Thursday, August 19, 2010

Semua Manusia Dambakan Bahagia

Dulu, waktu sekolah menengah, seorang penceramah datang ke sekolah saya, dalam isi ceramahnya dia ada menyebut beberapa perkataan yang lucu bagi saya, perkataan tersebut ialah bodoh, hodoh dan tolol...bahasa ini bukan untuk menuduh murid, tetapi menimbul kesedaran...

Alangkah hancurnya hidup ini jika kita ada 3 perkara tersebut, sudahlah hodoh, bodoh dan tolol lagi. Saya sering bertanya pada murid klau kita hodoh, bodoh dan tolol..Agak-agaknya siapalah yang nak kat kita? Mau kamu semua benda ini terkumpul pada diri kamu? Semua geleng...

Hodoh.Baik, boleh tak kita ubah satu persatu, yang pertama, hodoh, boleh tak hodoh pada rupa di ubah? Tak boleh...jawab murid. Sebenarnya wajah boleh diubah, lihatlah Micheal Jakson, kan dia ubah wajah dia tu, haha, itu pembedahan, baiklah, tengok pula wajah penagih dadah, rata-rata wajah mereka seakan sama, kering, tua dan tidak bercahaya...kenapa? Sebab dadah telah merubah kehidupan dan wajah mereka. Sesungguhnya wajah kita boleh berubah. Jika kita sedih, wajah kita akan murung, sebaliknya jika kita bahagia, wajah kita menunjukkan ceria.

Bodoh.Bagaimana pula dengan bodoh? Apakah boleh ubah, ya bodoh pun boleh di ubah, sebab itu kita datang sekolah dan agama ISLAM mewajibkan semua penganutnya belajar. Tiada manusia dalam dunia yang lahir-lahir sudah pandai, tahu ABC, 123 dan sebagainya.

Tolol.Tolol ialah pada sikap.Sikap pun kita boleh ubah. Dari tidak baik, kepada baik, tuhan bawakan contoh bagaimana kalau kita nak ubah sikap, dalam Qur'an disebut nama Luqman, dia ialah seorang yang rendah, hitam dan rambutnya keringting macam negro, tetapi akhlaknya cukup mulia, sehingga nasihat-nasihatnya di abadikan dalam Al-Quran.

Orang bertanya padanya, bagaimana kamu boleh memiliki akhlak yang mulia, dari mana kamu belajar ? Jawabnya saya belajar adab dari orang yang tiada adab. Orang bertanya lagi, bagaimana kamu belajar adab dari orang yang tiada adab? Jawabnya, ketika saya duduk-duduk bersama orang ramai, saya mendengar orang itu mengadu si polan begitu dan begini yang tidak baik, maka saya pun menjauhi sikap-sikap tidak baik tersebut.

So, kerana akhlak yang baik bukan mudah untuk dijadikan darah daging kita, maka ianya perlu mujahadah secara berterusan sampai akhir hayat.
 

No comments:

Post a Comment