Thursday, September 23, 2010

Bangunan sekolah ku dulu

Saya pernah menulis dalam blog ini, bahagian biodataku,bagi yg belum baca, boleh rujuk sini, sekolah menengah saya yang pertama, SMU Arab Darul Anuar Pulau Melaka, sekolahnya tiada berpagar, masa mula-mula datang saya disambut dibangunan separuh batu inilah. Tempat bernombor 1 adalah Idarah (pejabat) sekolah, nombor 2 ialah kelas saya.
Bangunannya separuh batu, lapangan yang kelihatan ialah tempat kami berhimpun setiap hari Ahad. Kini sudah di tar.

Waktu mula-mula datang, Ustaz Syafie yang jadi Mudir (Pengetua) di sini, ada Almarhum Ustaz Ali di sini (Batu 2). Bumbung di hujung bangunan (sebelah kanan) ialah kelas PASTI.

Tempat kami menerima pesanan oleh Ustazah Qomariah pun disini. (No 1).

Di atas tapak yang sama kini bangunan ini sudah tiada lagi, disini telah dibangun bangunan Maahad Tahfiz Darul Anuar 3 tingkat. Sebelah kanan ialah Masjid Pulau Melaka. Dari 1990 hingga 1995 saya bersekolah disini, 1996 saya tingkatan enam, walaupun sudah berpindah di SMU (A) Tarbiah Mardhiah Pancor Kemumin, saya masih tinggal di sini, menjaga adik-adik sebagai pengawas pondok.
 

No comments:

Post a Comment