Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.
Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,
Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,
agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku
Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat
Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
31 Julai 2010. Seramai 30 orang mahasiswi KUIS menghadiri program gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini. Mereka berada di sekolah jam 8.00 pagi, Pn.Norizah menyampaikan taklimat awal, kemudian acara sarapan pagi, akhirnya program utama di mulakan. Acara ini berakhir jam 12.00 tengah hari. Terima Kasih semua
No comments:
Post a Comment