Saturday, July 3, 2010

Wahai Ibu Bapa..Ingatkan Anak Anda Tentang Solatnya

Suruh anak-anakmu solat, Sabda Nabi, "Suruhlah anak-anakmu solat, walhal ia berusia 7 tujuh tahun,dan pukullah ia, walhal ia berusia 10 jikalau masih tidak solat" Demikian beratkan agama menitikberatkan amalan solat, sehingga Nabi membenarkan anak dipukul jika tidak solat ketika darjah 4.

Suruhan ini mestilah bermula paling lewat 7 tahun, lebih awal lebih bagus menganjurkan anak solat, hari-hari anak mesti diingatkan, ditanya, dipantau, dinasihat sehinggalah umurnya 10 tahun. Jika masih lagi tidak solat secara sengaja, maka layaklah anak itu mendapat pukulan yang bertujuan mendidiknya dan memberi inzar, bahawa solat bukan boleh main-main.

Malangnya kerana sayangkan anak, ramai ibu bapa tidak menyuruh anaknya solat, kononnya kerana sayangkan anak. Padahal Nabi bersabda, bahawa Allah Taala itu lebih sayangkan hambaNya lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya. Pun Tuhan menyuruh hambaNya supaya solat, tak kira dimana, miskin atau kaya, sakit atau senang, melainkan mati.

Sabda Nabi, beza antara seorang lelaki (muslim) dan kafir ialah sembahyangnya. Jika sembahyang, itulah tanda muslim, jika tidak, (apa pun alasan), itu sudah masuk ke dalam pagar kafir, berdosa besar.

Sesungguhnya solat itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya, maka dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya, perlu digaris bawahi disini, agama yang runtuh ialah agama diri manusia itu secara peribadi, bukan agama ISLAM. Agama Islam tidak akan runtuh dengan sebab seorang dua atau semua manusia tidak solat.

Manusia itu, saat kembali menghadap Tuhannya di akhirat kelak, tuhan akan tanya hanya persoalan agama. sebab itu disebut Maaliki Yaumuddin...Raja pada Hari Agama

Sambungan
 

No comments:

Post a Comment