


Peserta Speaker Corners

Tahun 1994, Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu menjemput beberapa buah sekolah Arab untuk menjadi peserta syarahan di Taman Hijau Kota Bharu. Saya salah seorang yang ikut. Kami pergi dengan bas MPKB. Dari awal program hingga akhirnya, sekolah kamilah mampu bertahan berada di situ setiap minggu.

Program yang dirancang oleh Pegawai Unit Pembangunan Islam, MPKB ini adalah salinan dari program yang sama di England. Sehingga 1996 program ini bertahan. Ku sentiasa berhubung dengan Kak Nah waktu itu sebagai pegawai bawahan disana. Kadang-kadang minta MPKB hantar bas kecil, dan adakalahnya sebuah bas besar. Disitulah saya mengasah bakat menjadi penceramah.(Gambar sebelah menunjukkan zaman tengah memberi syarahan umum di Kota Bharu) Ku turut melatih adik-adik untuk bersyarah, buat mereka ku coretkan satu syarahan pada sekeping kertas, salah seorang membacanya.


SMU (A) Tarbiah Mardhiah, Pancor Kemumin (1996-1997).

Habis tingkatan 5, daku beralih sekolah ke sekolah ini. Sebab di sekolah SMUDA belum ada tingkatan 6. di sini pun ku dilantik sebagai ketua pengawas masa tingkatan 6 Atas, menggantikan rakan yang sambung ke Mesir.Namanya Nasir dari Pulau Pak Amat. Sekarang bertugas sebagai Imam besar di Masjid KLCC.

2 Tahun saja ku sini. Pergi sekolah naik motor. Tinggal sama-sama kawan.Talhah dari Pahang. Malam-malam cari duit kerja di Hotel Nora Kota Bharu. Masa tu tahun 1996. Ustazah, guru kelas ku, tahu ku kadang tak ke sekolah sebab cari wang. Beliau kumpul duit dari semua guru-guru dan serah padaku, Sham....katanya jangan kerja lagi, ambil duit ni buat belanja.


Kawan-kawan yang hebat dan pandai ke Mesir, Jordan, Syria..daku? Huhu...Ku ambil keputusan ikut Abu (klik Fb Abu) dan Asri ke Indonesia, belajar agama lagi. Sebab nak ke Mesir tak cukup syarat. Nak kemana ni? Indon pun banyak tempat belajar. Pendekkan cerita, ku dapat saranan dari seorang guru supaya ke Aceh, ada misi ku ke sana selain belajar.

Mahu Belajar, Duit Tak Ada

Zaman kami namanya zaman ekonomi meleset, semua biasiswa ditarik balik. Mundar-mandir ke mencari duit, dimana lah boleh ku dapatkan wang untuk sekolah 4 tahun di luar negeri. Terpaku .... akhirnya ku dapatkan satu surat (Klik) dari Pejabat MB, minta sokongan untuk dapatkan derma.

Di Kelantan, nak kumpul duit banyak dalam masa singkat bukanlah mudah bagiku. Ke mana-mana ku bawa sekeping surat itu. Sampai atas Pasar Siti Khadijah. Disini bapa tiri (Pok Su) kepada 2 pupuku tolong bawa surat tu kepada semua peniaga disitu sambil tolak kereta jual airnya. Kira-kira tak cukup-cukup juga.

Akhirnya 2 pupu ku bagi cadangan, datang KL katanya, nanti tinggal di rumah Pok Hen di Selayang Pandang. Dia orang baik, suka tolong orang. Sepupu ku ini seorang Hafiz (Haswadi) dulu pernah menjadi Imam Terawikh di Masjid Selayang Pandang selama sebulan. Tahu sangat dia jiwa budi baik orang2 di Selayang ini.

Ku ikutlah nasihat dia, nasib baik, walaupun POk Hen tak kenal ku, tapi menerima untuk tinggal disitu. Rumahnya masa tu, rumah setinggan. Disitulah syurga ku sementara. Mak Yah pun baik sangat orangnya. Sampai baju ku pun beliau tolong gosokkan. Ku cakap, tak payah lah gosok, biar lah.

Selayang Pandanglah menjadi markas pergerakan ku. Pok Hin menjadi juru planning, ke mana nak tuju. Yih anak sulung menjadi peneman ku sehari-hari. Cuba ke sana-sini, orang tak berapa nak bagi jugak. Sampai ku ke Bangunan Sultan Abdul Samad, nak minta biasiswa dari Majlis Agama. Kemudian ke Pusat Zakat KL.

Setelah itu ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. MInta surat sokongan. Nasib baik dia bagi, sebab masa tu boss nya orang Kelantan. Rasa malu ku cuba buang, dengan surat itu ku ke masjid India, naik turun pejabat, bank dan kedai-kedai.

Di Lempar Surat

Yang paling pedih, sewaktu ku ke sebuah bank di Jalan TAR, ada apa? Tanya seorang pekerja disitu, ku tunjukkn surat sambil berkata nak minta derma... BIla dia baca surat tu...dia lempar...huh...pergi balik kelantan, minta di sana...ku berjalan sayu memungut surat itu dan ucapkan terima kasih. Pok Hin dibelakang ku melihat saja gelagat manusia.



Satu lagi waktu ku ke Masjid Negara dengan Yih, habis sembahyang zuhur, ku bagi tau Imam (Imam ini sering masuk TV sampai sekarang), tuan...saya nak minta derma, dari warga masjid...tak ada ..tak ada.sini tak ada derma katanya, Tuan, saya bukan minta duit tuan, tapi derma dari orang ramai...Tak ada, tak ada, tengok kat luar tu ada POLIS...nanti dia tangkap kamu. Sambil berjalan dia pergi.





Balik rumah di Selayang, ku ceritakan pada Mak Yah, menitis air mata dia mendengarnya, katanya.... tengok wajah budak ni, betul ke dia 9ada air muka) menipu...kalau ia pun tipu, apa salahnya bagi 10 ringgit. Ya...sudah, nak buat macam mana, bukan rezki ku.


Peranan Doktor Hospital Tawakal



Langkah ku atur lagi di markas, rasa-rasa hampir buntu pun ada. Akhirnya Masjid Selayang Pandang bantu juga, dapatlahsekitar RM700.00, kemudian ku serata masjid besar, masjid Kampung Pandan, ku dapat RM2200.00. Surau KLCC RM2000.00. Masjid Kampung Batu, RM 500.00, Imam Besar Masjid Kampung Baru RM1000.00, Masjid Kampung Baru RM1000.00, kemudian ku ke Jalan Ipoh. Naik turun PUSRAWI. Mereka suruh tinggal surat, nanti di poskan. Hmmm..tunggu je lah... Sudah tu, ku ke Hospital Tawakal Jalan Pahang.

Ha.... di sini banyak yang berjasa padaku, semoga Allah merahmati mereka, melapangkan rezki mereka, ku tilik-tilik nama-nama senarai nama Doktor di papan kenyataan, nak pilih yang Islam sahaja.

Habis tu, ku berlegar-legar di setiap klinik didalamnya, mereka semua sibuk dengan pasien, ada satu doktor, bila dia baca surat yang ku bawa, teruskan dia arahkan nurse, take five, sambil menunjuk 5 jari, nurse mengira-ngira, RM500.00 tanpa cakap banyak. Terima kasih doktor.

Kemudian ada lagi seorang doktor, rupanya orang Kelantan jugak, secara kebetulan, rupanya ramai doktor-2 di sini dari negeri ku. Ku hampiri kerani dimeja kaunter, ada apa, tanya dia? Saya nak jumpa doktor, nak mita derma, kerani tu cakap tunggu. Hampir 2 jam ku tunggu, lepas sorang-sorang pasien masuk, sampai habis pasien. Ya. ada apa katanya, Ku tunjukkan surat tu, setelah dibaca, dia kata datang esok... Wah ini janji baik.

Esoknya ku datang lagi, berjam juga menunggu, akhirnya dia panggil masuk dalam kamarnya, di tunjukkan padaku buku-buku yang dia baca, salah satu dia hadiahkan padaku, buku tentang rawatan secara keagamaan bagi orang yang terkena ilmu sihir. Akhirnya doktor itu bagi wang Satu Ribu ringgit, dan dtambah lagi, ini wang zakat kakak saya katanya. Nanti kalau susah-susah datanglah.

Ya Allah, terima kasih tuhan, setelah terbakar jiwaku di lempar surat, bagaikan mereka melempar mukaku, kini tuhan mengganti yang lebih baik, pengalaman pahit ku dibayar.Nanti ku pulang bila tamat pengajian di Aceh, ku akan datang lagi untuk ucapkan terima kasih padanya, bisik hatiku. Ya Allah, semoga Kau lapangkan rezekinya dan semua orang di hospital ini.

Hitung-hitung semuanya dapat hampir RM10,000. Derma ini dari orang perorangan dan masjid. Termasuk Nazir masjid Selayang Pandang. Sebelum ku ke Aceh, sempat 1 kali kalau tak salah ku naik mimbar menyampaikan khutbah Jumaat.

Habis Jumaat, ada orang datang, Pak...tegurnya, bapak dari Indonesia ya. Ngak lah jawabku. Bingung dia.

Waktu berangkat ke Aceh dah dekat, ku harus pulang ke Kelantan untuk menyusun barang pengembaraan. Pada Mak Yah ku tinggalkan Rm300.00, sudah sebulan ku menumpang nasi air dan tempat tidur. Dengan linangan air mata dia berkata, sepatutnya kami yang tolong Sham...bukan Sham yang bagi..Tak pe lah, ku jawab, ada rezki boleh lah.




Banyak manusia yang pernah berjasa padaku, yang sudah meninggal pun ramai. Harap Fatihah yang ku bacakan setiap malam Jumaat dan ketika diterima Tuhan sebagai pahala untuk mereka. Juga pada atuk-atuk ku yang dulu, mungkin mereka lah yang pernah mendoakan untuk ku anak cucunya supaya menjadi manusia yang berguna, beriman dan bertaqwa. Amin



1998. Ku terbang ke Indonesia


Yes.. 1998, kami naik kapal terbang dari Pulau Pinang ke Medan. Pertama kali naik kapal terbang dalam hidup. Semasa didalam pesawat, pilot mengumumkan pesawat ini memakan masa 50 minit. Tetapi sebenarnya hanya 45 minit sahaja.Perghhh. bayar mahal, naik sekejap saja. Baik tak payah naik...huhu.Itu lah kali pertama naik kapal terbang, kemudian lepas tu, ku naik feri saja, dari Penang POrt Klang ke Pelabuhan Medan, walau perjalanan 5 jam naik feri. Tapi murah dan meriah.



Ramai kawan-kawan tak sempat makan dan minum lagi, kerana kami diminta mengisi borang ketibaan sebagai warga asing di Indonesia. Ntah bagaimana lah agaknya rupa Aceh...Itu yang bermain dalam fikiranku. Kami masing-masing saling tak kenal.





Sampai di Medan,kami di bawa ke Kota Medan, Jalan Gajah Mada, tepatnya berhadapan Hotel Labuhan Raya sementara menunggu bas ekspress ke Aceh. Semua bas penuh, kecuali malam jam 10.00. Perjalanan ke Banda Aceh 12 jam. Esoknya jam 10 pagi kami tiba di Stui. Pemimpin rombongan kami ialah Abang Wan.(Bas Kurnia yang membawa kami 17 orang ke Aceh)

Setiba di sana, kami dikurung selama 2 minggu di Mess Malaysia, untuk menghadapi orientasi. Kemudian nya kami akan menetap di rumah sewa, abang-abang letting yang tolong carikan. Sewa rumah disana waktu itu Rp2,400,000 sebuah untuk setahun. Ku tinggal di Kompleks Cek Ta di Kampung Tangjong Selamat. Berdomisilah kami di sini selama setahun lebih.



Pergi kuliah jalan kaki, ulang alik, kadang-kadang pergi pulang terus, sebab dosen tak ada. Dosen adalah gelaran kpd pensyarah. Bau ketiak busuk sebab jalan kaki jauh. Lama-lama tak tahan, masing-masing beli basikal. Kami semua beli basikal abang yang nak pulang ke Malaysia.





Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Hulu Langat tahun 2007. Pada Tahun 2009 di Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Negeri Selangor.


Telah berkahwin, mempunyai 4 orang cahaya mata perempuan. Sering memberikan ceramah Motivasi Pembelajaran, Penyalahgunaan Dadah, dan juga Motivasi Ibu Bapa di sekolah, surau, masjid dan Institut Pengajian Tinggi. Terkini, menyampaikan Ceramah Membangkit Motivasi melalui teknik Hipnosis.







Pernah di lantik sebagai JU, iaitu antara 8 orang Juru Latih utama web Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah Bahagian Sekolah Harian, Unit Hal Ehwal Murid


Pekerjaan


Bertugas sebagai Guru Bimbingan di Sekolah Kebangsaan Bangi. Sejak 2005 hingga sekarang

Read more »

 

Mati berrsama Impian

Semua yang hidup pasti akan menemui mati. Maut adalah penghujung bagi segala kehidupan makhluk,sebagai bukti bahawa ada yang lebih berkuasa didalam kehidupan ini. Baik secara di sedari maupun tidak.Yang tidak menemui maut adalah Dzat yang Maha Agung.Sejauh-jauh perjalanan hidup manusia, akhirnya dia akan mati.

Malaikat Pencabut sudah mencari, dan tak menemukan baginya perjalanan lagi walau pun satu langkah cuma, tiada lagi setitik air dan sesuap nasi, begitu juga tiada lagi sesedut udara. Kini tiba masanya ruh untuk kembali ke pangkuan penciptanya.

Dalam hidup ini,secara umumnya, manusia bernama lelaki akan pergi dulu. Tanpa persiapan untuk mati, diri si mati akan menderita, ruhnya akan sengsara, sedang yang ditinggal, yakni isteri dan anak akan mewarisi kehilangan yang amat besar dalam hidup ini.

Kita lihat,di Negeri Amerika bagaimana susahnya sang ibu mendidik anak,setelah pemergiannya suaminya yang selama ini menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Keluarga bahagia hanya sempat setahun 2, lantaran si ibu tidak mempunyai skill untuk mendidik anak, dia menderita, anak melawan, mengugut bahkan menyepak ibunya.

Saya ingin sambung tajuk di atas. Ada 2 makna yang ku temui dari kalimat di atas.

Yang pertama, matinya manusia disamping dia memegang segala impiannya, artinya sudah tercapai segala hasratnya, lalu di tengah perjalanan hidup ini, maut datang menjemputnya. Dia berkubur bersama impiannya yang sudah tergenggam.

Yang kedua adalah, seorang manusia yang bertungkus-lumus mengejar impian, terlalu banyak impian yang digantung dan masih belum tercapai jua, sehingga akhirnya dia mati ditengah perjalanan hidup, pun dia mati membawa impian-impiannya yang belum tercapai sampai ke dalam kubur.

Saudara, dalam hidup ini, antara nikmat yang paling mahal Anugerah Tuhan ialah akal. Akal berfungsi sebagai mencipta impian, hasrat, cita-cita. Antara impian yang mesti ada pada setiap manusia ialah, mati bersama dengan sebuah stafikat, sijil, piagam, bahawa dia sudah mendapat rahmat dan redha Allah Taala, ketika nyawanya dicabut.

Tuhan menggambarkan betapa gembiranya Dia, menyambut kepulangan hamab-hambaNya yang Dia Redhai."Radhiallahu anhum wa radhuu anhu, dza lika liman khasyia Rabbah" Redha Allah ke atas mereka, dan mereka pun redha terhadap Allah Taala jua. Itulah (Redha) balasan bagi sesiapa yang ada takut dalam jiwanya terhadap Tuhannya.

Dalam perbincangan Tasauf dimuatkan tafsir ayat ini, antara Allah dan Manusia, siapakah dulu yang Redha, adakah Tuhan dahulu meredhai hambaNya, atau hamba dahulu? Mereka berbincang, jawapan yang kita dapati, mereka menemui bahawa, Redha itu datang dari Tuhannya dahulu, selari dengan ayat ini, baru kemudian hamba pun turut Redha.

Pengertian Redha mungkin dibahas pada sisi lain dari segi pengertian umum, awam dan menyeluruh. Allah Taala meredhai HambaNya yang bertungkus-lumus mengejar redhaNya Dia dengan segala usaha, baik harta, masa, diri, dan jiwa raganya. Siang malam mentadbir diri untuk menggapai redha Allah, sehingga akhirnya dia menemui mati. sedang dia redha di atas segala kesusahan, kepayahan hidup yang tuhan takdirkan ke atas dirinya, baik miskin, kesusahan, penyakit, tidak sempurna itu ini, menannggung sebuah kesakitan batin yang teramat sangat dan sebagainya.

Lalu ketika dia mati, jiwanya masih redha dan pasrah, Tuhan menganugerahkan pangkat REDHA kepadanya.

Read more »

 

Jiranku Seorang Penagih

Terkejut membaca tajuk ini bukan? Bukan jiran sekarang, tapi dulu punya. Tahunya setelah saya ke Pusat Serenti Dengkil untuk mempraktikkan sesi kaunseling. Klien saya adalah salah seorang bekas tentera.

Habis sesi, waktu nak balik, seseorang menegur saya, S : Saya D ; Dia

D : Encik....encik dulu tinggal di Ber... kan?
S :Mana tahu?
D :Saya tinggal situ jugak
S : Anak pada si anu ke ...
D: Tak lah saya saudara dia
S : ohhh
D : Anak saya dulu tinggal dengan Encik masa saya pergi kerja.
S : Nurin ke....Aisyah ke....
D : Ya....
S : Ya Allah, saya tak kenal kamu tadi, macam mana boleh masuk sini?
D : Ini pasal kawan-2 lah...ikut member
S : Habis tu, dah masuk sini, anak ada datang tak
D : Ada...hari tu waktu nak raya
S : Apa dia tanya
D : Dia tanya, bila ayah nak balik
S : Apa kamu jawab
D : Saya kata..ayah tak boleh cuti lagi....ayah tengah kerja ni...
S : Udah lah, jangan buat lagi, kesian anak-anak masih kecil.Benda2 gitu bukan ada faedah pun.
D : Baik encik

Saya tak cam sebab 3 perkara, pertama kerana rambutnya tiada, sudah dibotakkan, kedua sebab gelap kerana selalu berkawad dan ketiga agak lebih tua, kerana sering mengkonsumsi dadah. Habis bicara, kelihatan dia berguyur airmata, rindu pada anak...

Read more »

 
Sunday, June 13, 2010

Antara 2 Situasi


Antara dua lokasi, ada dua situasi berbeza. Kedua-duanya adalah MURID. Bagi mereka inilah masa sebenarnya untuk merasakan indahnya menjadi seorang pelajar. M.U.R.I.D, Masa Untuk Rasa Indahnya Dunia.

Yang pertama sangat kritikal, memerlukan pertolongan rohani dan jasad. Yang lebih utama adalah rohaninya. Pudar kian mati.... Yang kedua perlu diberi motivasi, pujian, bimbingan supaya menjadi ilmuan yang berguna suatu masa nanti pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sambungan

Read more »

 
Saturday, June 12, 2010

Datang dan Pergi


KUALA LUMPUR - "Sedikit terkilan tapi saya akur titah Sultan".

Demikian kata wanita Asia pertama menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) berikutan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Johor.



Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara itu berkata, dia berhak untuk berasa sedih berhubung penarikan itu dan menyifatkannya sebagai takdir.

"Mungkin itu sudah ketentuan Allah yang telah menetapkan rezeki saya hanya sampai di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tanpa mahu mengulas panjang, Sharifah Mazlina berkata, penarikan balik anugerah itu tidak diketahui sebabnya dan hanya diberitahu agar memulangkan semula anugerah itu melalui surat yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor.

Semalam Kosmo! melaporkan Sharifah Mazlina merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Kalau pangkat didunia boleh datang dan pergi, adakah pangkat kerohanian kurniaan Tuhan kepada orang-orang tertentu boleh ditarik balik?

Read more »

 

Keindahan Lukisan Tuhan


Lokasi, Danau Laut Tawar Takengon, Aceh Tengah, Indonesia
Sambungan

Read more »

 
Friday, June 11, 2010

Kejayaan Datang Dengan Usaha

Kejayaan akan digapai dalam hidup ini dengan usaha yang gigih. Anda, murid biasa, sekolah pun sekolah biasa, guru juga guru biasa, dan mak ayah orang biasa, tetapi anda boleh berjaya dengan usaha yang luar biasa.

Kata-kata ini sering di ucapkan oleh Pakar Motivasi terkenal tanah air, Dr.Shukri. Penulis ingin mengetengahkan seorang remaja yang mula mengukir nama. Fardiyah Amir Ali, tinggal di Jalan Enam Kaki, Beranang, mendapat keputusan 8A baru-baru ini dalam PMR.

Hanya dia dan seorang kawannya yang berjaya mengharumkan nama SMK Khir Johari. Menurut ibunya, dia sering membaca buku, hampir-hampir tidak keluar bilik.

Satu rahsia yang ada pada Fardiyah ialah sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan siapa sahaja, selain menjaga solat 5 waktu. Selain itu, beliau tidak putus berdoa untuk menggapai kejayaan di selangi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Beliau yang minat melukis bercita-cita menjadi seorang pelukis terkenal tanah air. Catatan ini ingin membuka mata pembaca, bahawa, kalau orang lain boleh berjaya, mengapa (ada antara) anak-anak Malaysia, sukar menggapai kejayaan, walau hanya lulus cuma.

Malas ke sekolah, kerja tak siap, main-main dalam kelas, suka mengganggu kawan dan guru sedang mengajar dengan kata-kata. Ejek-mengejek...sedang kawan-kawan yang lain sedang berjuang untuk mendapat keputusan cemerlang, walau 5A cuma didalam UPSR.

Read more »

 

Pengedar ditahan jual ‘kuih ganja’

KUALA LUMPUR: Seorang pengedar dadah berselindung di sebalik menjual kuih secara kecil-kecilan bagi menjalankan kegiatannya mengedar ganja di Datuk Keramat, dekat sini.

Ini terbukti apabila suspek ditahan bersama lima ketulan mampat ganja yang dibungkus dengan surat khabar di sebalik kuih-muihnya di tempat letak kereta Sistem Aliran Transit (LRT) Datuk Keramat, Isnin lalu.


Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek yang berusia 31 tahun menunggang motosikal sebelum berhenti di kawasan terbabit bagi menunggu pelanggannya datang mengambil bekalan dadah terbabit.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata ketika diperiksa, suspek enggan bekerjasama dan tidak membenarkan polis memeriksa dengan memegang erat kuih dibawanya.


Bagaimanapun, polis menemui lima ketulan mampat ganja seberat 4.7 kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM12,000 selepas menggeledah bekas kuih dibawa suspek.


“Selepas soal siasat, suspek mengaku menunggu pelanggan untuk menyerahkan bekalan dan berselindung di sebalik jualan kuih bagi mengaburi pihak berkuasa.


“Siasatan juga mendapati suspek baru sebulan bergiat aktif mengedar dadah di kawasan berkenaan,” katanya. Kang berkata, pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati dia memiliki rekod jenayah lampau dan pernah ditahan tiga tahun lalu atas kesalahan dadah

Hari ini, dua akhbar berlainan melaporkan lelaki menjual dadah disebalik modus operandi jual kuih, satu lagi seorang perempuan menyorok ganja dalam coli.

Read more »

 

Jumlah Perokok Perempuan Meningkat

KUALA LUMPUR: Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus.

"Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.

Tak silap mesej yang penulis terima, budaya merokok dikalangan perempuan dibawa sampai ke Egypt. Memalukan bagi penulis, pelajar perempuan Melayu, belajar Kedoktoran di bumi Ambiya, merokok. Pakaian? Ah...rasanya kurang sesuai kalau merokok tetapi masih ada tudung@jilbab. Anda tanyalah saudara anda yang sedang belajar di sana tahun ini. Mungkin mereka memberikan jawapan yang berbeza. Bagi saya, tiada hairan sangat, kerana sudah sampai masanya, kita berada di akhir zaman.

Read more »

 
Thursday, June 10, 2010

Web SK Bangi Kembali Pulih Total

Assalamualaikum kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bangi.Kajang, Selangor. Penulis merasa syukur, web sekolah sekian lama diserang virus trojan yang hampir-hampir membawa maut, akhirnya dapat dipulihkan kembali.

Tepatnya pagi ini, ianya kembali normal. Namun sayangnya semua berita lama yang telah penulis post terdahulu lenyap.

Kepada semua guru-guru, murid dan ibu bapa, untuk menjadi ahli laman web sekolah, anda perlu mendaftar semula. Pihak pengurus memohon maaf kerana anda terpaksa mendaftar sekali lagi yang mungkin merumitkan bagi anda. Bagi yang mahu mendaftar, sila klik di sini.


Terima Kasih atas kerjasama anda semua

Read more »

 

Surat Dari Ibu

Rakan saya sering memberikan ceramah keibubapaan di seluruh Malaysia, dalam sesi ceramahnya, beliau meminta ibu bapa menulis keluhan hati mereka terhadap anak-anak selama ini.

Saya dapatkan surat ini, tanpa nama ibu bapa dan anak, untuk tatapan ibu bapa di sini, untuk di tunjukkan pada anak-anak. Mungkin tidak pernah menulis seperti ini, tetapi tuan merasakan hal yang sama. Bacalah lagi dalam facebook saya.
Sambungan

Read more »

 
Wednesday, June 9, 2010

Buntu Video Klip Tak Habis Main

Rupanya problem yang sama berlaku lagi. sewaktu memberikan ceramah di Uniten 2 hari lepas. Kejadian yang pernah berlaku, berulang kembali.

Kisahnya ketika memainkan video klip tajuk...surat dari ibu...sampai di tengah cerita, tiba-tiba dia terhenti, bunyinya tak keluar,videonya tak bergerak, tetapi kursos terus berjalan.

Anak-anak yang sedang asyik menonton berkata, yes...mujur katanya video tak habis, sebab babak sedih sedang di paparkan, takut kebanjiran.... mereka suka. Padahal kita mengalami sedikit kecewa.

Dulu saya masukkan video itu ke dalam power point, kata kawan, mungkin video iu berat, harus keluarkan dari power point, maka saya lakukan apa yang disarankan itu.

Wal-akhiru, terjadi lagi macam iklan di TV.So apa masalahnya ya. Untuk pengetahuan, Laptop saya Jenis Acer, Aspire 1410, RAM 2 GB

Sambungan

Read more »

 

Gado-gado Gelepar Dodang-dodang

Lama tak makan gado-gado, ingat kali pertama pernah saya nyoba' dulu di dalam perjalanan dari Pelabuhan Tanjong Balai Karimun ke Kota Medan tahun 2007. Waktu itu kali pertama gua ke Indonesia lewat feri dari Port Klang.

Hari ini cuba lagi di Warung Wong Solo, aduh pedas.. kebetulan mulut sakit kena sariawan, gelepar dodang dodang kaki sampai terangkat.

Kepala pun turut basah akibat menahan pedas. Padahal gado-gado cuma sayur, ubi kentang, keropok lemping, telur dan kuahnya aja. Tetapi kerana mulut lagi sakit.... berlakulah adegan gelepar dodang-dodang.

Bagi yang belum cuba gado-gado asli Indonesia di samping air Alpokat, boleh lah datang ke Warung Wong Solo di hadapan sedikit dari Masjid Kampung Baru.

Dan sekarang pun sudah ada cawangan di Bandar Baru Bangi katanya...

Tapi nak bagi tau awal ya...bawa ongkos banyak sikit, prepair takut tak cukup

Sambungan

Read more »

 
Tuesday, June 8, 2010

Bejat Lagi Bobrok

Oleh seorang penulis, Hanna Djumhana menulis didalam bukunya "INtegasi Psilokogi Islami" bahawa zaman yang sedang kita duduki sekarang ini ialah zamannya titik kulminasi segala macam benda.

Katanya, kalau dulu orang membunuh manusia, mereka memilih jantina, zaman Firaun dibunuhnya anak lelaki, zaman sebelum kadatangan dan semasa Islam turun, masih berlaku pembunuhan bayi perempuan, TETAPI, zaman yang kita diami ini, berlaku semua kejahatan, sampai merebak ke semua daerah, lokasi dan tempat, baik di bumi kita di Asia mau pun ke bumi-bumi Anbiya. Tiada lagi dosa-dosa, yang tidak dilakukan oleh manusia hari ini. INilah namanya titik kulminasi. Titik terkumpulnya segala kejahatan, kebejatan dan kebobrokan. Anda tak boleh menafikan ini semua.

Itulah salah satu petanda terbesar hampirnya kedatangan hari kiamat. Kalau dulu, akhlak pelajar terjaga, tak ada kacau sangat, tidak heboh pasal lahir luar nikah, kini satu sekolah sudah ada yang terjadi, 12 orang hamil, 4 sudah melahirkan..

Terus terang.. semasa saya ke sebuah negeri di sebelah timur dalam rangka kursus, seorang pegawai JPN berkata begini waktu itu (2006).
"Kami di sini nak bercakap secara anak beranak dengan tuan-tuan semua, kami menghadapi masalah karenah pelajar-pelajar yang tak habis-habis. lepas satu satu, lepas satu satu. Kami dah tak tau cara, macam mana nak buat, mintak tolong tuan-tuan kalau boleh bagi lah idea
" Demikian keluhan pegawai Jabatan Pelajaran.

Apa punca itu semua?

Banyak hal lah sebenarnya. Antara lain adalah dekatnya tempoh expire penduduk di bumi ini. Keluarga orang yang kelihatan berilmu lagi alim pun terkena virus penyakit tersebut. Apa lagi rakyat biasa yang tak tahu mana subuh dan maghrib. Perceraian orang tua menjadi antara sebab terbesar kerosakannya akhlak muda-mudi. Jangan hairan, kalau ada yang masih menjaga akhlaknya dengan baik, sebab tidak semua.

Pergaulan bebas tanpa mengira soal halal dan haram dalam perhubungan. Hilangnya batas-batas dalam pergaulan. Kurangnya pemantauan dari ibu bapa akibat kesibukan mencari kerja. Kurangnya ilmu agama, dan tidak sedikit menjadi mangsa "keadaan". Mak ayah OK, baik, tapi anak buat hal. Semuanya tanpa tanda-tanda awal. Saya temui ramai dikalangan drug addict, adalah dikalangan berpelajaran, sekolah agama rendah dan menengah. Ayah sekolah Arab lagi, tapi, nak buat macam mana, bukan salah mak ayah 100%.

Antara Rumah dan sekolah

Disekolah cikgu dah ajar, ustaz dan bimbing, dirumah mak pun selalu berpesan, dia pun kata ya ya. Alah mak....kita bukanlah jahat.....macam tu sekali. Hujung-hujungnya.... terjadi jua. Semuanya terjadi antara 2, antara rumah dan sekolah, ada suara-suara lain yang mengajak mereka bersuka-ria, enjoy. Ya, suara kawan-kawan yang sudah dimasuki virus. Syaitan tak ajak pun mereka. Mana ada syaitan...tak pernah pun jumpa syaitan... Macam mana rupa syaitan pun dia tak tahu. Dalam bahasa agama, syaitan bertindak sebagai pencetus sahaja kemudian dia (setan) bertepuk tangan. Rekod demi demi dia buat. Dari 1, 2 hingga berpuluh dosa-dosa terjadi.

Tahun lepas terjadi hal yang sama, rakan saya, seorang guru yang bertindak merekod hasil perbualan dengan mangsa. Ketika sesi sharing dengan saya dia berkata, punca budak tu mengandung adalah kerana dia terikut cakap kawannya sorang lagi (perempuan jugak) Best lah, gini dan gitu, dia pun, entah fikir panjang ke tidak, ikut juga budak lelaki balik.... Selang beberapa bulan kemudian, BOOMMMM!! Geger satu sekolah, pelajar itu sedang gitu gini... Hmmm, kita yang dengar tak boleh ketawa, mana tau hal yang sama akan berpusing pada kita? Betul tak. Cuma dari kisah ini, ambillah pelajaran, jangan terulang pada keluarga kita sudah.

Kita Tak mampu Mengubah Keadaan

Kita tak boleh mengubah keadaan2 itu semua. Kerana itulah sebahagian dari perjalanan dunia menuju titik nokhtah akhir. Dunia sudah terlalu tua, nyanyuk lah namanya kalau manusia. Yang boleh kita ambil sikap, adalah menjaga diri sendiri, dan keluarga kita yang terdekat sahaja. itu pun ada juga yang terlepas...

Firman Allah"Quu anfusakum wa ahliikum naara" Jagalah diri kamu, dan ahli keluargamu (jangan sampai masuk) ke dalam api Neraka. "wa quu duHannaasu wal hijaarah" dan di dalam neraka itu, adalah isinya manusia dan batu-batu.



Sambungan

Read more »

 
Monday, June 7, 2010

Bagaikan Kelkatu

Ketika lawatan saya dan anak-anak murid ke Pulau Pinang tahun lepas, ini yang sempat saya saksikan. Sebuah kedai bersedia untuk mengubah wajah manusia menjadi wajah bukan seperti manusia lagi.

Anehnya, program "merubah manusia" ini mendapat sambutan, sehingga mereka boleh buka kedai, menyewa dan hidup hasil kerja ini.

Apakah tiada lagi cara hidup yang lebih baik, sehingga agama di kebelakangkan? Anak-anak muda yang berbahasa Melayu, beribubapa Melayu,yang beragama ISlam, boleh terikut sama.

Manusia yang mahu terjun ke "program mengubah diri" ini, bagaikan kelkatu, apabila lepas hujan, dia datang menyerang cahaya. terjumpa lampu, dia akan langgar lampur, terjumpa api, dia akan terjun dalam api. Yang penting dia boleh capai hasratnya. Mati ke apa, itu belakang kira.

Nampak macam manusia seperti ini, sedang berada dalam kawah neraka dunia. Hidupnya tak tenang, entah apa yang dicari, ke sana ke sini, akhirnya dia menindik hidung mata telinga dan sebagainya. Apa yang dia rasa adalah hebat. Betul ke dengan menjadi macam manusia tak siuman itu dianggap HEBAT?

Syurga itu ada di dunia.

Orang-orang berjaya memasuki syurga di akhirat kelak adalah orang yang berjaya memasuki syurga ketika hidup di dunia lagi. Wa lahu jannataan. Dan baginya 2 syurga. Yakni dunia dan akhirat. So, jangan buang masa untuk mencari syurga itu, kerana masa semaki hari semakin sedikit, kita semakin terjepit.... antara hidup dan mati..

Syurga didunia adalah hidup bertuhan, rasa aman, bahagia, tenang walau meniti kehidupan penuh kesusahan, onak duri. Bahagia itu ada dalam hati. Walau orang sekitar melihat mereka susah, payah dan gelisah. Tidaak! Mereka tidak susah hati. Hanya sukar menggapai kekayaan di dunia. Hanya tidak berumahkan banglo, hanya tidak bermotokar Mercedes....tetapi mereka kukuh ikatannya dengan Tuhan mereka.

Sesungguhnya wali-wali Allah itu Tiada kerisauan dan ketakutan bagi mereka.
Posted by Picasa

Read more »

 

Syahid Fi Sabilillah..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.


Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.



Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

wassalam

السﻼم عليكم


Rujukan Hadis 1:
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

1. Pemimpin yand adil;
2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;
3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
7. dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim
Rujukan Hadis 2:

MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.
Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis Rujukan Hadis 3:cerita asal dari seorang kawan di faebook: http://www.facebook.com/?tid=396345562014&sk=messages

Disalin dari : http://bfs131.blogspot.com/2010/05/kisah-syahid-seorang-pendai.html

Read more »

 
Sunday, June 6, 2010

Anak Derhaka..Balasan Cash

Sambungan

Manusia jadi batu

Read more »

 

Singgah sekejap di PS Bkt Chabang



Gembira juga dalam hati, ramai pelatih pusat serenti di sini (bukit Chabang Perlis) ini yang masuk Islam.Apa Falsafahnya? Sekian lama bergelumang dengan dosa dan maksiat, di sini mereka temui Nur, Cahaya yang menunjuk jalan ke kampung bahagia.

Rata-rata di sini anak muda belia.. Yang sepatutnya berada di Universiti ketika usia sebegini. Malangnya, mereka jadi korban keadaan.

Read more »

 
Saturday, June 5, 2010

Hisap lah Rokok

61 tahun lalu, lelaki ini mula mengenali rokok. Sejak berada di tingkatan dua, dia menghisap lima batang sehari. Baginya, merokok perkara biasa. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, dia mempunyai duit sendiri dan menghisap rokok hampir 20 batang sehari.

61 tahun lalu, lelaki ini mula mengenali rokok. Sejak berada di tingkatan dua, dia menghisap lima batang sehari. Baginya, merokok perkara biasa. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, dia mempunyai duit sendiri dan menghisap rokok hampir 20 batang sehari.

Pada awalnya, dia curi-curi merokok ketika berada di darjah dua dan meneruskan tabiat berkenaan sehinggalah berusia 40 tahun dengan purata 40 batang rokok sehari.

Dengan suara serak-serak basah, lelaki ini berkongsi penderitaan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Sebagai penghidap COPD, Shahrome Zainal Abidin, 69, kini menjalani kehidupan yang sangat terhad lantaran penyakit tersebut walaupun sudah lama berhenti merokok.

Pada awalnya, dia tidak menyangka diserang COPD. Dulu, Shahrome aktif termasuk menari. Namun, semuanya berubah. Kehidupannya terbatas selepas disahkan COPD. Selain sesak nafas, dia sukar membuat kerja terutamanya yang melibatkan aktiviti naik dan turun tangga.

Sesak nafas

Pada 2007, Shahrome dimasukkan semula ke Institut Perubatan Respiratori (IPR). Doktor mengesahkan kahaknya berwarna hijau pekat dan terpaksa ditahan 11 hari di IPR.

Walaupun sudah hampir 29 tahun tidak merokok, Shahrome masih terasa kesannya.

“Saya mempunyai rutin hidup yang amat memberangsangkan. Sebelum mengetahui saya menghidap COPD, saya mampu menari dalam tempoh yang lama serta melakukan banyak kegiatan lain, tetapi apabila mula mengalami batuk dan sesak nafas, mutu kehidupan saya berubah,” jelasnya.

Sehingga kini Shahrome masih terus mengambil ubat-ubatan walaupun sudah lama menghentikan tabiat merokok. COPD yang dihidapi menjejaskan mutu hidupnya sekali gus menyebabkan beliau sering menghabiskan masa di katil hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada satu tahap, dia terpaksa menggunakan gas (inhaler) dan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan masalah COPD.

Kini, bukan sahaja menari, bercakap laju atau ke bilik air pun Shahrome mengalami sesak nafas.

Pakar Perunding Perubatan Dada IPR, Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin memberitahu, ramai perokok baik lelaki mahupun wanita tidak menyedari mereka menghidap COPD dan tidak kisah sekiranya mengalami sesak nafas, tidak boleh melakukan perkara berat berterusan selain mengalami keletihan walaupun menaiki anak tangga.

COPD menurut beliau adalah penyakit berkaitan paru-paru yang berterusan dan ia boleh menjejaskan kualiti hidup anda tanpa disedari. Langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan doktor sekiranya ada kelainan terhadap mutu kesihatan anda. Jangan ambil mudah sekiranya berasa sesak nafas kerana anda tidak tahu mengapa ia berlaku.

Sebagai langkah pencegahan COPD, perokok seharusnya berhenti dan bagi golongan bawah umur khususnya pelajar sekolah, jangan sesekali mencuba tabiat ini.

Penyakit ini akan menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi iaitu perokok berusia 40 tahun ke atas.

Read more »

 
Friday, June 4, 2010









Membaca tulisan Tan Sri Lee Lam Thye, yang bukan beragama Islam, rasanya boleh dibuat panduan juga. Walaupun bukan Islam, tetapi beliau dari aspek yang betul. Antara yang menarik saya, Pertubuhan Agama harus mengambil langkah untuk bersama menangani gejala penagihan.

Antara lain, beliau juga semacam cuba membongkar dalang sebenar kegiatan dadah, iaitu ada orang lain dibelakang manusia yang ditangkap bertindak sebagai tauke, pelindung, penjamin dan perancang kegiatan yang menghancurkan manusia lain. Dengan kata lain, mengaut untung di atas kebodohan dan kesengsaraan orang lain.

Ada lima hal yang berkaitan dadah dibawah bidang Institusi Sosial.

1. Pencegahan
2. Pemulihan
3. Penguatkuasaan
4. Pencelahan
5. Penggalakan



S
a
m
b
u
n
g

Antara program yang boleh dibuat dibawah Rukun Tetangga ialah PENCEGAHAN. Adapun pemulihan kita serahkan kepada badan swasta dan juga AADK (Gomen). Begitu juga dengan penguatkuasaan, ianya diserhkan kepada pihak polis, manakala program PENCELAHAN, semua sekolah boleh melaksanakannya, termasuklah sekolah rendah dan tadika. Ini pun sudah mula dilaksanakan.

Read more »

 

Karangan Murid...


Bila baca karangan ini, mulanya nak tergelak, tapi kemudian nak nangis pun ada.

"Hobi saya bermanit bola kadah-kadan setihat petat bermanit bola sepat di pa dat kadat-kadat saya bermanit betbiton di depat rumah....hobi saya bermanit tara kadan-kadan setihat petat bermanit tara di tamat pemanat"

Karangan murid darjah 6....Aduhhhhh

Read more »

 
Tuesday, June 1, 2010

Mimpi dan Kehidupan

Mimpi kadang-kadang mengasyikkan, namun kadang-kala menjadi gangguan. Apa pun, kita datang dari ALLAH, kita hidup didunia ini kerana ALLAH yang jadikan alam, jasad, tubuh dan fizikal. Hidup ini bersebab, bukan suka-suka DIA buat itu dan ini. Satu masa, setiap manusia akan kembali semula.

Itulah kampung halaman kita yang sebenar. "Wal akhiratol khairul laka minal ula "Sebenarnya, kehidupan yang akhir itu (akhirat) lebih baik bagi kamu dari yang pertama ini.

Hidup ini sendiri tak lebih dari MIMPI. Bagaimana kayapun manusia, memiliki harta yang banyak, fasiliti yang cukup, semua mau semua ada, tetapi itu semua adalah mimpi. Kenapa ? Kerana kata Nabi, hidup ini ibarat tidur, MATI itu ibarat terjaga.

Sama juga dengan orang yang berpengaruh, punya ramai pengikut dan pendokong, sewaktu dia meninggal, ke mana semua penyokongnya tadi? APA Ada yang ikut serta mahu di semadi bersama? Tak ada kan..

Kematian didalam agama kita, adalah bukan titik terakhir kehidupan, bahkan titik permulaan bagi sebuah kehidupan yang mendatang. Hidup selamanya.

Ada orang ketawa dalam tidur, sampai terketawa diluar tidur semasa tidurnya, heh, orang sebelah menepuk, apsal ketawa? Ooo.....mimpi rupanya... yang ini bagus, sebab seolah-olah kita hidup senang di dunia dan senang di sana, alam barzakh....sampai ketawa-ketawa...

Yang satu lagi....mimpi menangis...sampai teresak-esak di luar tidur....heh! ada apa kamu nangis ni? oo....tadi saya mimpi begini dan begini... Ini yang tak mahu, seolah-olah, hidup di sini tak senang, tetapi di alam barzakh sesudah kematian, dia menangis-nangis lantaran siksaan. Mau begitu kamu?

Kalau tak mahu.... usahakan begini, biar semua anak dan keturunan mu sentiasa melenggeng ibadah dan zikir. Kerana dalam 1 hadis Qudsi Tuhan mengatakan, "Aku Malu menyiksa hambaKu yang didalam perut bumi, sedang anak-anak cucunya, berzikir menyebut namaKu di atas permukaannya"


Ini sebuah tafsir Mimpi Primbon
Kematian didalam agama kita, adalah bukan titik terakhir kehidupan, bahkan titik permulaan bagi sebuah kehidupan yang mendatang. Hidup selamanya.

Read more »