Tuesday, August 31, 2010

Bijak Matematik

BANGI. 1 Sep 2010. En.Abdul Rahim telah hadir ke sekolah hari ini dalam rangka menurunkan ilmu bijak sifir. Blog beliau

Beliau mengajarkan bagaimana cepat mengira matematik.


Selepas menyampai ceramah, Cikgu Rahim masuk ke bilik saya untuk mengambil gambar dan video yang baru rakam sebentar tadi, beliau teruja, sebab saya tunjukkan bahawa blog boleh..

1. Ganti nama dengan nama sendiri.Com
2. Paparakan Gambar Luas

Lalu beliau ingin mengadakan kursus membina blog di tempatnya kepada stafnya.

Read more »

 

Tazkirah : Satu Metode Pendidikan Masyarakat

Usaha pihak masjid, surau dan sekolah mengadakan program Tazkirah di tempat masing-masing amat baik dalam bulan yang mulia ini dan ianya bertepatan dengan seruan agama Islam sendiri."Fa zakkir, fainna zikra tanfaul mukminin" Maka berikanlah peringatan, tazkirah, ceramah atau kuliah, kerana sesungguhnya tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang-orang mukmin. dan lagi "sayaz zakaru man yakhsya" akan mendapat peringatanlah orang yang hati nya ada rasa takut (pada tuhannya).

Banyak ayat Quran dan Hadis Nabi yang meminta kita saling pesan-memesan antara satu sama lain, kerana manusia ini sifatnya lalai, sesuai dengan nama manusia itu sendiri, dari kalimah "nasiya" yang ertinya "yang lupa atau pelupa".

Adapun isi peringatan yang sangat baik adalah tentang hakikat kehidupan didunia ini yang sementara. Manusia dihidupkan hanya sementara didunia, kerana ada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Kemudian, kelebihan, fadilah zikir, selawat, solat terawikh dan puasa. Selain itu penceramah boleh menambah mengikut keperluan tempat masing-masing.

Adalah sangat aneh, jika ada manusia yang takut dan fobia dengan tazkirah. Saya sendiri pernah menawarkan diri untuk memberikan tazkirah di masjid tertentu 15-20 minit sebelum azan solat Jumaat, seperti yang pernah saya lakukan di Masjid Selayang Pandang tahun 1998, akan tetapi peliknya di masjid yang baru ni, ada orang berkata, jangan...jangan bagi tazkirah, nanti orang marah? Ups... betul ke ada orang marah dengan tazkirah? Apa sebab ya?

Hmmm...padahal Tuhan berkata.."fainna zikra tanfaul mukminin" Sesungguhnya tazkirah berupa ceramah agama, peringatan dan sebagainya itu adalah baik...namun sayangnya...tak semua orang akan mendapat manfaatnya....tanfaul mukminin ianya bermanfaat, sangat berguna kepada orang-orang mukmin. Ya, mukmin.... Mungkin ayat ini boleh dijadikan sandaran jawapan kepada persoalan di atas....takut pada tazkirah...

"Inna Haazihi Tazkirah, faman syaaa azakarah" Sesungguhnya ini hanyalah peringatan, barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia akan mengambil manfaatnya.

Read more »

 
Sunday, August 29, 2010

Sambutan Nilam Sedaerah


Ucapan dari PK Akademik, Pn.Rabitah merasmikan pembukaan program

...

..

Pengawas Tahun 5

Foto Lengkap akan diburn dalam CD

Read more »

 
Wednesday, August 25, 2010

Pemergian..Satu Kehilangan


Ada 5 perkara dalam hidup ini yang manusia tidak tahu, ianya dirakam dalam sebuah ayat 34 surah Luqman.

Firman Tuhan yang ertinya, "Dan disisi Allah lah pengetahuan bilakah (hari) kiamat, dan bila Dia akan menurunkan hujan, dan Dia mengetahui apa ada dalam rahim seorang ibu, dan apakah yang akan manusia lakukan esok hari, dan dibumi manakah anda akan dikuburkan"
Kematian adalah satu hal yang sangat mustahak untuk difikirkan, kerana ia akan menamatkan seluruh lakonan hidup anak Adam. Namun ramai juga yang buat-buat tak tahu. Tak mahu dan takut memikirkannya. Lalu dibiarkan satu urusan hidup ini begitu sahaja, hari demi hari, bulan demi bulan, hingga tahunan, sehingga akhirnya....ajal datang menjemputnya. Sedang dia tak punya persiapan untuk itu.

Seringkali kita terdengar, apabila meninggalnya seseorang, akan ada orang yang berkata, "emmm dia dah habis, dah selamat dah...kita je belum tentu". Saya cukup tidak faham apa maksudnya.

Apa maksudnya dia sudah selamat? Adakah selamat dari membayar hutang rumah, kenderaan atau selamat dari apa? Yang pasti, dihadapannya, ada pertanyaan kubur yang sedang menunggu, ada azab, siksa dan nikmat. Mana-mana satu, pasti akan dirasai. Kalau anda tak percaya, silakan mati...

Adalah sangat menakutkan, jika orang yang berkata itu memahami seperti ini, dia sudah hidup dan selamat didunia, dan selamat menanti mahsyar....? Waduh...siapa bilang kita boleh selamat, padahal pakaian munafik pun belum kamu buang. Apakah orang yang ber title munafik akan selamat? Ya, kita semua pun tidak tahu siapa yang munafik. tetapi dizaman rasul, senarai list rekod orang munafik ada, Nabi save pada seorang sahabat, lalu ramailah yang datang bertanya, termasuk Saidina Umar, apakah nama aku ada termasuk sekali?

Kalau sahabat yang terang-terang dijamin syurga pun sangat risau, takut-takut mereka tersenarai sama, apalagi kita semua tuan-tuan. Dari itu, kita perlu buang pakaian munafik dan menyelubungi kita kalau ada. Salah satu caranya ialah, solat berjamaah 40 hari dan malam berturut-turut nonstop.

Jika tertinggal satu pada hari ke 10, (contoh), maka kena ulang sekali lagi dari mula. Alhamdulillah siapa yang pernah menjalani ibadah seperti ini. Bapa saudara saya, bercerita ketika hendak mengamalkan amalan 40 hari ini, masa tu dia masih sekolah menengah, waktu pulang sekolah tengah hari, semua surau dan masjid sudah habis solat, maka dicari-carinya kawan-kawan yang belum solat, untuk di ajak solat bersama....anda bagaimana?

Read more »

 

Pelajar PBS IPG Kampus Perlis


Buat pertama kali semenjak 2005, saya di posting ke sekolah ini, baru inilah kali pertama maktab menghantar pelajarnya mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Malia Mansor akan berada di sini selama 2 minggu. Selamat Menjalani Latihan... Dulu pernah seorang pensyarah maktab sebuah maktab sebut, "Kamu janganlah kalau boleh pergi sekolah tu (SK Bangi) sebab situ banyak orang Indon" katanya. Eh...ya ke sekolah ni banyak Indon?

Read more »

 
Tuesday, August 24, 2010

Hidup Ini Satu Wayang

Anda pernah melihat permainan wayang kulit? Namanya saja permainan, wayang pulak tu. Dalam permainan ini, sebenarnya hanya seorang yang berperanan sebagai kesemua pelakon yang ada dalam wayang kulit tersebut, (hanya suaranya lain-lain, bergantung watak, tua, muda, perempuan, bengis, sengau dll) manakala isi ceritanya, sudah pun di karang siap-siap, tinggal hanya menyampaikannya sahaja. Pemain ini dinamakan tok dalang. Bagi menyedapkan ceritanya, dia dibantu oleh pemain muzik yang akan bermuzik untuk menghidupkan jalan cerita di tempat-tempat tertentu.

Biasanya permainan ini mengambil masa yang lama, sehingga behari-hari malah berminggu-minggu. Tok Dalang tahu apa yang bakal terjadi esok hari kepada Raja, Tuanku Puteri, Wok Yoh, Said dan sahabat-sahabatnya. Maka dihidupkanlah watak-watak dalam cerita tersebut begitu berkesan sekali, dengan suaranya yang boleh berubah-ubah. Sang Raja dengan bengisnya, yang kurang cerdik dengan wataknya dan masing-masing berperanan sebagaimana patutnya. Begitulah yang garang dengan garangnya.

Namun...apabila tamat sudah drama bersiri itu, paling kesiannya, setiap malam apabila permainan tamat, Raja, tuanku Puteri, Wok Yoh, Pok Dogol dan semuanya akan dikumpul bersama dalam satu kotak yang dibuat dari kayu. (Itulah perbandingan sebuah kehidupan ini, raja, rakyat dan pemimpin,semuanya akan disimpan dalam satu tempat yang sama, iaitu kubur)

Sepatutnya "raja" di asingkan dari hambanya dan juga pengikut-pengikutnya, begitu juga dengan tuan puteri. Namun malang sekali nasib semua pelakon tadi, hidupnya berakhir disebuah kotak kayu.

Saudara, begitulah hidup ini, Tuhan tahu benar yang akan terjadi esok hari, bahkan lusa dan hingga kiamat. Siapa antara kita yang akan masuk syurga dan dilempar kedalam kawah neraka. Hal ini sudah tertulis, namun bukanlah membawa erti, jika seseorang itu ditakdir masuk neraka, dia tetap akan masuk walaupun berpuluh kali pergi menunaikan haji dan beribadat wajib dan sunat.

Berkaitan hal ini, Rasulullah pernah bersabda, "seseorang itu dipermudahkan kemana dia ditakdirkan" andai kata tertulis dia masuk syurga, maka senanglah baginya melalui lorong ke syurga, lorong atau jalan ke Zoo tak sama dengan jalan ke Sungai Buloh. Keduanya ada perbezaan, bisa mengerti ?

So, orang yang ditakdir ke syurga, mudahlah baginya untuk belajar jalan ke sana, ringan tubuh badannya untuk beribadah, senang hatinya dengan hal-hal kebaikan, suka dirinya untuk sentiasa mengkoreksi dirinya lalu memparbaiki untuk lebih mantap dan hampir dengan Rabb nya.

Berlainan dengan orang yang telah ditakdir ke neraka, jalan yang dia lalui pun tak sama dengan jalan ahli syurga. Orang panggil manusia tak makan saman. Cakap apa pun benda baik, dia bukan takut pun, orang berniaga bulan puasa, dia pun berniaga, masuk waktu orang solat, dia mana ada, solat kebarai, macam-macam alasan yang sudah ada, sibuk la, tak sempatlah, baju kotor lah, malulah, nanti orang tengok, nanti tak ikhlas...hmmm macam-macam alasan untuk masuk neraka.

Jadi, kita perlu melihat kembali diri kita, bahasa moden menyebut mengintropeksi diri sendiri, meneropong diri sendiri, apakah kita sedang berada dijalan menuju ke mana, cuba renung umur kita, sudah berapa tahun? Sekarang dan dulu apa beza dari segi ibadahnya? Ada peningkatan kualiti atau gitu-gitu jugak?

Lebih menakutkan jika menghayati hadis rasul ini "seseorang yang sudah pun sampai 40 tahun, tetapi perbuatan jahatnya mengatasi perbuatan baiknya, maka bersiap-siaplah untuk tinggal dineraka" waduh, sangat ngeri.... so, kita sudah berapa umur? Berapa tahun lagi nak capai 40, (kalau panjang umur), dari segi pakaian, menutup aurat macam mana kak? Dari segi solat sunat macam mana? What About sering mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan orang lain? Masih belum ubah lagi perangai lama yang sering melewat-lewatkan perintah Tuhan? hmmmmm...kalau begitulah kita, maka kita tak jauh bezanya dengan hadis tadi...

So, kita perlu fikir kembali, ke mana ita nak tuju akhirat kelak, hanya ada 2 destinasi akhir, last station, syurga dan neraka, tiada yang ketiga, mahu ke mana kita? Mahu lari ke kampung, atau bersembunyi di Siam, atau menyorok di Narathiwat? Mana ada lagi semua itu, semuanya sudah hancur digayang malaikat.

Lalu, kalau betullah matlamat anda hendak ke syurga, buatlah perubahan, hari hari mesti ada usaha nak berubah, dan mesti buat perubahan. Jika anda masih lalai dan leka, jangan marahkan sesiapa jika panggilan maut datang mengambil mu lebih awal.....dari yang engkau jangkakan...

Penulis (baju hitam kuning) sedang menemuramah seorang penagih di Lorong Hj Taib, Chow Kit Kuala Lumpur...apakah ini yang dicari selama ini dalam hidup ini

Read more »

 
Monday, August 23, 2010

Lebaran di Aceh Darussalam


Kami pelajar Malaysia bergambar di rumah Prof.Dr.Safwan Idris,MA, masa tu, beliau adalah rektor IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, beliau akhirnya di bunuh oleh oknum GAM yang tidak bertanggungjawab dirumahnya.

Read more »

 
Sunday, August 22, 2010

Pulang Dengan Kecewa, Satu Muhasabah

Seorang kawan saya bersama mertuanya datang dari Indonesia. Kisah ini saya paparkan sebagai bahan muhasabah kita dibulan yang mulia ini, itu pun setelah saya berfikir berkali-kali, apakah kisah ini boleh dipaparkan...?

Baik lah, setelah meneliti kisah ini, ada sisi tertentu yang boleh saya paparkan, sebagai bahan renungan kepada yang mahu berfikir..."afalaa ta'qilun". Secara kronologi, beliau dan isteri bekerja di sini selama sudah masuk 4 tahun dari 2006 di rumah seorang majikannya. Dek kerana sudah lama tinggal disini sebagai pengurus orang sakit lumpuh (bapa majikan), maka kawan saya (lelaki) mohon untuk pulang ke kampungnya. Kerana dia juga punya masa depan sendiri.

Kerja yang dibuat oleh kawan ini, pada saya tiada siapa yang sanggup lakukan. Kerjanya hampir 24 jam, jam 12 malam belum tidur. Semasa minta untuk pulang, sebenarnya majikannya amat terasa, siapa yang akan menjaga bapanya yang sedang lumpuh total, tidak boleh bercakap sepatah pun, bahkan makannya disuap susu melalui tiub ke lubang hidung. Hanya baring 24 jam di atas sebuah katil. Sedang ibunya pula sering berulang-alik ke IJN, dan sering juga tinggal diwad beberapa waktu yang lama. Sang isterinya lah waktu itu yang berperanan meneman ibu majikannya.

Sampai kecohlah pasal nak balik. HIngga akhirnya berlaku pertikaman lidah antara dia dan majikannya, entah apa sebab, majikannya terlepas dari mulutnya, "kalau engkau mahu pulang, kamu saja, anak dan isteri kamu tinggal disini." Semacam ada satu planning, perancangan rapi dari majikannya untuk memisahkannya dan isteri. Untuk makluman, anaknya lahir disini, kebetulan pada tarikh dia nak pulang ke Indonesia 3 tahun yang lalu. Mereka tak jadi pulang kerana terpaksa melahirkan anak dan mengurus berpantang disini.

3 bulan yang lalu (bulan 5) setelah beberapa kali minta untuk pulang, dia dihantar pulang ke Indonesia oleh majikannya, anehnya isterinya ketika itu tidak di uruskan pulang bersamanya, padahal sebelumnya keinginan isterinya untuk pulang sangat tinggi. Dan majikannya pun tidak menghantarnya pulang...dengan alasan...isteri kamu tidak mahu pulang.

Mau tak mau, kerana sudah lama ingin pulang, dia pun pulang lah dahulu, dengan harapan isterinya akan menyusul nanti sebagaimana janji majikannya. Kerana kata majikannya (perempuan janda) siapa yang dulu urusan paspot, dia pulang dulu. (Ah...dari gaya bahasa ini sudah sah ada planning darinya) Tunggu punya tunggu, setelah bulan berganti bulan, hampir 3 bulan, tiada khabar yang menandakan isterinya akan pulang. Sewaktu dia menelefon isterinya pun, tidak mahu bercakap.

Dengan wang pemberian majikan sebanyak RM4500.00 dia bekerja selama 4 tahun, dia mula mengatur langkah untuk mengambil isterinya, di usahakanlah buat pasport untuk ibu mertuanya, sedang bapa mertuanya kaki dipotong sebelah. Terpaksalah di tinggal di Medan dengan segala kesusahan untuk makan dan minum.

Setelah tiba disini, dia, mertuanya dan seorang sahabat, ke rumah tersebut untuk berbincang... al-keputusannya, isterinya masih berkeras tidak mahu pulang, dan seluruh isi keluarga majikannya menyokong isterinya, bukan memujuk supaya pulang, sedangkan anak sulungnya (perempuan) sudah dititipkan kepada orang lain, bila ditanya dimana anaknya, isteri dan majikan tidak mahu beritahu, padahal, mertuanya datang untuk melihat cucu kesayangannya yang belum dilihat lagi seumur hidup, kecuali sekeping foto semasa kecil. Yang lebih menyedihkan, isterinya tidak melayan ibunya sendiri yang menjaganya dari kecil sebagai mana layaknya dia melayani ibunya yang datang dari jauh.

Apalagi hati orang tua itu, hancur lah luluhnya, air mata tak henti mengalir. Harapan untuk membawa pulang anak dan cucu tidak kesampaian. Repot polis terpaksa dibuat untuk membawa pulang mereka berdua, namun polis sendiri setelah menjalankan siasatan, mengatakan, kuncinya sekarang terletak pada sang isterinya. Dia sendiri yang bagi tau tidak mahu pulang...entah apa alasan....

Hari ini, kawan saya menelefon bapa mertuanya, menyatakan bahawa pagi ini pesawat jam 10 akan berangkat ke Medan....sayup-sayup suara bapa bertanya.."Apakah bersama anak dan cucunya?" Oh...tidak...

Bayangkan, luluhnya juga hati orang tua disana...mereka terpaksa pulang dengan hampa. Anak yang dijaga selama ini tidak mahu pulang ke pangkuan suami dan keluarga. Apalah ayat, bahasa dan berita yang akan disampaikan kepada jiran-jiran disana, ketika mereka bertanya..dimana anakmu...? Mereka pasti akan bertanya...kerana selama ini, jiran pun, sedar hanya suami yang pulang, kenapa isteri dan anaknya tidak dibawa pulang.

Kawan saya mengeluh, apalah dosa saya? Bergaduh tak pernah, ribut pun tidak. Tapi dia tidak juga mahu pulang. Saya memang seorang yang miskin.

Saya ingin membayangkan kepada pembaca, kita semua datang dari alam ruh, datang ke sini sebentar cuma, dengan satu urusan yang maha besar, yakni menjadi hamba kepada Rabbul Jalil. Dengan tujuan kedatangan ini, kita ingin mengumpul Redha Allah, kasih sayangNya...dan dengan harapan, kita akan pulang mengadapNya dalam keadaan Dia menerima kita seadanya dan dimasukkan ke dalam syurgaNya...Tetapi, bayangkan tuan-tuan jika, itu semua tidak menjadi realiti? Apakah yang akan kita tanggung disana nanti?

Jika kawan saya, dia punya masa untuk datang lagi ke sini, terus berdoa dan memujuk isterinya, tetapi bagaimana dengan kita yang tiba disana nanti? Apakah masih ada peluang untuk kembali ke sini?

Read more »

 

Memperkasa Sekolah

20 Ogos 2010. BANGI.Sempena LADAP kali ini, pihak sekolah menjemput Puan Nor HainieAbu Bakar, Guru Besar SK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi untuk memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperkasakan sekolah.
Puan Nor Hainie

Guru Besar SK Bangi
Walaupun program ini diadakan dalam bulan Ramadan, yang mana guru beragama ISLAM disini berpuasa, namun tidak mematahkan semangat untuk hadir bagi mendengar perkongsian ini. Turut disampaikan ialah gambar semasa lawatan guru besar daerah Hulu Langat ke sekolah Kluster di Singapore baru-baru ini.

Seramai 56 orang hadir termasuk para staf SK Bangi


Wajah ceria walaupun berpuasa

Ada yang terpaksa bawa anak, begini cikgu..

Taklimat Selingan oleh PK HEM

Pengerusi Majlis...

Read more »

 
Thursday, August 19, 2010

Info Terkini dari JU Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pelaporan L4 bagi tahun 2010 sudah mula bergerak pada tahun ini. Justeru anda semua diminta untuk sentiasa melayari laman web rasmi L4 Tahun 2010 ini di http://www.ekaunseling.net/

Pada tahun ini juga kita akan menggunakan borang e-L4 bagi pelaporan di sekolah-sekolah dan Sistem Analisis L4 (SAL4 Versi 1.0) bagi JU Daerah dan Negeri yang akan diberikan kepada anda semua sedikit masa lagi.

Sekian

Mohd Fazlie
Web Team L4 2010

Read more »

 

Semua Manusia Dambakan Bahagia

Dulu, waktu sekolah menengah, seorang penceramah datang ke sekolah saya, dalam isi ceramahnya dia ada menyebut beberapa perkataan yang lucu bagi saya, perkataan tersebut ialah bodoh, hodoh dan tolol...bahasa ini bukan untuk menuduh murid, tetapi menimbul kesedaran...

Alangkah hancurnya hidup ini jika kita ada 3 perkara tersebut, sudahlah hodoh, bodoh dan tolol lagi. Saya sering bertanya pada murid klau kita hodoh, bodoh dan tolol..Agak-agaknya siapalah yang nak kat kita? Mau kamu semua benda ini terkumpul pada diri kamu? Semua geleng...

Hodoh.Baik, boleh tak kita ubah satu persatu, yang pertama, hodoh, boleh tak hodoh pada rupa di ubah? Tak boleh...jawab murid. Sebenarnya wajah boleh diubah, lihatlah Micheal Jakson, kan dia ubah wajah dia tu, haha, itu pembedahan, baiklah, tengok pula wajah penagih dadah, rata-rata wajah mereka seakan sama, kering, tua dan tidak bercahaya...kenapa? Sebab dadah telah merubah kehidupan dan wajah mereka. Sesungguhnya wajah kita boleh berubah. Jika kita sedih, wajah kita akan murung, sebaliknya jika kita bahagia, wajah kita menunjukkan ceria.

Bodoh.Bagaimana pula dengan bodoh? Apakah boleh ubah, ya bodoh pun boleh di ubah, sebab itu kita datang sekolah dan agama ISLAM mewajibkan semua penganutnya belajar. Tiada manusia dalam dunia yang lahir-lahir sudah pandai, tahu ABC, 123 dan sebagainya.

Tolol.Tolol ialah pada sikap.Sikap pun kita boleh ubah. Dari tidak baik, kepada baik, tuhan bawakan contoh bagaimana kalau kita nak ubah sikap, dalam Qur'an disebut nama Luqman, dia ialah seorang yang rendah, hitam dan rambutnya keringting macam negro, tetapi akhlaknya cukup mulia, sehingga nasihat-nasihatnya di abadikan dalam Al-Quran.

Orang bertanya padanya, bagaimana kamu boleh memiliki akhlak yang mulia, dari mana kamu belajar ? Jawabnya saya belajar adab dari orang yang tiada adab. Orang bertanya lagi, bagaimana kamu belajar adab dari orang yang tiada adab? Jawabnya, ketika saya duduk-duduk bersama orang ramai, saya mendengar orang itu mengadu si polan begitu dan begini yang tidak baik, maka saya pun menjauhi sikap-sikap tidak baik tersebut.

So, kerana akhlak yang baik bukan mudah untuk dijadikan darah daging kita, maka ianya perlu mujahadah secara berterusan sampai akhir hayat.

Read more »

 
Wednesday, August 18, 2010

Pemandangan Malam di PICC


Gambar ini saya rakam malam tadi jam 11.00 malam, ketika pulang dari pusing-pusing. Kamera tidak menggunakan flash pada waktu malam lebih cantik hasilnya dari kita buka flash.

Read more »

 

Penatkah Puasa


Menurut sejarah, ketika Tuhan mencipta Akal, tuhan mengarahkannya, "berpaling lah engkau ke sana" dia pun berpaling, "berpalinglah engkau ke sini"..dia pun berpaling."Siapa kau siapa Aku?" Tanya Tuhan, Jawab Akal, Engkau Tuhanku dan akulah hambaMu. Akal sejenis makhluk yang mudah mengalah apabila ia tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan. Akal tidak boleh menyelesaikan semua masalah dalam dunia ini, banyak hal yang tidak masuk akal kata orang.

Lain ceritanya dengan nafsu, apabila tuhan menciptakannya, kemudian tuhan mengarahkan dia bergerak seperti tadi, tetapi dia degil, tidak mahu patuh, kemudian tuhan bertanya, siapa engkau siapa Aku, Akal dengan sombong menjawab, "Engkau Engkau, aku aku". Kerana degilnya dia, tuhan rendam dalam api neraka panas selama 100 tahun, sesudah tamat tempoh dendanya itu, dia ditanya lagi, pun masih menjawab "aku aku engkau engkau", lalu tuhan rendam dia dalam api neraka lapar selama 100 tahun. Sesudah tamat tempoh tahanan reman tersebut, baru dia mengaku, "Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu".

Kerana itu, berpuasa menjadi satu syariat didalam agama ISLAM. Tujuannya untuk menundukkan hawa nafsu yang memberontak, yang degil dan melampau.Ada orang bertanya, boleh tak kalau kita buang nafsu, sebab dia banyak mengganggu kita? Tak boleh, nafsu ialah keinginan manusia, ingin makan, kahwin, hidup senang dan sebagainya, andai kata kita tidak ada nafsu, makan pun tak mahu... lama-kelamaan, kita akan meninggal..sebab lama tak makan, gara-gara tiada nafsu makan.

Yang perlu ialah kita manage nafsu kita, agar ia berlari dan berjalan sesuai mengikut tuntutan agama.

Read more »

 
Friday, August 13, 2010

Alamat Web Ini Terputus Seketika

Makluman buat semua pengunjung, blog ini boleh dilayari via 2 alamat (url), 1.http://norish77.blogspot.com dan (2) www.noorhisham.com, beberapa hari ini, url www.noorhisham.com terpadam seketika, lantaran kesibukan sehingga masa untuk me renew pun tak sempat.

Namun, pagi ini, saya sudah uruskan untuk menyambung semula, kerana alamat tersebut sangat mudah diingat oleh rakan-rakan yang pernah mengenali saya. Mudah-mudahan sehari dua ini ia akan kembali seperti biasa.

Sekian, terima kasih semua

Read more »

 
Thursday, August 12, 2010

Sambutan Bulan Panitia Agama Islam

BANGI. 13 Ogos 2010. Murid-murid tidak mahu bangun, walaupun acara perasmian pagi sudah selesai, ini semua gara-gara persembahan yang cukup menikam qalbu. Lagi pun suasana pagi masih belum habis, mentari pun seakan baru bangun tidur.

Berikut sedutan gambar yang sempat dimuat naik. Paparan Video juga turut dimuatkan, anda boleh menontonnya sedikit masa lagi.
Pengacara Majlis Dwibahasa








La, gambar cikgu lagi
Pemain Drum
Kumpulan Apa Ntah


Noorhisham Hamzah

Read more »

 
Wednesday, August 11, 2010

Bantulah Diri Untuk Berjaya

Salam, banyak cara untuk berjaya. Cikgu nak kongsi kan beberapa tips orang yang berjaya.

1. Yang pertama jiwa kamu hendaklah keras, mempunyai semangat yang kuat dan keras untuk berjaya. Kamu mesti katakan pada dirimu..."aku mesti mencapai segala impianku.." kerana aku memang boleh.."suatu masa nanti, pasti aku akan memiliki apa saja kemahuanku".

2.Bantulah juga dengan pemakanan, kerana kita memerlukan bantuan tambahan untuk menajamkan otak.



3. Hindari pelbagai masalah dengan rakan. Cuba bertenang, jangan bertindak melulu, kelak akan menyesal, kalau nak marah pun, periksa lah dulu, jangan terus tuduh dan pukul kawan, akhirnya bila soal siasat, ternyata bukan dia yang jatuhkan beg kita, tetapi jatuh sendiri.

4. Bayangkan. Sentiasalah membayangkan akan kehidupan kamu suatu masa akan datang, apabila kamu berjaya meraih kejayaan, bukan saja kamu, bahkan mak ayah dan seluruh isi keluarga kamu akan turut merasa bangga dan bahagia, kerana kamu satu-satunya anak yang berjaya.

5. Masa susah hanya sebentar saja. Segala kepayahan dan kesusahan yang kamu alami hanyalah bersifat sementara. Gunalah masa sebentar yang ada ini untuk bahagia selama-lamanya.

Read more »

 
Tuesday, August 10, 2010

Di Haribaan Mu


Ketika daku di pintu gerbang Ramadan,

Hati kembali sayu, teringat pada yang sudah pergi,
Sekian lama mereka bersemadi,
Jasad sudah menjadi ulat dan tanah meresapi,
Siapakah antara kita yang akan menyusul nanti,

Apakah kita boleh tunaikan kehendakNya,
Maksud sebenar, intinya dari berpuasa,
Apakah doa dan ibadah akan diterima
Untuk dipersembah di alam sana

Hidup disini hanya sementara,
bukan lama, sementara jua,
untuk di uji, siapakah antara kita
yang benar-benar mengharap akan redha

Yang sudah pergi, tak pernah kembali
entah apa yang mereka sedang rasai
mungkin gembira, mungkin sedang menangisi
akibat masa lalu, yang tidak di isi

Kita sini masih begini
hari-hari bersilih ganti
ada yang lalai, ada yang tak mengerti
bahawa hidup ini bukan abadi

Noorhisham Hamzah, 1 Ramadhan



2 orang dibelakang saya sudah meninggal di Jakarta

Read more »

 
Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Al-Mubaarak

Saya dengan penuh kerendahan hati, penuh rasa insaf, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan tahun ini, semoga kita semua berjaya menunaikan maksud sebenar inti dari ajaran berpuasa.

Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini, semoga jalinan ukhuwah terus kekal abadi.
Bookmark  and Share

Read more »

 

Apa Makna Puasa Jika Tak Solat?

Sebahagian umat Islam, solat yang tiap-tiap hari wajib dikerjakan ditinggalkannya, puasa yang datang setahun sekali, itu yang diamalkannya. Kenapa ? Nak minta diskaun dalam ibadah ke? Dalam ibadah ada diskaun jugak ke? Sebenarnya ada, dari solat 50 waktu, Tuhan dah bagi diskaun 5 waktu, dari solat full, kepada solat jamak jika bermusafir, itukan diskaun jugak. Tetapi, kalau solat dah 5 waktu, nak di kurang kan jadi sekali seminggu, itu kena buat agama sendiri lah.

Kasihan, melihat orang-orang ahli dunia mencari duit, pulun punya pulun, dari pagi sampai petang, tapi solatnya kebarai... ramai anda boleh saksikan di pasar Ramadhan.

So, pada kita yang berpegang pada iktikad bukan macam dia orang, berdoalah "Allahumma inna nas aluka, lisaanan ratban bi zikrika, wa badanan wayyinan layyinan bi too 'atika" Ya Allah, ku mohon LIsan yang lembut basah menyebut namaMu, dan badan yang ringan mengerjakan ketaatan padamu.

Semoga hadirnya Ramadhan kali ini, kita dapat memenuhi maknya-nya, dengan Ibadah penuh ikhlas mengharap redhaNya.

Firman Nya : "Wa ammaa man khoofa maqaama rabbihi, wa nahan nafsan 'anil hawa, fainnnal jannatal hiyal makwa "

Dan barangsiapa yang takut pada maqom Tuhannya, serta menahan dirinya dari kehendak hawa nafsu, maka sesungguhnya syurga lah sebagai balasan baginya

Bookmark and Share

Read more »

 
Sunday, August 8, 2010

Terlanjur atau Terzina atau Memang Berzina?

Satu tulisan yang bagus, saya petik dari pengarang terkenal.

“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.

Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”

Dia diam sambung

Bookmark  and Share

Read more »

 

Sambutan Bulan Patriotik

Bookmark and Share


BANGI. 09 Ogos 2010. Sambutan Bulan Kemerdekaan di SK Bangi di sambut meriah.Panitia Bahasa Melayu bertindak mengurus persembahan murid.



Guru-guru turut memeriahkan acara


Saksikan...

Read more »