Saturday, July 31, 2010

Bapa Fazilah SKB Meninggal Dunia

Bapa kepada Kerani Kewangan Sekolah Kebangsaan Bangi (Pn.Fazilah Mohamad Awang) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.55 malam tadi d Hospital Jerantut.

Semoga ruhnya mendapat rahmat dan kasih sayang Allah Taala.Kepada keluarga yang ditipa musibah, semoga Allah Taala memberikan kesabaran untuk terus meneruskan hidup. Amin

Dalam pada itu, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KUIS dan pelajarnya seramai 30 orang yang telah datang ke sekolah pada hari ini dalam rangka kerja amal. Mereka bergotong-royong menyiapkan tulisan sifir di tangga-tangga sekolah. Gambar akan di muat naik dalam facebook tidak lama lagi. http://facebook.com/skbangijer.

Read more »

 
Friday, July 30, 2010

Falsafah Puasa : Muslim menjadi Mukmin

Siri 2 : Edited

"Wahai orang-orang yang beriman, telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" Al-Baqarah - 183

Dalam ayat di atas ada satu kalimat iaitu "telah ditulis" , perkataan ini membawa makna wajib, sebagai contoh, semasa kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman,tak lama kemudian kita tiba, pada waktu itu polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, "encik, encik, ini kereta saya encik....maaf cik"...hmmmm kata dia, dah tulis. Maknanya tiada guna lagi minta maaf (saat itu). Permintaan maaf dari kita tidak lagi boleh menghapus tulisan dikertas saman, kenapa? Kerana telah ditulis.

Dalam Agama ISLAM yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa, puasa maknanya "menahan" . secara falsafahnya, kita adalah hamba abdi, banyak keinginan-keinginan kita yang tidak tertunai dan ada yang tak mungkin akan menjadi kenyataan. So.... Tuhan mengajar kita supaya "menahan" . Puasa mengajar satu aspek dari segi menahan, iaitu dari lapar dan dahaga serta bersabar beribadah, lebih jauh dari itu, agama juga mengajar kita supaya "menahan" dari banyak perkara dalam hidup ini.

Puasa dari kesihatan membawa banyaknya manfaat, kerana itu, beberapa hari lepas, dalam Metro melaporkan para Doktor di India meminta masyarakat agar mengamalkan amalan berpuasa.

Manfaat Puasa Pada Orang yang Berpuasa

Dihujung ayat 183, surah Al-Baqarah ini, tuhan menyatakan tujuan sebenar atau maksud dari berpuasa ialah taqwa, kerana taqwa adalah tiket untuk ke syurga. Segala timbunan harta di dunia dan anak-anak tidak lagi bermanfaat di sana nanti. Firman Tuhan, "Hari (akhirat) ialah hari yang tiada guna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang2 yang pulang mengadap Tuhannya dalam keadaan Qalbun Salim "

Bagaimana Puasa Mengantar Muslim Menjadi Bertaqwa ?


Ayat 17 didalam surah Imran memberikan jawapannya, "Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap didalam ketaatan, yang menafkahkan (sebahagian dari harta mereka) dan orang2 yang bangun minta ampun diwaktu sahur"

1. Sabar

Sabar ketika berpuasa mengajar kita menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Sabar terhadap menurut keinginan hawa nafsu melulu. Sabar ketika miskin, sabar jugak ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semua nya menguji diri anda. Selagi anda hidup, selagi itulah cobaan akan datang pada diri anda terus dan terus menerus.Sedangkan Nabi berkata pada Saidina Ali Kr Wajhah.Wahai Ali Sabar itu ada 3.

1)Sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Alla

2. Benar ( Sidiq)

Orang-2 yang berpuasa hendaklah jujur berpuasa, jangan curi-2 makan, jujur perkataannya, jujur tingkah lakunya, jangan sesekali mencuri. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal dan bidang. Kata Nabi, "Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan ku di syurga" sambil menunjuk isyarat 2 jari (telunjuk dan jari hantu). Bayangkan betapa dekatnya orang yang jujur dengan Nabi. Mudah ke kan.Walaupun bukanlah alim-ulamak, tetapi hanya pemborong, pekedai runcit, peniaga pasar malam, namun nilai kejujuran ada dalam dirinya.

3. Qonitin. (continue dalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal hidayah, hinggalah meninggal dunia. Ini semua adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar. Anda perlu cipta suasana yang mengantar anda ke arah sukakan ibadah. Rumah tangga yang harmoni, adalah semua ahli keluarganya beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Justeru, bentuklah dengan mencari pasangan hidup yang sama-sama sukakan Tuhan, cinta dan sentiasa merindukan kebahagiaan dan ketenangan.

Jika isteri anda seorang yang suka berhias, malas sembahyang, malang bagi anda, dia memperlambatkan langkah anda menuju syurga. Anda perlu berfikir panjang dalam hal ini dan buatlah perubahan, buatlah plan tindakan, demi kebahagian diri anda akhirat kelak.

Anda perlu pastikan diri anda dan keluarga anda berada pada landasan continue dalam menunaikan perintah Allah.Jika anda, sangat khuatir bagi diri anda akan tercampak bersama mereka.

4. Meng infaqkan Harta

Dalam dunia ini, Tuhan mencipta makhlukNya berpasang-pasangan, ada miskin, pasangannya kaya, sakit sihat, susah senang, tinggi rendah, dan sebagainya, maka oleh hal yang demikian, kemiskinan tidak boleh dihapus dari muka bumi ini, kerana itu sudah termasuk dalam rancangan tuhan. Adapun mengurangkan kadarnya itu boleh. Ada manusia yang miskin, lantas dia terpaksa meminta-minta, dan ada yang masakin, (miskin) namun tidak mahu meminta-minta "Lis saa ilin wal mahrum". Kewajipan yang "berada", adalah membantu yang kurang, walau tidak diminta.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Orang yang berpuasa, sebagai pelengkap kepada puasa, agar benar2 mantap dan terlepas dari dosa, lalu dari azab kubur dan neraka. Mohon maaf lah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan tahu kita banyak dosa dan kesalahan, dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat dinihari, semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah bayi yang baru lahir. Makna nya suci dan bersih dari dosa. Ya bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lagi, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka complete lah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Manakala pada hujung malamnya, mereka bangun meminta ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa mereka. Tuan-tuan, tuhan tahu kita banyak dosa, dan tuhan juga tahu kita sangat miskin waktu untuk bersamaNya, lantaran itu, tuhan menunjukkan kita satu masa yang sangat baik untuk memohon ampun, sebelum jasad kita berpisah dengan nyawa, iaitu waktu sahur, makanya bangunlah untuk bermunajat.

Jika waktu inipun kita kepepet, tidak sempat lantaran enak tidur di tilam 15 inci yang lembut lagi gebu, maka tiadalah lagi saat yang paling baik untuk anda. Dari itu, tanyalah diri.... buatlah keputusan, dan ambillah tindakan.

Read more »

 

Mungkin ini yang TerakhiR



Hari ini, 5 orang mahasiswa KUIS datang menemuramah, 2 orang lelaki tidak muncul-muncul sehingga loceng balik dibunyikan. Harapnya tak lagi yang akan datang lepas ni, kalau nak maklumat jugak, sila emelkan ke afraima@yahoo.com.

Salah seorang berkata, "Cikgu jangan lupa masukkan gambar kita orang kat dalam tu (web) tau". OK lah... Dah masuk ni. Jangan lupa alamat ni, entah ada ke tidak apa yang kalian cari, tetapi selama ini, saya telah menulis lebih 1000 artikel. Semoga ada yang bermanfaat.


Sample Image Nikon D3000....Bilakah menjadi kenyataan

Read more »

 
Thursday, July 29, 2010

Pengawas Hari Ini, Pemimpin Esok Hari


Hari Ini Pengawas, Besok Pemimpin Negara.Seramai 100 orang murid Sekolah Kebangsaan Cheras Indah mengikuti program Kepimpinan. En.Noorhisham selaku penceramah jemputan memberikan 2 jam syarahan bagi memantapkan lagi fungsi pengawas di sekolah.

Adakalanya murid yang dipilih menjadi pengawas, tidak tahu untuk melaksanakan kerjanya sebagai pengawas. Dengan adanya program kepimpinan ini, murid mendapat pencerahan, kepada siapa sebenarnya mereka perlu bertanya jika menghadapi saat-saat keliru seperti tadi.

Menjadi Pengawas sebenarnya banyak kelebihan, selain dari dapat mendisiplinkan diri sendiri dengan pakaian, menjaga masa, pengawas juga adalah contoh atau model kepada murid lain. Amat sayang sekali, jika pengawas sendiri yang bercakap mencarut atau berpakaian tidak sopan.

So, pengawas perlu belajar dari kesilapan untuk menjadi pemimpin yang baik. Setiap kamu kata Nabi adalah pemimpin. Dalam doa orang ISLAM, Tuhan mengajarkan satu kalimat doa yang mesti kita baca....antaranya "Wa Ja a'lna lil muttaqiina imaama" dan Jadikan lah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Agama ISLAM memang menghargai pemimpin, bahkan pemimpin adalah antara VIP yang paling awal akan dijemput untuk masuk dibawah Naungan Arasy dipadang mahsyar kelak, ketika saat yang paling getir, panas terik bak matahari sejengkal dengan kepala manusia. Sedangkan pemimpin sedang duduk-duduk dibawah arasy dengan penuh kemuliaan. Apa tak mulia mereka? Orang lain berpanas...dia ditempat yang teduh...

Mahu tak anda mendapat jemputan VIP tadi? Kalau mahu....jadilah pemimpin,..ops...bukan sahaja pemimpin...tetapi YANG ADIL....yang memerintah dengan penuh keADILAN...
Video nyanyian murid SKCI sudah pun berada di FB.

Read more »

 
Wednesday, July 28, 2010

SK Cheras Indah


Hari Ini Pengawas, Besok Pemimpin Negara.Seramai 100 orang murid Sekolah Kebangsaan Cheras Indah mengikuti program Kepimpinan. En.Noorhisham selaku penceramah jemputan memberikan 2 jam syarahan bagi memantapkan lagi fungsi pengawas di sekolah.

Adakalanya murid yang dipilih menjadi pengawas, tidak tahu untuk melaksanakan kerjanya sebagai pengawas. Dengan adanya program kepimpinan ini, murid mendapat pencerahan, kepada siapa sebenarnya mereka perlu bertanya jika menghadapi saat-saat keliru seperti tadi.

Menjadi Pengawas sebenarnya banyak kelebihan, selain dari dapat mendisiplinkan diri sendiri dengan pakaian, menjaga masa, pengawas juga adalah contoh atau model kepada murid lain. Amat sayang sekali, jika pengawas sendiri yang bercakap mencarut atau berpakaian tidak sopan.

So, pengawas perlu belajar dari kesilapan untuk menjadi pemimpin yang baik. Setiap kamu kata Nabi adalah pemimpin. Dalam doa orang ISLAM, Tuhan mengajarkan satu kalimat doa yang mesti kita baca....antaranya "Wa Ja a'lna lil muttaqiina imaama" dan Jadikan lah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Agama ISLAM memang menghargai pemimpin, bahkan pemimpin adalah antara VIP yang paling awal akan dijemput untuk masuk dibawah Naungan Arasy dipadang mahsyar kelak, ketika saat yang paling getir, panas terik bak matahari sejengkal dengan kepala manusia. Sedangkan pemimpin sedang duduk-duduk dibawah arasy dengan penuh kemuliaan. Apa tak mulia mereka? Orang lain berpanas...dia ditempat yang teduh...

Mahu tak anda mendapat jemputan VIP tadi? Kalau mahu....jadilah pemimpin,..ops...bukan sahaja pemimpin...tetapi YANG ADIL....yang memerintah dengan penuh keADILAN...
Video nyanyian murid SKCI sudah pun berada di FB.

Read more »

 
Tuesday, July 27, 2010

Cabaran dalam Berblog

Ketika saya ditanya apakah cabaran dalam melayani blog?

Yang pertama blogger dan internet tidak boleh berpisah lama, paling lama 2 hari, blogger akan merasakan resah dan gelisah jika tidak dapat menjenguk laman blog mereka.

Yang kedua membahagi masa antara keluarga dan Blog. Anak perlu belajar Al-Quran, anak perlu bimbingan belajar dan rumah perlu diselenggara, kadang-kadang tak terbuat pada saat yang memang patut kita buat kerana asyik menekan-nekan butang punat keyboard, idea datang kadang-kadang tiba-tiba, boleh hilang pulak tu, kalau tidak ditulis atau taip terus.

Yang ketiga, adalah bagaimana mengekalkan kehadiran pengunjung untuk terus bertandang dimasa-masa akan datang. Bagi saya, jumlah pengunjung 150 hits perhari sudah amat banyak, kerana blog akademik tidak boleh disamakan dengan blog politik.

Read more »

 

Malaikat Zabaniah

“Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniah.”
(Al-’Alaq:18)

Iaitu,malaikat yang menyeksa orang-orang berdosa di dalam neraka.

Berkata Manshur bin Amar,telah sampai Kepadaku,bahawa malaikat neraka mempunyai beberapa tangan dan beberapa kaki menurut jumlah bilangan ahli neraka.Setiap tangan dan kaki berdiri dan duduk,membelenggu dan merantai orang yang dikehendaki.

Jika malaikat Malik melihat neraka,maka sebahagian neraka memakan kepada sebahagiannya kerana takutnya pada Malik.

Perlu diketahui bahawa huruf adalah terdiri dari 19 huruf,dan itulah sebagaimana bilangan kepala-kepala Zabaniah.Mereka bertindak mengambil menggunakan tangan dan kakinya,oleh kerana itulah mereka bertindak dengan kaki-kakinya sebagaimana mereka bertindak degan tangannya.

Kemudian seorang malaikat dari Zabaniah mengambil 10,000 orang kafir dengan tangan satu,dan 10,000 lagi dengan tangan yang lain,10,000 dengan salah satu dari kedua kakinya,dan 10,000 lagi dengan kakinya yang satu.

Lalu Zabaniah menjebloskan 40,000 orang kafir dengan sekaligus,hal itu kerana sangat kuatnya.Adapun sebagai kepala mereka adalah malaikat Malik penjaga neraka,dan ada 10 malaikat seperti Malik,mereka adalah kepala-kepala malaikat kekuasaan satu malaikat.

Sebahagian dari mereka adalah penjaga yang tidak dapat dikira-kirakan jumlah bilangannya kecuali Allah saja.

Mata-mata mereka seperti petir yang menyambar,gigi-giginya seperti putihnya tanduk lembu,bibirnya tersentuh pada tapak kakinya,sehingga keluarlah nyala api dari mulut-mulut mereka.Adapun di antara belikat Zabaniah dapat ditempuh selama satu tahun.Allah tidak menjadikan pada hati mereka selain dari rahmat dan kasih sayang sekadar semut hitam.

Salah satu dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun,dan tidak memberikan mudharat baginya sebab cahayanya telah mengalahkan api.Na’udzubillah minannaar.

Kemudian Malik berkata kepada Zabaniah “Wahai Zabaniah hendaklah kamu semua melemparkan ahli neraka itu.Setelah mereka dilemparkan ke dalamnya,lalu menjerit-jerit dengan ucapan “Lailahaillallah”.Maka mereka kembali dari api.Lalu Malik berkata:”Wahai api,ambillah ahli neraka.Api menjawab “Bagaimana aku hendak mengambil mereka padahal mereka mengucap “Lailahaillallah”.Maka Malik menjawab “Dengan itulah Allah pemilik arasy Yang Maha Agung memerintahkan.”

Adapun api telah menimpa ahli neraka.Di antara mereka ada yang terkena api sampai kedua tapak kakinya,sebahagian mereka terkena api sampai pusatnya,sebahagian mereka terkena api pada lehernya.

Apabila sudah dekat pada muka mereka,maka Malik berkata “Wahai api,janganlah kamu membakar muka mereka,sebab muka mereka sama bersujud kepada Allah.Dan janganlah membakar hati mereka,sebab ia tempatnya tauhid,makrifat dan iman.

Dan selama letih dan dahaga mereka di bulan Ramadhan,maka ditetapkanlah tauhid itu di dalam hati dari api yang dikehendaki Allah.

Read more »

 
Monday, July 26, 2010

Lawatan ke 5 dari KUIS

Ingat dah habis dah...ada lagi rupanya

Read more »

 

Antara Jin dan Manusia

Ramai yang terlupa, disebalik alam yang kita diami ini, ada lagi beberapa lapis alam lain yang hidup bersama kita.

Alam yang kita hidup orang panggil alam syahadah. Syahadah maknanya yang boleh dilihat oleh mata kepala manusia.

Alam kedua ialah alam Jin. Jin maknanya tersembunyi. Macam Janin dalam perut ibu, pun tersembunyi, juga menggunakan perkataan Jin dan Nun, begitu juga "Jannah", syurga, ianya pun tersembunyi. Di dunia, Jin nampak kita, namun kita yang tidak dapat melihat mereka , sebaliknya di akhirat, keadaan bertukar,manusia boleh melihat jin, sebaliknya jin tidak nampak manusia. Adalah dikatakan jumlah jin lebih banyak 9 kali ganda dari manusia. 1 manusia mewakili 9 jin.

Alam ketiga lebih dalam, Alam Malakut. Di sini adanya malaikat-malaikat Allah SWT. Malaikat nampak semua alam manusia dan jin, namun JIn tidak nampak alam malaikat. Jumlah para Malaikat pula lebih banyak dari jin. Pernah Rasulullah melihat ke langit, dilihatnya beliau yang ada ialah penuh tapak kaki para malaikat yang sedang bersolat.

Alamat keempat ialah alam Ilahut. Alam Ketuhanan. Tuhan melihat kesemua alam, kerana Dia adalah Tuhan, Pemilik Dunia dan Akhirat.

Dengan adanya jin, ada 1 hal yang aneh, iaitu apabila masuk dirasuk oleh jin, kita boleh menghalaunya hanya dengan bacaan-bacaan tertentu. Inilah kebesaran Tuhan sebenarnya. Walhal kalau kita tengok pada mulut, ada apa antara sebutan-sebutan bahasa arab lazim dengan ayat-ayat Quran? Kedua-duanya bahasa Arab. Rupanya...disini yang menakjubkan.. Al-Quran sebagai contoh ayat Kursi, mengandungi keajaiban tersendiri, kerana boleh mengusir bahkan membakar jin. Hebat bukan..Hanya ayat. Dan apabila diletakkan Al-Quran pada muka manusia yang dirasuk jin, ia akan meraung-raung...panass!!! panas!!!

Read more »

 
Sunday, July 25, 2010

Jangan Sombong

Ahli Tata Bahasa
Seorang ahli tata bahasa naik perahu tambang. Orang yang sangat sombong itu berpaling kepada tukang perahu dan berkata, "Sudahkah kau mempelajari ilmu tata bahasa?" Belum kata tukang perahu.

Ahli tatabahasa berkata lagi, "Kalau begitu hidupmu sia-sia".Tukang perahu sedih,tapi mampu menahan diri sesaat. Angin tiba-tiba bertiup kencang dan gelombang naik danau. Tukang perahu berseru kepada si ahli tata bahasa "Katakan padaku, Tahukah engkau berenang? Tidak, jawab ahli tata bahasa, O kawan yang baik!"

Kalau begitu, ujar tukang perahu, Seluruh hidup dan kepandaian mu sia-sia, kerana sebentar lagi perahu ini akan tenggelam.

Read more »

 

Hafney di Papar

Sebelum kakinya di potong raya tahun lepas, beliau sering memberi ceramah ke pusat-pusat serenti seluruh Malaysia.

Namun sekarang, walaupun sebelah kaki sudah di ambil semula, jasadnya masih bergerak ke sana sini, untuk
menyedarkan manusia yang alpa.

Gambar di atas adalah di Pusat Serenti Papar Sabah.

Manakala gambar dibawah adalah di SK Seri Sekamat Kajang.

Read more »

 
Saturday, July 24, 2010

Sedutan 2 Gotong


Read more »

 

Sedutan Gotong-Royong

Keceriaan dipagi hari




...

Kawasan tandas lelaki....fuh.....lebih gawat jadinya..semua nak gotong

Seramai 50 orang mahasiswa dari KUIS, bersama ibubapa, murid-murid tahap 2 dan guru-guru telah hadir ke program Gotong-Royong Perdana di Sekolah Kebangsaan Bangi. Makanan hari ini telah di taja oleh YDP PIBG, En.Jamsari , juga mantan bekas pelajar sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah sudi mengindahkan, juga menceriakan kawasan sekolah.

Read more »

 

Pergaulan bebas punca utama

KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.

Read more »

 
Friday, July 23, 2010

Out Of Date Dalam Ibadah

Kalau kita lihat dari aspek dunia, barang lama kini sudah menjadi tatapan sahaja, nak dijual pun tak berapa laku. Dulunya kamera SLR Filem begitu mahal sekali, tetapi apabila datang DSLR (Digital) SLR, orang tidak lagi memandang kepada barang lama. Mata kian menjeling kepada yang baru. Kerana benda baru, boleh menyelesaikan banyak benda.

Begitu juga dengan cara memasak, kalau dulu orang guna dapur kayu, kini manusia sudah beralih ke dapur elektrik, atau mudahnya Rice Cooker. Manusia mula beralih pada cara baru, cara moden. Cara lama, memasak menggunakan dapur kayu bukan salah, tetapi bukan zamannya lagi.

Begitulah dalam beribadah, kita disuruh Tuhan supaya berzikir, mengingatinya, jika anda mencari-cari jenis zikir yang ada, ternyata banyak sekali. Ada zikir yang anda tak akan sanggup melakukannya, kerana memerlukan kita memperuntukkan masa yang lama dan bacaan-bacaan yang perlu dihafal.

Namun ada juga zikir yang ringkas, tetapi memadai. Ada ulama Tasauf berkata, "Fasy taghil bizikrillah hi bi ayyi zikrin, wa a'laaha, qauluka Allah, Allah, la taziidu 'alaihi " Ertinya "Maka hendaklah engkau berzikir menyebut nama Allah, dengan mana-mana zikir yang engkau sukai, tetapi, ketahuilah, bahawa zikir yang paling tinggi adalah engkau menyebut Allah, Allah, jangan ditambah-tambah lagi padanya".

Sementara dalam hadis riwayat Imam Muslim mengatakan " Tidak akan berlaku kiamat, sehingga tiada lagi manusia di atas muka bumi ini menyebut Allah, Allah".

Jangan dipandang rendah orang yang suka berzikir, kerana merekalah yang menyebabkan dunia ini masih bernafas, kalau tidak, nescaya dunia sudah kiamat, kerana sudah tiada lagi dalam dunia ini manusia yang mahu beribadah dan berzikir mengingatiNya.

Salah tanggapan manusia, kalau berzikir, mana boleh buat kerja, kerana asyik duduk di masjid tak keluar-keluar, hmmm...sebenarnya, kalau ditanya pada orang itu, "siapa yang bagi tau begitu?"Jangan mengaitkan ibadah yang Tuhan suruh dengan tidak boleh berkerja. Makanya kalau nak berzikir, kita perlu mencari sejenis zikir yang mudah, ringan, namun berkesan. Pun rupanya ternyata banyak. Ada wirid Wali Allah Tok Kenali, wirid ma' tsurat, zikir pagi petang, zikir harian 1000 kali sehari dan sebagainya.

Cuma zikir ini yang menjadi payahnya, ialah kita perlu konsisten, terus -menerus beramal, tidak sekadar hari ini sahaja. Sabda Nabi, sebaik-baik amal ialah dikerjakan berterusan (continue) walaupun sedikit.

Read more »

 

Dia bukan tukang Bid'ah, Tetapi Wali Allah Yg Besar


Makam Dzun Nun Al-Misri

Sekitar 15 tahun dulu saya pernah membaca riwayat hidup beliau. Kini saya temui gambar makamnya, kepada pembaca sekalian, saya salin sedikit dari sejarah hidupnya.

Semasa hendak menghembuskan nafas terakhir, Dzun Nun Al-Misri (Lahir di Mesir) telah ditanya, apa yang beliau hendak, beliau menjawab "Saya hendak tahu waktu mati sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir ini". Kemudian dia pun berkata "Takut kepada Allah menyebabkan aku sakit, rindu hendak bertemu denganNya telah membakar ku, cinta telah membunuhku dan Allah menghidupkanku".

Pada masa itu, Husin bin Yusuf tiba dan meminta pengajaran dari beliau, Dzun Nun berkata, "Janganlah bercakap dengan ku waktu ini kerana aku berada dilembah yang menakjubkan, dan melihat rahmat dan kurnia Allah sedang menghujani aku". dan selepas itu ia pun kembali ke rahmatullah.

Pada masa is menghembuskan nafas terakhir itu, orang nampak tangan ghaib menulis dalam bahasa arab didahinya, "Dia ini kekasih Allah, dalam cinta Allah ia mati, dia mati dibunuh oleh pedang Allah".

Semasa mayatnya,dibawa ke kubur, burung-burung berterbangan mengembangkan sayapnya untuk melindungi jenazahnya dari panas matahari, jari beliau nampak keluar dari jenazahnya tatkala kedengaran azan dari masjid yang berhampiran, orang tercengang, mereka sangka beliau masih hidup. tetapi nyata ia telah mati, tetapi jarinya masih terangkat juga selepas mayatnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Selepas matinya, barulah orang ramai mengetahui bahawa beliau itu bukannya tukang bid'ah, tetapi sebenarnya ialah seorang wali Allah yang besar.

Pesan-pesan beliau :
1. Muzik kerohanian (sama') adalah ubat bagi semua hawa nafsu, siapa yang mendengar dengan ikhlas, akan dapat jalan menuju Allah, barangsiapa yang mendengarnya untuk memuaskan hawa nafsu sendiri, dia adalah tukang bid'ah.

2. Tawakal kepada Allah berarti membuang segala cara dan usaha.

3. Mengasihi Aulia Allah adalah mengasihi Allah.

Read more »

 

Banyakkan Doa Saat Menghampiri Ujian


Al-Quran itu Nur, cahaya yang menerangi hati manusia yang malap, gelap dan kurang cahaya. Cahaya dihati akan bersinar hingga ke wajah. Hati yang gelap, akan terselah kegelapan diwajahnya. Oleh itu, jagalah wajah anda, dengan selalu berwuduk dan berzikir, hindari maksiat, dosa.... kerana itu semua, bakal menggelapkan hati anda.

Hati yang gelap, jauh dari Allah, bilamana jauh dari ALLAH, dosa pun tak takut untuk dibuat, siksa kubur tak digeruni, api neraka tak dirasa menyiksa.Sebab hati jauh, gelap ...diselaputi lapisan-lapisan ozon dosa yang bertimbun.

Sabda Nabi, bilamana "Seorang anak Adam berbuat dosa, satu titik hitam di tanda dihatinya, 2 dosa 2 titik hitam, hingga akhirnya hatinya penuh titik-titik hitam". Akhirnya, dia lupa Allah, lupa mati, lupa siksa kubur dan azab neraka.

Read more »

 

Kaunseling Berfokus : Sederhana


Kumpulan Kaunseling Berfokus Group Sederhana

Ahli kumpulan ini terdiri dari kelas kedua, program yang telah dijalankan.

1. Pertemuan pertama, berkenalan
2. Menetapkan peraturan dalam kumpulan.
3. Membina Matlamat Hidup (Akademik)
4. Sungai Kehidupan : Melukis
5. Sungai Kehidupan : Pembentangan
6. Bincang Isu dan Masalah Terkini

Murid mengambil apa sahaja benda-benda dalam bilik bimbingan, untuk menerangkan siapa dirinya dengan menifestasi kepada benda tersebut.

Aku adalah sekuntum bunga.....yang harum semerbak, diriku suka menggembirakan orang lain, daku tak pernah menyusahkan sesiapa, malah daku menambah seri kehidupan insan lain.

Daku di cari dimana-mana, orang-orang yang berjiwa seni, pasti menyukai aku.

Read more »

 

Kaunseling Berfokus


Kumpulan Sesi kaunseling berfokus SK Bangi Group Cemerlang

Hari ini sesi mengumpul masalah. Rata-rata bercakap tentang masalah yang sama, namun ada satu masalah yang menjadi tumpuan. "Bila ambil buku nak baca, rasa boring, lepas tu letak balik dan pergi main game"-

Antara masalah :
1. Saya tak boleh belajar sorang2, rasa boring sangat, kalau boleh nak ada radio, mak saya bawa radio tu pergi tempat kerja, sementara saya, tak ada adik dan kakak, saya anak tunggal.
2. Bila saya baca buku, saya mesti duduk baring, 5 minit kemudian, saya pun zzzzzzz.
3. Bila saya baca buku, sampai satu bab saya tak faham, saya pun langsung tutup buku.
4. Bosanlah belajar sorang2
5. Selalu kena marah cikgu.... . nak tanya pun dah tak berani

Read more »

 

Tamu dari Papar, KOtad Belud dan Lipis

Kadang-kadang ada masa lapang, boleh lah sembang-sembang.

3 orang adik-adik ini katanya datang dari Sabah, sementara sorang lagi dari Lipis, Pahang.

Nak korek sejarah di SK Bangi tentang perkhidmatan unit Bimbingan dan Kaunseling.

2004, Cikgu Raja yang mengambil alih tugas dan peranan Unit ini, saya lihat cukup cemerlang sekali apa yang Cikgu Raja Khariah telah lakukan, syabas.

2005, saya mula posting disini, sejak itu secara rasmi adanya GBKSM di sekolah ini hingga hari ini. Saya mula-mula tak tahu apa tu GBKSM, rupa-rupanya Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

Sejak itu juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan, kemudian ada pula Pembimbing Rakan sebaya (PRS) dan Kelab Pencegahan Jenayah. Ntah apa-apa banyak sangat kelab, bila masa nak urus yang itu dan yang ini. Akhirnya nama kesemua kelab itu dimansukhkan, yang ada kelab pencegahan jenayah, tetapi semua program lain, kami jalankan sikit-sikit, seperti Teknik Asas Kaunseling, Kepentingan Kaunseling dan Perihalan Dadah.

2007, Murid bertambah ramai, Seorang cikgu tak cukup, Puan Nur Farizan di tarik menjadi guru Bimbingan kedua, 2008, tambah 2 orang lain, Cikgu Zawani dan Cikgu Ros.

2008, saya keluar sambung belajar bab Dadah sembilan Bulan. Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah. Pertengahan 2009, sekolah Bandar Seri Putra dibuka, 2 orang guru GBKSM di bawa ke sana.

2010, seorang lagi ditarikh ke sana, kini tinggallah saya seorang.

Read more »

 
Wednesday, July 21, 2010

Dialog Dengan Jin Islam

Baru jumpa buku ini, artikel saya yang ke 1386 menerangkan sedikit berkaitan masalah tidak boleh menggantung sebarang gambar manusia atau makhluk bernyawa didalam rumah.

Artikel 1387 ini pula hanya nak bagi tahu muka surat berapa. Dalam buku kulit biru muda ini, saya jumpa pada halaman 144.

Jin Islam berkata kepada Muhammad Isa Dawud selaku pengarang buku, syaitan akan duduk bertenggek di atas gambar tersebut.

Dari 1 aspek, doa kita tidak akan diterima, kerana semasa berdoa, syaitan ada bersama kita. Doa kita minta anak dapat 5A dalam UPSR, minta suami selamat, minta itu ini, tapi rumah kita penuh dengan gambar-gambar.

Kadang-kadang anak muda sekarang ini suka pacak gambar artis di dinding, orang main gitar karen, itu menjadi idola dia. Yang perempuan suka "tempek" gambar artis separuh bogel, dia ambil dari Majalah Mangga, URTV lah.

Ada juga pelajar yang pulang dari luar negeri, tunjuk-tunjuk gambar dia dalam almari, macam sebuah rak tayangan. Gambar perkahwinan dan sebagainya. So, simpan saja gambar itu, atau dibalikkan supaya gambarnya tidak kelihatan.Insya Allah orang tahu kita dah kahwin, kita dah pergi luar negeri, kita ada itu ini dan segalanya....

Edit

Apalah nak dibanggakan dengan foto-foto itu,hanya sekadar gambar perjalanan kita dari satu muka bumi ke satu muka bumi. Perjalanan yang   mahal adalah mikraj dari hamba menuju Tuhannya. Mungkin gambar itu yang menjadikan doa-doa kita selama ini terhalang untuk dimakbulkan. Sebab Malaikat tidak memasuki rumah yang ada terpampang manusia.

Satu Fakta, bahawa makhluk yang dipanggil jin atau setan (jin yang jahat) ini pun suka bergambar.Ada orang mengambil gambar di lokasi Dataran Merdeka, yang difoto cuma beberapa orang, tetapi ternyata kelihatan
lebih dari seorang.
Saran Penulis

Ada baiknya, rumah kita keluarga muslim digantung foto-foto Ka'bah atau Maqam Rasulullah atau ayat-ayat Al-quran. Rumah Pak Tengku Tarmizi Dahmi sebagai guru saya di Aceh ada tertulis di dinding pintu masuk dalam kalimat bahasa Arab "Haza Min Fadli Rabbi" Inilah lah dia Kelebihan Tuhanku.

Bukankah lebih indah dan nyaman jika kita hiasi seperti itu. Kita berdiri di depan gambar maqam Rasulullah. Sambil kita menikmati pemandangan indah ini, kita katakan, ""Ya Rasulullah, daku tak pernah sampai di depan makam mu ini, tetapi daku berharap agar suatu hari nanti kakiku ini dapat berada di depan maqam mu ini untuk ku berikan salam kepadamu"




Read more »

 
Tuesday, July 20, 2010

Liputan : Memagar Kawasan

20 Julai 2010. Upacara Perawatan Mahkluk Halus di SK Bdr Seri Putra yang dijalankan malam tadi oleh Pengamal Perubatan Islam Darul Syifa Bandar Baru Bangi berjalan mulus.

Awalnya, jam 6.30 petang rombongan tiba di perkarangan sekolah. Waktu Magbrib masuk,semua hadirin ke dewan untuk solat Maghrib berjamaah.Sesudah solat Maghrib, sedikit taklimat diberikan kepada hadirin, antara isi taklimat ialah bagaimana cara perawatan yang akan dijalankan.

Pengerusi Darul Syifa turut menyentuh antara lain kes-kes yang pernah berlaku dan ditanganinya. Antaranya, seorang murid lelaki sering ketawa dalam biliknya apabila tiba waktu malam. Awalnya sang bapa ingat anaknya ketawa disebabkan oleh cerita di TV. Lama kelamaan rupanya ada "kawan lain". Sang bapa membawa anaknya untuk dirawat. Namun yang sebenarnya, bilik tempat anaknya duduk juga bermasalah. Apabila sang anak ke sekolah, jin itu akan duduk didalam bilik tersebut macam rumah dia sendiri.


Apabila tiba waktu malam, jin-jin anak itu berkawan. Bilik itu turut dirawat, garam dilempar untuk menghalau jin itu. Selepas anaknya pulang, sang anak memarahi bapanya, kenapa buat kawan saya macam tu,habis semua mereka luka-luka dan berdarah katanya.Bapa nya menjawab dia bukan kawan kamu.

Seorang sahabat saya yang turut belajar di Darul Syifa' turut hadir malam ini menceritakan, ada seorang anak di negeri Kedah berkawan dengan jin, bapa budak itu suka sebenarnya, kerana dengan berkawan itu, anaknya boleh mengubat orang yang sakit. Walhal pada akhirnya, anak itu sudah pun menjadi gila.

Menurut Ustaz kata kawan saya, apabila tidak ada lagi manusia, baru lah boleh kita berkawan dengan jin, selagi ada manusia, jangan jadikan dia kawan, sebab jin ini dari jenis api, syaitan, ikut mana-mana pun, dia akan cuba menyesatkan manusia.

Saya juga ada bertanya perihal jin yang ada dalam rumah saya. Isteri saya pernah melihat dua kali. Sekali ketika di rumah lama, saya sedang tidur, dalam masa yang sama ada diri saya yang kedua bangun, ikat kain pelikat dan terus ke bilik air. Orang rumah saya terkejut, aik, tadi bangun ke tandas, ini pun ada disini sedang tidur.

Yang kedua beberapa malam lepas, ketika saya sedang melayari komputer di ruang tamu, ada sesosok tubuh sedang baring di atas katil tempat saya tidur. Padahal saya ada diluar bilik.Anda tahu apa tu? Anda boleh cari tentang Jin dalam internet. Nasib baik, tidak ada yang mengganggu, cuma saya bimbang ..kerana dulu pernah belajar ilmu silat kebatinan... apakah jin itu yang sedang ......


Seorang kawan di Medan Indonesia mengatakan, kalau dalam rumah kita ada sebuah tempat khas yang kita buat untuk solat, maka ada jin akan datang untuk solat berjamaah bersama. Menurut dia, kalau malam-malam bapanya sedang tidur, ada orang melihat bapanya sedang berjalan-jalan. Hmmm....itu lah jin yang meniru gaya orang itu.

Rasulullah muhammad saw bersabda tentang al Qarin, “tidak satupun dari kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah seorang qarin (peneman) baginya dari bangsa jin.”
Para sahabat bertanya. “apakah qarin itu juga diperuntukkan bagimu wahai Rasulullah Muhammad SAW?” beliau menjawab, “juga bagi saya, akan tetapi Allah SWT telah menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam, sedangkan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan.” (HR muslim)
Rasulullah Muhammad SAW bersabda, “tidaklah ada seorang diantara kalian kecuali disertakan untuknya qarin dari jin dan qarin dari malaikat.”
(HR Muslim dan Ibnu Mas’ud)

Dalam Buku karangan Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Jin berkata padanya, dalam rumah mu ini pun ada jin, dia duduk di atas atap, setiap kali waktu tertentu dia akan turun.Anda nak tahu lebih lanjut? Bacalah buku tersebut.

Satu ketika, saya bawa ibu-ibu dari Banda Aceh ke Medan dalam program rombongan, kampung yang kami tinggal namanya Kampung Jawa, setelah beberapa di Medan, saya dan rombongan pulang, anak-anak jiran dirumah tempat saya selalu pergi berkata, "Waktu Pak Sam Ngak Ada kemarin, kami dengar suara azan Pak Sam di rumah Pak Amir" Ah...yang betul aja kata saja. Iyaaaa....betul....kami ngak bohong....Kuang kuang kuang...dia azan pulak dah.

Oh ya, selepas bacaan Yasin malam tadi, ada wirid dan zikir tertentu dibaca beramai-ramai,selepas habis solat Isya, air bacaan yasin dan garam itu ditabur pada tempat-tempat tertentu yang dikira kritikal.Ramai nak tahu kesudahan cerita ini. Hadirin pun ramai datang, selepas maghrib bertambah ramai.Termasuk bekas murid-murid SK Bangi.

Jam 10.00 malam acara tamat, pihak Darul Syifak meminta kerjasama ibubapa dan guru untuk mengulangi hal yang sama pada 2 hari keesokkannya.

Saya sempat bertanya pada pengawal keselamatan disitu, apakah hal yang aneh terjadi, katanya tidak ada lah selama ini, cuma pernah seliparnya hilang selepas sembahyang maghrib. Puas dicari tak jumpa jugak.

Read more »

 
Monday, July 19, 2010

Sejenak Warga KPM di SK Bangi

20 Julai 2010. BANGI.Dr.Hjh.Bity Salwana binti Alias bersama seorang pensyarah telah mengunjungi SK Bangi pada hari ini.

Beliau adalah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah singgah untuk berjumpa guru-guru atas tujuan mendapat feedback berkaitan soal selidik guru-guru besar yang telah mengambil Ijazah baru-baru ini.

Pertemuan yang begitu mesra dan hangat itu tadi, telah memecahkan beberapa persoalan yang bermain dalam pemikiran kedua-dua belah pihak.

Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas saranan untuk penambahbaikan kaji selidik. Ada antara guru yang belum melihat emel tersebut. Ada juga emel yang masuk ke kotak SPAM. Untuk makluman, seramai 9 orang guru-guru dari SK Bangi telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik tersebut.

Saya berminat untuk menjalankan kajian tindakan, tapi....apa kes agaknya yang boleh diketengahkan?

Read more »

 

Selangkah Dalam Perjalanan


Inilah rumah yang penulis sempat menumpang selama 2 bulan untuk mencari wang melalui derma sebelum ke Aceh Darussalam. Ketika itu tahun 1998 awal. Penulis berangkat ke Aceh bulan Ogos 1998.

Ketika saya ke rumah ini sekali lagi Ahad kelmarin dan menyatakan hasrat untuk membukukan secara e-book sejarah perjalanan hidup saya selama ini, Pok Hen menyambut baik hasrat itu, malah anaknya Idris turut ingin membantu dari segi melukis jika diperlukan.

Rumah setinggan ini terletak di tepi "tali air" di Selayang Pandang, walau Pok Hen tidak lagi tinggal di sini, tetapi anak sulongnya yang menetap di sini.

Inilah rumah baharu yang menjadi tempat tinggal POk Hen dan keluarga sekarang.

Kisah hidup saya ini saya coretkan sedikit untuk tatapan pembaca, kerana di sisi tertentu yang boleh memberi pengajaran kepada yang membacanya- Anda boleh membacanya didalam Biodata ku, walaupun ianya belum menemui titik penamat- tetapi sudah mampu menginjak pada sasaran awal penulis, dan ianya masih dalam peng-editan.

Read more »

 

Jangan Gantung Gambar didalam rumah

19 Julai 2010. NILAI. Berikutan SK Bdr Seri Putra mengadakan acara rawatan pengusiran hantu, alias jin esok hari, ada 1 statement yang saya dapat dari kekawan, jika ada mana-mana orang yang pulang semasa Maghrib, sila masuk rumah membontot, jangan berjalan ke depan, di khuatiri ada yang ngikut sama.

Kita tak mahu lah ada jin ke hantu dalam rumah, sebab dia menggangu kita. Lebih-lebih lagi anak kecil yang usia 2 tahun ke bawah, mereka, memang nampak jin-jin dan hantu ni.

Tapi malangnya, ramai jugak umat Islam yang memanggil jin masuk ke dalam rumah. Anda tahu? Tindakan memapar gambar manusia atau memajan gambar di sudut-sudut dinding dalam rumah itulah memanggil jin masuk. Saya ada 2 dalil yang menyokong hal itu.

Yang pertama buku kulit biru, Muhammad Isa Dawud, Judulnya, Dialog Dengan Jin, kata beliau dalam bukunya itu, jin mengakui bahawa dia (jin) dan gambar seperti besi berani, akan automatik melekat disitu. Anda boleh baca buku tersebut.

Saya juga pernah dengar, ada sebuah maktab perguruan di Malaysia, didalam nya ada sebuah bilik yang meletak gambar orang besar negeri, jika dilihat pada gambar itu, matanya akan mengikut kita bergerak. Hal ini diketahui semua penghuni maktab tersebut.

Yang kedua, guru saya sendiri, mengajar, jangan diletak gambar-gambar di dinding, kata guru saya, doa kita tidak makbul. Kalau mahu berdoa katanya, simpan gambar itu, kemudian bukak lah balik kalau perlu. Saya kata dalam hati, ah...dari bukak tutup bukak tutup. lebih baik tutup terus, kalau ada orang datang nak tengok, baru kita buka. Orang tahu kita belajar sampai luar negeri, kalau tak tahu pun, tak kan nak menunjuk-nunjuk pulak.

Kenapa Tidak Makbul? Ya lah. Dalam bilik itu kita berdoa, dalam masa yang sama ada syaitan bertenggek kat situ. Kan Nabi pernah bersabda, jika ada Malaikat dalam hati manusia, maka syaitan akan keluar, dan jika ada syaitan dalam hati manusia, Malaikat akan keluar. Dan begitulah dalam rumah, dalam hadis lain nabi bersabda " Rumah yang didalamnya ada anjing, malaikat tidak akan masuk".

Kalau anda ke rumah alim ulamak pun, tak akan anda temui gambar manusia di dinding, yang ada hanya lukisan nama Allah, Muhammad, ayat Quran dan lain-lain. Untuk mengikut jejak langkah mereka, saya sendiri memasang kalimah Allah diruang tamu. So, secara peribadi, kita akan merasa malu kalau nak tidur didepan kalimah Allah tanpa menutup aurat. Ada baiknya juga.Itulah antara kelebihannya. Anda boleh amalkan cara, Anda mampu mengubahnya.

Saya selalu pesan pada murid-murid, tolong simpan gambar-gambar dirumah, kerana kamu ada menghadapi peperiksaan, takut nanti doa kamu, lebih tidak diterima.

Read more »

 
Sunday, July 18, 2010

Majlis Rawatan SK BSP

19 Julai 2010. Malam esok (Isnin), seramai 30 orang dari Darul Syifa' Insya Allah akan datang ke SK Bandar Seri Putra dalam rangka merawat sekolah tersebut yang terkena gangguan.

Pesanan dari pihak Darul Syifa supaya berada didalam rumah dari Maghrib hingga malam. Tutup semua pintu dan tingkap. Kalau sesiapa pulang ke rumah waktu maghrib, sila membontot, jalan berjalan ke depan waktu masuk rumah, dikhuatiri ada yang ikut.

Pesanan dari wakil SK BSP.

Read more »

 
Saturday, July 17, 2010

Mencari Turning Point

Oleh : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I

Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, pengalaman saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA (Narcotic Ananymos) masih menggunakan istilah penagih walau penagih sudah lama berhenti dari menagih), dia mengaku bahawa akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat).

Turning Point

Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. Kita tinggal dulu pasal pusat serenti. Namun....apabila kita mendekati penagih yang telah berhenti, mereka bercerita...untuk berhenti mesti ada satu turning point. Dan setiap orang dalam dunia penagihan melalui turning point yang berbeza.

Penagih Boleh Berhenti

Saya cuba mendekati dan mengorek rahsia 2 orang PRS, mereka kini berada di salah sebuah PS, bekerja secara kontrak. Gambar mereka (ada di blog spada) saya ambil dengan kebenaran dan bertujuan dimasukkan ke dalam blog saya, sebagai pengajaran kepada orang lain yang masih menagih dan bukti kepada masyarakat bahawa penagih dadah sememangnya boleh berhenti.

Rindu Kian Membara

Ketika ditanya pada Bakri (bukan nama sbnr), apakah turning point beliau yang memberikan satu kekuatan untuk berhenti secara terus. Katanya yang masih bujang, sebenarnya saya tak ada niatpun untuk berhenti, saya sebenarnya ingin sangat masa kurungan dalam pusat ini dipercepatkan, semakin hari semakin dekat nak keluar, semakin rindu pada heroin, sambungnya yang menagih selama 15 tahun.

Ketika keluar dari pusat kali terakhir (3 kali masuk pusat dan 5 kali masuk penjara), saya turun dari bas di Penang dan ingin pergi membeli benda tu (dadah) hasil dari duit yang saya dapat selama bekerja di pusat serenti selama ini.
Rantai dan Mangga
Ketika itu, kaki saya menjadi kaku, lemah dan tak berdaya, seolah-olah lumpuh. Saya hanya mampu berdoa. Ya Allah, Engkau berikan aku peluang lagi kali ini, sama ada aku nak terus ke sana atau balik ke rumah. Kaki dah kaku ni. Bila saya tukar niat untuk balik, terus Allah Taala berikan saya kekuatan untuk bergerak. Terus saya ke kedai Hard Ware dan belikan satu rantai dan satu mangga besar.

Bila balik ke rumah, saya minta bapa saya merantai tubuh saya 24 jam, kecuali waktu makan dan sembahyang. Hampir setahun saya begitu, bila kawan datang, atau saya dengar ekzos motor mereka, terus saya lari naik ke dalam rumah. Sampai sekarang al-hamdulillah, saya mampu bertahan.

Ketika ditanya, apa perasaan anda apabila mengenang kehidupan anda yang lalu? Saya merasakan sangat rugi, kerana kehidupan berlalu begitu saja dan hari ini pun saya tidak memiliki apa-apa, kecuali wajah yang sebegini. (Wajah seorang penagih yang kering, cengkung dan tiada sinar nur iman)

Read more »

 

Biasiswa Pengajian Full-Time SPADA

Ramai yang berminat dan tertanya-tanya tentang program SPADA. Spada ialah Special Programme For Alcohol and Drug Abuse untuk guru-guru dan pegawai perkhidmatan awam. Sebelum 2010, KPM telah menyediakan biasiswa untuk 20 orang setiap tahun, bergaji penuh dan belajar sepenuh masa.

Malangnya, tahun 2010, KPM memberhentikan biasiswa ini untuk sementara dek kwgawatan ekonomi, namun JPA masih membuat penajaan seramai 30 orang tahun. Antara yang terlibat mengambil kursus ini ialah guru-guru kaunseling, pegawai Polis, Pegawai AADK, dan pegawai pengurusan kemanusiaan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda berkaitan kaunseling, bimbingan dan pengurusan kemanusiaan.

Malam tadi, saya bersama rakan-rakan yang mengambil Master di USIM, dalam rangka mendengar taklimat, berita terkini, guru-guru kini boleh mengambilnya semula, ini kerana walau KPM tidak dapat menaja, tetapi JPA bermurah hati ingin menaja guru-guru. Ini kerana kuota setiap tahun yang disediakan biasanya tidak penuh.

Berita gembira ini patut diambil tindakan segera bagi sesiapa yang berminat. Kerana awal tahun ini, ramai yang mendaftar tetapi permohonan di tolak, bahkan ada yang ingin membayar kos pengajian dengan wang poket sendiri, itu pun di tolak.

Read more »

 
Friday, July 16, 2010

Bilik Bimbingan SK Bangi

Read more »

 

Bukan saya nak bang

Habis menyampaikan ceramah di SK Seri Sekamat, saya berborak dengan Presiden PENDAMAI MAlaysia. Katanya modus operandi pengedar dadah sekarang ialah memberikan dadah secara percuma kepada perempuan.

Ada pelajar sekolah menengah mengatakan, saya diberikan benda tu beberapa kali, bukan saya nak bang, tapi dia yang bagi.

Menurut Hafney, kalau bagi dadah pada perempuan mudah sikit urusannya, sebab perempuan ramai, jadi dadah boleh menyebar dikalangan wanita dengan cepat.

Lagipun bila dia dah punah, biasanya dia akan menjadi pelacur, dan bila mereka jadi pelacur, keperluan kepada dadah itu berterusan. income masuk terus menerus..

Read more »

 
Thursday, July 15, 2010

Bosan Belajar?

Gambar ini dirakam sewaktu saya dalam perjalanan ke SK Sri Sekamat pagi tadi, lokasinya di luar kawasan sekolah SMK Jalan Reko Kajang.

Tidak dapat dipastikan pelajar ini dari sekolah mana.

Namun waktu ini, jam 8.00 pagi, kemungkinan besar pelajar sekolah sesi pagi.

Sering kali situasi begini anda akan dilihat. Bukan tugas guru di sekolah untuk keluar mencari dimana pelajar mereka.

Ibubapa pula sememangnya tidak tahu langsung, yang anak mereka tidak ke sekolah. Mereka tahu anaknya pakai baju sekolah dan menaiki kenderaan ke sekolah. Namun apa yang terjadi, ada antara murid yang tidak hadir sehingga 21 hari.

Hal ini diketahui oleh bapa melalui surat yang dihantar pihak sekolah. Apalagi terkejutlah sang bapa, sedangkan setiap hari anaknya meminta duit untuk ke sekolah. Sementelahan di sekolah rendah, tidak pernah berlaku ponteng-memonteng. Namun semenjak kenal kawan di sekolah menengah, mereka mula berperangai macam-macam.

Siapa yang rugi sebenarnya? Yang pertama ialah diri pelajar sendiri dan kedua ibubapa. Masadi usia begini sepatutnya mereka datang ke sekolah untuk belajar. Tidak dinafikan belajar sepanjang masa itu membosankan, makanya pelajar perlu membaagi waktu untuk mencari ketenangan dan mengisi kekosongan jiwa. Namun bukan lewat ponteng sekolah dan bersembunyi di belakang semak, bawah pokok atau di tangga Plaza Metro Kajang.

Inilah cabaran kehidupan anak-anak di kota. Mungkin di felda gejala ponteng agak sukar untuk dilakukan, kerana mereka kurang tempat untuk melepak, apalagi semua orang kampung kenal itu anak siapa.

Namun jika dibandar? Siapa mahu ambil peduli? Justeru, pelajar perlu berfikir semula, apakah ponteng sekolah ini menguntung masa depan kamu atau tidak. Mahu ke mana kamu dewasa nanti kalau sijil tak laku? Ini zaman sijil. Belajarlah...kerana belajar adalah ibadah, tuntutan agama, bukan lama pun, hanya sekitar beberapa tahun saja, selepas tamat sekolah menengah, anda boleh mula mencari kerja yang sesuai dengan bidang anda.

Banyak kerja kosong, pembantu Am di kilang, Pengawal Keselamatan, Operator Pengeluaran, Bisnes jual buku-buku di jalan-jalan atau apa saja. Namun kalau nak kerja bergaji mahal, memang tak boleh lah, kamu kena ambil Ijazah di universiti.

Read more »

 

Malang...malang dan malang

Alhamdulillah, anak-anak di SK Sri Sekamat Kajang sungguh baik, boleh memberi tumpuan penuh ketika sesi ceramah tadi.

Tahniah kepada guru sekolah terbabit, Cikgu Suhaimi yang telah melontarkan idea untuk mengadakan ceramah pencegahan ini.

Pak Cik Hafney sebenarnya tadi letih, katanya baru balik dari Muar malam tadi, memberikan ceramah kepada pesalah kes orang kena buang daerah. Memang beliau berceramah dimana-mana untuk menyedarkan orang lain yang belum sedar.

Semoga penderitaan yang beliau alami selama 15 tahun menjadi penagih, kamu semua dapat semat difikiran, dan katakan bahawa dadah itu memang Sial. Seperti yang Pak Cik cakap tadi, dadah itu sial, pak cik tak nak guna perkataan dadah itu najis, sebab bahasanya kurang mencengkam langsung.

Ambillah mana yang baik untuk dijadikan tauladan. Ingat cakap pak cik tadi, faktor terbesar beliau dulu jadi anak kurang ajar ialah kerana salah memilih kawan. So, kamu jangan pula tersalah memilih kawan.



Dengar cakap mak ayah di rumah, dengar cakap guru-guru di sekolah. Hidup ini terlalu berharga. Jangan persiakan. Seperti cikgu cakap tadi, faktor awal manusia jadi penagih ialah kerana mak ayah sering bercakaran. Mudah-mudahan mak ayah kamu semua orang yang beriman, yakin pada kehidupan selepas mati.

Kisah Penagih Wanita

Ada seorang wanita, dia mempunyai 2 orang anak, masa sekolah menengah dulu sebelum kahwin dia dah kenal dadah.

Bila kahwin, dia tak boleh lari dari dadah, akhirnya kena tangkap, walaupun suaminya menasihatinya supaya jangan ambil dadah.

2 tahun dia di Pusat Serenti Kota Bharu, tiada siapa datang menjenguknya, selepas bebas, dia pulang ke rumah, suaminya sudah kahwin 1 lagi, dia tak boleh terima hakikat yang terjadi, lalu keluar mencari dadah lagi, sambil guna, dia juga menjadi pengedar kecil-kecilan. Akhirnya tertangkap lagi. Kali ini kali kedua dia berada di Pusat Serenti.

Semasa di Pusat serenti Bachok, cikgu sempat bertanya padanya, mahu ke mana kakak selepas keluar nanti? Entahlah.....mak ayah saya sudah tiada lagi, suami pun dah kawin lain, saya rasa...saya akan mengambil dadah lagi.."Hmmmm.....

Itulah episod penagih dadah di dunia. Malang...malang dan malang. Sekali cuba, selamanya akan menjadi penagih. Tiada jalan keluar untuk berhenti, walau hati kecil meronta-ronta ingin keluar dan menangis. Namun mereka tak berdaya...

15 Julai 2010. SK Sri Sekamat, Kajang

Read more »

 
Wednesday, July 14, 2010
Tuesday, July 13, 2010

Musim Orang Buang Anak

Dalam perjalanan dunia menuju abad terakhir ini, kita sampai pada satu daerah, iaitu daerah abad ke 20, dimana ramainya manusia buang-buang anak. Biasanya benda yang dibuang ini ialah sampah, benda yang tak berguna dan dah tak ada maknanya lagi.

Dimana-mana dan hampir setiap hari, ada saja akhbar melaporkannya. Ini belum termasuk mereka yang membuang anak di rumah kebajikan. Pun buang juga, sebab dah tak muat nak simpan didalam rumah sendiri.

Inilah sebuah tanda, bahawa dunia yang kita diami ini, sudah hampir menghabiskan nafas-nafas terakhirnya, ramai orang masih beranggapan bahawa dunia ini masih panjang hayatnya. Ya, mungkin kalau dihitung mengikut perkiraan kita, tetapi kalau kita melihat kedatangan nabi-nabi dan rasul-rasul, semuanya ada 124,000 orang. Dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir dari semua nabi-nabi dan rasul-rasul. Justeru kita sedang beradang di jurang kiamat. Banyak sudah petanda yang zahir tanpa manusia sedar.

Kes anak tak berguna, seperti yang penulis katakan tadi, ianya berlaku di padang mahsyar kelak, didalam Quran, Tuhan menggambarkan saat itu, "Yau malaa yan fa u maalun walaa banun, illa man atal Laaha bi qalbin salim " Hari akhirat itu, adalah hari yang tiada berguna lagi, tiada bermanfaat lagi segala harta benda kamu dan anak-anak pinak kamu,melainkan orang yang pulang menghadap Tuhannya dalam keadaan hatinya Salim.Itu saja. Fullstop.

Panjang lebar pula ulamak membuat penjelasan demi penjelasan akan makna qalbun salim. senang cerita hati yang sudah dikikis oleh dosa-dosa. Hatinya sudah pun bersih dari dosa akibat proses penyucian jiwa "Tazkiatun Nafs". Adapun proses penyucian ini bukanlah menggunakan sabun Daia, Fab buku mahupun Trojan, tetapi Bizikrillah. Dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

Firman Allah. "Uzkurullaha Zikran Katsiran" berzikirlah kamu menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya. Kata ulama, "Li kulli syai in khisoo lah, wa khisoalatul qalbi zikrullah" Setiap sesuatu itu ada alat penyucinya, dan alat penyuci jiwa adalah zikrullah.

Kita tinggalkan sekejap makna Qolbun Salim. Biar pembaca merenungnya semula selepas membaca artikel ini.

Menyesal Jadi Manusia

Satu lagi tanda dunia ini akhir zaman, maraknya kejadian bunuh diri, pun hampir setiap hari ada-ada saja. Tak kisahlah dari bangsa dan kaum mana. Teringat penulis akan kisah didalam Al-Quran dimana manusia menyumpah pada diri sendiri dengan katanya "Ya Lai tani kuntu turaaba" , Aduhai.....celakanya aku, kalaulah aku dulu tidak jadi manusia, bahkan menjadi tanah, (alangkah lebih bagus).

Kerana itu, lantaran merasakan hidup tak berguna, manusia memutuskan untuk menghabisi sahaja umurnya, lantaran hidup sudah tiada makna lagi, kiri kanan penuh kesulitan, depan belakang sarat problema yang tak kunjung padam. Ah...dari ku sakit-sakit begini, lebih baik aku tiada di sini.

Jalan singkat diambil, terjun bangunan atau menggantung diri. Ah...dalam agama kami, itu termasuk dosa besar, tak akan terbau syurga kata Nabi, sedangkan syurga itu boleh dihidu dengan jarak ribuan tahun dari lokasi sebenarnya.

Read more »