Saturday, July 17, 2010

Biasiswa Pengajian Full-Time SPADA

Ramai yang berminat dan tertanya-tanya tentang program SPADA. Spada ialah Special Programme For Alcohol and Drug Abuse untuk guru-guru dan pegawai perkhidmatan awam. Sebelum 2010, KPM telah menyediakan biasiswa untuk 20 orang setiap tahun, bergaji penuh dan belajar sepenuh masa.

Malangnya, tahun 2010, KPM memberhentikan biasiswa ini untuk sementara dek kwgawatan ekonomi, namun JPA masih membuat penajaan seramai 30 orang tahun. Antara yang terlibat mengambil kursus ini ialah guru-guru kaunseling, pegawai Polis, Pegawai AADK, dan pegawai pengurusan kemanusiaan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda berkaitan kaunseling, bimbingan dan pengurusan kemanusiaan.

Malam tadi, saya bersama rakan-rakan yang mengambil Master di USIM, dalam rangka mendengar taklimat, berita terkini, guru-guru kini boleh mengambilnya semula, ini kerana walau KPM tidak dapat menaja, tetapi JPA bermurah hati ingin menaja guru-guru. Ini kerana kuota setiap tahun yang disediakan biasanya tidak penuh.

Berita gembira ini patut diambil tindakan segera bagi sesiapa yang berminat. Kerana awal tahun ini, ramai yang mendaftar tetapi permohonan di tolak, bahkan ada yang ingin membayar kos pengajian dengan wang poket sendiri, itu pun di tolak.
 

No comments:

Post a Comment