Friday, December 3, 2010

Ziarah ke rumah Ramdan Nanyan


17 Tahun yang lalu, tepatnya 1993 saya ke rumah Ramdan Nanyan di Jengka 13. Waktu itu ayahnya buka kedai membaiki motosikal. Hari ini, saya berangkat dari Kota Gelanggi 02, ke Jengka 13. Tujuannya mencari rumah Ramdan.

Tetapi sayangnya, beliau sudah pindah, dari jiran nombor telefonnya di perolehi. Saya ke Temerloh melalui Kuala Krau. Dan sedih juga mendengar, pemergian bapanya setahun yang lalu. Pemergiannya bapanya gara-gara diserang stroke.

Gambar Ramdan, 36, di belakang saya 17 tahun yang lalu. Dulu pun beliau suka mengaji Quran di dalam masjid. Kini beliau menjadi guru mengajar Quran di rumahnya untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Berikut adalah gambar terbarunya bersama keluarga di Temerloh saya rakam,

Anak Ustaz Ramdan 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan. Isterinya mengambil upah menjahit pakaian. Setelah habis SPM di SMUDA, beliau ke Kedah, seterusnya ke Mesir, balik dari sini menjadi guru agama selama 4 tahun di sekolah agama rakyat dengan gaji RM400.00 sebulan.

Gara-gara bantuan ke sekolah agama rakyat ditarik balik, murid semakin berkurangan, guru-guru pun semakin sedikit, akhirnya sekolah itu katanya, terpaksa di tutup. Untuk makluman, sekolah itu milik Ustaz Haji Baqi, Chenor.

UPDATE

Buat pembaca setia blog saya, hayati Hadis ini, Barangsiapa menghubungi (tali) silaturrahim...akan dipanjangkan umurnya.Anda mahu panjang umur? Biasanya semua orang tak nak mati awal..katanya amal belum cukup, saya kembali bertanya, kira-kira umur anda berapa tahun, yang masa tu dikira amal dah cukup? Yang mana kalau Malaikat nak cabut nyawa,,,dikira ah..dah boleh lah cabut,sebab amal dah cukup....
 

No comments:

Post a Comment