Saturday, July 10, 2010

Bagaimana Anak Anda Solat


Kalau tak ada kem sebegini, barangkali kami guru tidak tahu bagaimana anak-anak ini solat, lihat sahajalah cara meletak kaki mereka, tidak menepati syarak. Seharusnya kedudukan tapak kaki itu berdiri, telapak jari kaki yang menyentuh lantai. Bukan belakang jari kaki seperti di atas.

Pemandangan begini, sayangnya, anda juga akan melihat di masjid-masjid apakala hari Jumaat. Mahu menegur...hmmm...orang tua. Biarlah....esok-esok, biarlah...

Ibu bapa seharusnya memerhatikan cara pergerakan anak-anak solat, kalau ternyata beres semuanya, minta mereka baca bacaan dalam solat seperti Al-Fatihah, Qunut, Tahyat Akhir dan lain-lain.
Sepatutnya posisi kaki seperti ini

Saya mengadakan klinik bacaan solat untuk murid-murid, ternyata mendapat sambutan dari kalangan murid perempuan. Kenapa? Kerana jiwa mereka lebih cepat tersentuh. Apabila kita bercerita soal syurga dan neraka.

Sebelumnya, saya memberikan ceramah dan soal selidik berkaitan solat, ternyata hanya 6 orang sahaja yang solat, esoknya al-hamdulillah, ada penambahan. Harapannya, semoga menjadi insan yang soleh dan solehah.
 

2 comments:

  1. Betul tu Nurabadi...subjek bimbingan solat boleh jugak dimasukkan dlm sesi bimbingan dan kaunseling, tak rugi ilmu cikgu sekolah arab

    ReplyDelete
  2. Salam..sebelum ingin kita menegur eloklah perhatikan betul2 kenapa posisi kaki tu boleh jadi macam tu. Ada di antara makmum tu yang mengalami 'gangguan urat saraf' semula jadi, kemalangan atau cacat anggota badan dan sendi. Pak Tom ada melihat orang yg 'menegur' makmum tu ditempelak balik... 'pak cik ni dah 80 tahun... urat kaki Pacik ni dah menggigil bila kena lantai'...untuk renungan. Pak Tom

    ReplyDelete