Saturday, June 19, 2010

AADK Tidak Menangkap Penagih


PETALING JAYA: “Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan membantu memulihkan penagih bukan menangkap penagih selain membantu memberi nasihat kepada mereka,” kata Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor, Zulkarnain Mohamad.

Katanya, orang ramai perlu faham tugas AADK memulihkan kembali semangat dan kehidupan bekas penagih. “Banyak kes yang berlaku penagih tidak menyedari apa mereka ambil adalah dadah, contohnya ketamin, kebanyakan penagih baru sedar selepas diberitahu ‘barang’ yang mereka ambil adalah dadah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program ‘Kick Drugs Out’ sempena Hari Antidadah Antarabangsa di sini, semalam. “Dengan adanya sambutan seperti ini, kami harap akan banyak lagi pendedahan diberikan kepada masyarakat mengena bahaya dadah selain maklumat terperinci mengenai gejalanya,” katanya. Menurutnya, Hari Antidadah Antarabangsa turut menyediakan pelbagai program bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya pengaruh dadah dalam kehidupan dan akan diadakan di Mydin Mall Subang Jaya, 26 Jun depan.
Sambungan
 

3 comments:

  1. aiii...aadk tak tangkap penagih pulak.....pening saya setau saya (kat melaka nie) aadkpun tangkap penagih...dah ada aktakan yang aadk boleh tangkap penagih?.....PP pun tak tahu ke?
    Takkanlah penagih tak tau ketamine tu dadah.....kene tipu ajalah dengan penagih.....
    baguslah aadk buat sambutan nie...tapi tolonglah sampaikan sampai keceruk kampung tu...jangan sampai orang2 kg masih tak tau adanya progrem pemulihan dadah......
    entah2 orang kg pun tak tau AADK tu apa....he..he..he..

    ReplyDelete
  2. INi kadang2 orang kampung tak tahu...dari kajian...8 orang dari pengedar dadah membawa senjata tajam bersama mereka...pegawai AADK apa ada? Pistol air pun tak dak

    ReplyDelete
  3. mcm ne aadk nak maju kalau ada pengarah² yg bagi statement lagu ni....pemikiran masih mcm 10tahun lps...akta ada tapi x nak gune.sibuk nak guna tah ape² terapi.fikir jauh ckitla kalau nak maju,kuatkuasakan akta aadk awak tu,main adb,baru la ada perubahan ckit aadk.ni x,asyik2 ceramah dan program je.kuasa ada tapi takut nak gune...baik tukar keje jkm jela

    ReplyDelete