Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

JOM BELAJAR BERGURU

SELALUNYA MEMBACA DAN BELAJAR, JAUH BEZA, MEMBACA HANYA MENATAP, ADAPUN BELAJAR, KITA MENATAP, MENDENGAR DAN MELIHAT, DAYA INGATAN AKAN MENI...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Thursday, November 18, 2010
Planet Bumi yang kita diami ini mempunyai 1 bulan dan 1 matahari yang dikongsi dengan beberapa planet lain. Ketika kita ingin meraikan hari raya, kenapa timbul perbezaan hari sambutan, sedangkan semuanya melihat kepada BULAN yang satu.

Tidakkah, jika sebenarnya hari ini jatuhnya Hari Raya, PUASA pada hari RAyA adalah dikira HARAM?

Seorang Ahli Parlimen bercakap tentang hal ini, dan saya menulis untuk renungan kita bersama.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.