Thursday, October 21, 2010

Guru Tak Mampu Menjaga Kamu


Januari 2011. Murid-murid tahun enam di semua sekolah seluruh Malaysia akan beralih sekolah, dan secara automatik mereka bergelar pelajar sekolah menengah. Usia 13 tahun di sekolah menengah adalah tahun kedua kamu melangkah alam remaja.

Banyak keinginan baru yang datang. Macam-macam nak dicuba, dari yang baik, hingga yang tak baik. Termasuklah menghidu gam, merokok, mencuba dadah ganja, dan sebagainya.

Cikgu-cikgu pastinya tak mampu untuk memberi nasihat lagi, jika kamu sudah terjebak, yang hanya dapat cikgu katakan adalah...jagalah diri mu baik-baik. Meniti alam remaja memang indah, tetapi perlu di ingat, kita adalah manusia, hamba kepada Allah. Title ini tidak akan pudar dan hilang sampai bila dan dimana pun.


Makanya inilah salah satu nasihat sebelum kamu pergi ke sekolah menengah, jagalah dirimu, maruah keluargamu, pelihara hubungan dengan Tuhanmu. Semoga Dia akan menjaga kamu kembali.
 

No comments:

Post a Comment