Friday, July 30, 2010

Falsafah Puasa : Muslim menjadi Mukmin

Siri 2 : Edited

"Wahai orang-orang yang beriman, telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" Al-Baqarah - 183

Dalam ayat di atas ada satu kalimat iaitu "telah ditulis" , perkataan ini membawa makna wajib, sebagai contoh, semasa kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman,tak lama kemudian kita tiba, pada waktu itu polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, "encik, encik, ini kereta saya encik....maaf cik"...hmmmm kata dia, dah tulis. Maknanya tiada guna lagi minta maaf (saat itu). Permintaan maaf dari kita tidak lagi boleh menghapus tulisan dikertas saman, kenapa? Kerana telah ditulis.

Dalam Agama ISLAM yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa, puasa maknanya "menahan" . secara falsafahnya, kita adalah hamba abdi, banyak keinginan-keinginan kita yang tidak tertunai dan ada yang tak mungkin akan menjadi kenyataan. So.... Tuhan mengajar kita supaya "menahan" . Puasa mengajar satu aspek dari segi menahan, iaitu dari lapar dan dahaga serta bersabar beribadah, lebih jauh dari itu, agama juga mengajar kita supaya "menahan" dari banyak perkara dalam hidup ini.

Puasa dari kesihatan membawa banyaknya manfaat, kerana itu, beberapa hari lepas, dalam Metro melaporkan para Doktor di India meminta masyarakat agar mengamalkan amalan berpuasa.

Manfaat Puasa Pada Orang yang Berpuasa

Dihujung ayat 183, surah Al-Baqarah ini, tuhan menyatakan tujuan sebenar atau maksud dari berpuasa ialah taqwa, kerana taqwa adalah tiket untuk ke syurga. Segala timbunan harta di dunia dan anak-anak tidak lagi bermanfaat di sana nanti. Firman Tuhan, "Hari (akhirat) ialah hari yang tiada guna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang2 yang pulang mengadap Tuhannya dalam keadaan Qalbun Salim "

Bagaimana Puasa Mengantar Muslim Menjadi Bertaqwa ?

Ayat 17 didalam surah Imran memberikan jawapannya, "Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap didalam ketaatan, yang menafkahkan (sebahagian dari harta mereka) dan orang2 yang bangun minta ampun diwaktu sahur"

1. Sabar

Sabar ketika berpuasa mengajar kita menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Sabar terhadap menurut keinginan hawa nafsu melulu. Sabar ketika miskin, sabar jugak ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semua nya menguji diri anda. Selagi anda hidup, selagi itulah cobaan akan datang pada diri anda terus dan terus menerus.Sedangkan Nabi berkata pada Saidina Ali Kr Wajhah.Wahai Ali Sabar itu ada 3.

1)Sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Alla

2. Benar ( Sidiq)

Orang-2 yang berpuasa hendaklah jujur berpuasa, jangan curi-2 makan, jujur perkataannya, jujur tingkah lakunya, jangan sesekali mencuri. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal dan bidang. Kata Nabi, "Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan ku di syurga" sambil menunjuk isyarat 2 jari (telunjuk dan jari hantu). Bayangkan betapa dekatnya orang yang jujur dengan Nabi. Mudah ke kan.Walaupun bukanlah alim-ulamak, tetapi hanya pemborong, pekedai runcit, peniaga pasar malam, namun nilai kejujuran ada dalam dirinya.

3. Qonitin. (continue dalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal hidayah, hinggalah meninggal dunia. Ini semua adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar. Anda perlu cipta suasana yang mengantar anda ke arah sukakan ibadah. Rumah tangga yang harmoni, adalah semua ahli keluarganya beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Justeru, bentuklah dengan mencari pasangan hidup yang sama-sama sukakan Tuhan, cinta dan sentiasa merindukan kebahagiaan dan ketenangan.

Jika isteri anda seorang yang suka berhias, malas sembahyang, malang bagi anda, dia memperlambatkan langkah anda menuju syurga. Anda perlu berfikir panjang dalam hal ini dan buatlah perubahan, buatlah plan tindakan, demi kebahagian diri anda akhirat kelak. Belajarlah bercakap, mendidik, ajak mereka lihat jauh ke depan, hari akhirat, seiring dengan umur yang semakin sedikit, rakan-rakan ramai yang sudah pergi, katakan, cahaya keinsafan sudah merayap ke seluruh tubuhku.

Anda perlu pastikan diri anda dan keluarga anda berada pada landasan continue dalam menunaikan perintah Allah. Jika anda, sangat khuatir bagi diri anda akan tercampak bersama mereka.

4. Meng infaqkan Harta

Dalam dunia ini, Tuhan mencipta makhlukNya berpasang-pasangan, ada miskin, pasangannya kaya, sakit sihat, susah senang, tinggi rendah, dan sebagainya, maka oleh hal yang demikian, kemiskinan tidak boleh dihapus dari muka bumi ini, kerana itu sudah termasuk dalam rancangan tuhan. Adapun mengurangkan kadarnya itu boleh. Ada manusia yang miskin, lantas dia terpaksa meminta-minta, dan ada yang masakin, (miskin) namun tidak mahu meminta-minta "Lis saa ilin wal mahrum". Kewajipan yang "berada", adalah membantu yang kurang, walau tidak diminta.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Orang yang berpuasa, sebagai pelengkap kepada puasa, agar benar2 mantap dan terlepas dari dosa, lalu dari azab kubur dan neraka. Mohon maaf lah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan tahu kita banyak dosa dan kesalahan, dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat dinihari, semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah bayi yang baru lahir. Makna nya suci dan bersih dari dosa. Ya bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lagi, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka complete lah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Manakala pada hujung malamnya, mereka bangun meminta ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa mereka. Tuan-tuan, tuhan tahu kita banyak dosa, dan tuhan juga tahu kita sangat miskin waktu untuk bersamaNya, lantaran itu, tuhan menunjukkan kita satu masa yang sangat baik untuk memohon ampun, sebelum jasad kita berpisah dengan nyawa, iaitu waktu sahur, makanya bangunlah untuk bermunajat.

Jika waktu inipun kita kepepet, tidak sempat lantaran enak tidur di tilam 15 inci yang lembut lagi gebu, maka tiadalah lagi saat yang paling baik untuk anda. Dari itu, tanyalah diri.... buatlah keputusan, dan ambillah tindakan.
 

No comments:

Post a Comment