Thursday, October 7, 2010

Taukid : Dadah Itu Sial...


Kalau dulu, sehari 20 penagih berjaya ditangkap setiap hari, namun kini, 75 orang perhari, satu angka yang semakin melonjak. Pengerusi taman, guru bimbingan, boss kilang, boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah kesedaran terhadap warga masing-masing, supaya terhindar dari gejala penagihan. Ini kerana sekali manusia jadi penagih, selamanya dia akan menagih.

Seorang penagih lahir dari sebuah keluarga, semua ahli keluarga akan jadi macam penagih. Sekali menagih, dia telah membawa mala petaka ke dalam keluarganya, menyusahkan ahli keluarganya, isterinya, anaknya, ibubapa dan adik-beradiknya, menyusahkan jiran-jiran dan masyarakat dan negara terpaksa menghabiskan jutaan wang ringgit setahun untuk membatu penagih supaya pulih. Namun dia.... tetap dengan pendiriannya, dadah itu ubat...raja segala ubat katanya..sehingga porak peranda rumah tangga, hilang pekerjaan, hilang tempat tinggal, hilang saudara dan kawan-kawan baik, hilang TUHAN dalam hidupnya...

 

No comments:

Post a Comment