Wednesday, November 17, 2010

Kisah Jubah Ini

Semasa saya menuntut di Aceh, ada sebuah kisah berkaitan jubah yang saya pakai ini.

Saya bertemu dengan seorang hamba Allah, namanya Pak Khalid, berasal dari Padang, tubuhnya tinggi besar, ketika beliau menetap di Dili, atau lebih dikenali Timor Leste (Lorosai), Timor Leste (maknanya Tanah Mutiara), beliau di panggil Jesus oleh orang-orang di sana.

Entah apa yang ada pada penampilan tubuhnya, beliau di datangi dan di peluk oleh orang yang melihatnya seperti Jesus (pada pandangan mereka).

2001, saya ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam rangka mewakili Mesyuarat dari setiap propinsi di Indonesia, saya dan Abu Hanafiah mewakili mahasiswa Banda Aceh.

Mesyuarat sempena 31 Ogos. 11 September, tahun yang sama, WTC di New York di tabrak 2 pesawat, 3 hari kemudian saya berkahwin di Jakarta tepatnya 14 September 2001.

Beberapa hari sebelumnya, saya ke rumah Pak Khalid di Jakarta Selatan, beliau memberikan pada saya jubah ini, supaya di sampaikan kepada Pak Amir Banten yang sedang berada di Kampung Jawa Banda Aceh.Sebelumnya beliau berhutang dengan arwah Pak Amir, dan katanya jubah inilah sebagai ganti wang yang dipinjam tempoh hari ketika berjuang di Timor Leste.

Saya membawa jubah ini ke Aceh menaiki kapal Kelud 8 tingkat selama 2 hari 2 malam dari Jakarta ke Medan, kemudian Medan ke Aceh memakan masa 1 malam. Tiba di Aceh, saya berkompromi dengan Pak Amir kerana sukakan jubah hitam ini, saya bayarkan wang hutang Pak Kholid, Rp 500,000.

Ya, 500 Ribu Rupiah, lebih kurang RM178.00. Lama saya tak menyarung jubah ini, hanya semalam, kerana ingin berhari raya, saya mencarinya semula.

Untuk catatan, kedua namanya, Pak Kholid dan Pak Amir Banten, kedua-duanya sudah meninggal dunia di Jakarta. Al-Fatihah untuk mereka.

Saya duduk, Pak Kholid berdiri 2 dari kiri. Lokasi di Pulau Sabang, Banda Aceh, Indonesia, Tahun 2002

Berita Pak Kholid berada di Timor Leste masuk surat khabar Berita Harian di Malaysia pada tahun tersebut. Wartawan Malaysia kalau tak salah namanya Azelezah Malik telah menulis panjang lebar perihal warga Muslim di Timor Leste yang berjuang untuk mengekalkan nama bumi itu dari menjadi Negara Katolik Total. Akhirnya perjuangan mereka tidak berjaya, kerana warga muslim masih ada di Masjid An-Nur, Dili.

Pulau Sabang yg kecil di atas

Untuk catatan juga, Sabang adalah tempat kami warga IAIN berpraktikum selama 3 bulan untuk menyempurnakan pengajian Sarjana Muda. Praktikum atau disana dipanggil KaKaEn (KKN) Kuliah Kerja Nyata memang penuh suka duka. Saya menaiki feri menempuh 2 jam di lautan dari Pelabuhan Malahayati setiap minggu berulang alik ke Banda Aceh.

Saya dekatkan lagi gambaran Pulau tersebut


UPDATE

Jubah ni sebenarnya besar, tak padan dengan saiz saya, labuh sampai ke tanah. Seorang ibu, tukang jahit, kami panggil Bu Buyung, kerana suaminya nama Pak Buyung, dengan rendah diri mahu tolong ubahsuai jubah ini.

Saya berikan dengan suka hati. Akhirnya dia, meninggal dibawa arus tsunami bersama anak-anaknya, Dayat, Ratih, hanya Ir dan Rara yang tinggal bersama suami.Al-Fatihah untuk ke sekian kali buat mereka.
 

No comments:

Post a Comment