Monday, July 18, 2011
Wednesday, July 13, 2011

Hargai Masa

Indahnya beribadat jika kita tahu apa yang kita buat. Indah menjadi imam, indahnya menjadi makmun bila kita tahu makna bacaan Al-Quran ketika sholat. Wahai saudaraku, jika ada lagi usia mu yang Tuhan kurniakan, sedang anda sudah pun pencen dari kerja, carilah guru untuk belajar bahasa Arab.

Sayangnya kesibukan saya tak dapat untuk mengajar Bahasa Arab lantaran kesibukan masa. Kalau tidak, saya sendiri boleh mendalami lagi bahasa Syurga tersebut.

Read more »

 
Tuesday, July 12, 2011

Panduan Menjalankan Sesi Secara Mudah

Hari ini, saya siap menjalankan 1 sesi kaunseling individu dan 3 sesi kaunseling kelompok.3 Kelompok tersebut adalah terdiri dari :

1. Murid perempuan kelas 4 Jupiter (new)
2. Murid lelaki kelas 4 Jupiter (new)
3. Sesi kelompok yang ketiga adalah kelompok sukarela.

Bayangkan, murid datang sendiri nak adakan sesi kelompok.

Saya : Cuba tanya guru kelas, kalau di izinkan kamu boleh lah adakan sesi disini. Setelah kembali dari kelas, Cikgu Hizbullah benarkan, tetapi mesti siapkan kerja katanya.

Cara Pelaksanaan Sesi kelompok berfokus ini sudah saya terangkan pada artikel sebelum ini. Tamat sesi tadi, (sesi kedua) saya rakamkan secara sukarela (bukan paksaan), apa yang mereka dapatkan dari sesi itu. Dan ini adalah rakaman suara tersebut. Klik Sini . Apa anda dengar? Semua yang bercakap itu sebenarnya dalam keadaan menangis dan menahan tangisan. Ada 4 orang yang kurang menangis, saya asingkan, habis pertemuan, mereka dipanggil semula untuk sesi refleksi.

Kenapa menangis?

Mereka sebenarnya sedang menasihati kawannya, yang mana kawan tadi secara sukarela pula ingin dibantu. Ketika mulut mereka bercakap-cakap, air mata mereka sendiri yang mengalir, ada perasaan jernih dalam diri mereka, hakikatnya mereka sedang menasihati diri sendiri.

Boleh ke TANGISAN dijadikan UKURAN Motivasi?

Saya tidak kata begitu, tetapi kita dapat rasakan, betapa sukarnya MATA ingin menangis jika tidak MENYENTUH PERASAAN kan. Sei ini, cukup membuat mereka tersentuh, dan terkeluar dari mulut klien, saya ingin berubah. YES... itu yang kita mahukan.

Cukup ke Sekali Sesi?

Ubat yang doktor berikan, tidak cukup sekali, ada yang kena minum terus, walaupun rasa macam sudah sembuh. (Antibiotik). Begitu juga dengan sesi, boleh jadi sekali sudah memadai, dan boleh jadi, kena ulang lagi.

Untuk makluman, hasil dari sesi ini, kita boleh memerhatikan, siapa yang masih "unfinish bisness", klien yang telah tag kan tadi, boleh dipanggil untuk sesi individu keesokan harinya. So, bilik kaunseling sentiasa ada klien. Tak ada lagi masalah "sukar mendapat klien".

Oh ya.. kata kawan-kawan, untuk buat sesi tu sukarlah, kami kurang dapat kerjasama dari guru-guru lain. Sebenarnya kita boleh buat sesi itu masa diberikan kelas ganti. 1 jam kelas ganti, cukup untuk sesi kaunseling kelompok kali pertama. Jika nampak tak selesai masalah tadi, boleh diadakan sesi lanjutan.

Read more »

 
Monday, July 11, 2011

BROSHURE SK BANGI


BROSHURE SK Bangi 2011.

Read more »

 

Hanya Mereka Yang Takut Akan Tuhannya

Sesungguhnya orang yang mendapat peringatan adalah orang yang TAKUT akan tuhannya dengan perkara yang GHAIB, serta mendirikan solat, barangsiapa yang membersihkan, maka dia memBERSIHkan akan dirinya dan kepada ALLAH tamat segala kesudahan.


And no bearer of burdens will bear the burden of another. And if a heavily laden soul calls [another] to [carry some of] its load, nothing of it will be carried, even if he should be a close relative. You can only warn those who fear their Lord unseen and have established prayer. And whoever purifies himself only purifies himself for [the benefit of] his soul. And to Allah is the [final] destination.


Read more »

 
Saturday, July 9, 2011

BERSIH : Apa Kaitannya Dengan Jiwa?

"Qod Aflaha man tazakka, wa qod khoo ba man dassaahaa". Sesungguhnya berjaya lah orang-orang yang membersihkan dirinya, dan rugilah orang yang membiarkan dirinya kotor".

Persoalan BERSIH, ternyata ada disebut dalam Qur'an, apalagi jika diperhatikana ayat ini "Yau ma laa yan fa u maalun wa la banuun, illa man atal laha biqalbin salim, " Hari Akhirat itu adalah hari yang TIADA GUNA lagi segala harta benda dan anak-anak, kecuali orang yang MENGHADAP ALLAH dalam keadaan hatinya SALIM. Yakni Selamat.

Ulamak tafsir menghuraikan didalam kitab Tafsir Jalalain, makna JIWA yang SELAMAT ialah jiwa sudah mendapat keampunan atas dosa-dosanya.

Adapun, BERSIH yang ingin dibawa oleh sekelompok manusia di Malaysia, adalah bertujuan menuntut, pilihanraya yang bersih dan ADIL, dikeranakan mereka telah berdepan dengan beberapa pengalaman selama ini, kononnya wujud ketidakadilan. Sebagai contoh, nama orang yang sudah meninggal, tetapi masih ada dalam daftar, malah boleh datang mengundi, sebuah rumah, didiami oleh puluhan nama-nama, sampai 66 nama. seorang, boleh mengundi 2 lokasi yang berbeza. Inilah contoh-contoh mudah yang masih belum berjaya ditangani.

Artikel ini, tidak ingin menghuraikan panjang persoalan BERSIH yang itu, anda boleh dapatkan maklumat dalam internet yang bersepah wujudnya, boleh mentelaah sendiri. Buat kesimpulan sendiri.

Persoalan bersih, memang menjadi kesukaan manusia yang normal, bersih jiwa, bersih tutur kata dan perbuatan.

Menurut agama, apa yang terlahir diluar adalah merupakan menifestasi apa yang ada didalamnya. Yang diluar adalah tingkah-laku, tutur kata, dan sebagainya, sementara yang didalam adalah hati yang laksana raja.

Said Hawwa didalam kitabnya, "Tazkiyatun Nafs". Secara panjang lebar menghuraikan betapa pentingnya seseorang mukmin mensucikan jiwanya, ini kerana katanya, jiwa (ruh) seseorang manusia yang akan mengembara ke alam barzakh menemui tuhannya. Bukan jasad, bukan tubuh badan. Kerana badan akan hancur dimakan ulat didalam tanah nan sempit.

Ketika seseorang meninggal dibawa ke hadapan untuk disolatkan, seseorang akan berkata, "tolong bawa mayat itu ke depan". yang dipanggil adalah MAYAT, bukan Dato Sri, atau Panglima, Guru Besar dan sebagainya, persoalannya, dimana Dato Sri, Guru Besar dan Panglima tadi? Jika selama ini dia di agung-agungkan, segala tuturnya, menjadi pekeliling yang mesti dipatuhi, akan tetapi hari ini, ketika jasadnya kaku tak bergerak, dimana dia? Dimana DIA??

Inilah hal yang dilupakan sebahagian orang. Yang berfikir hidup ini hanya disini sahaja, apa mahu jadi bila aku mati besok, itu lain cerita. Terserah anda jika mahu berfikir seperti itu, kerana kebebasan berfikir di alam yang luas ini tiada sekatan.
Namun sesekali cuba renung, siapa kita sebenarnya di dunia yang luas ini, cuba lah sesekali berada di tepi pantai, lihatlahlautan yang luas dan maha dalam, bandingkan dengan kekerdilan kita dibanding dengan lautan itu. Sanggupkah anda duduk dalam lautan api nanti, jikalah luasnya lautan api itu sama dengan lautan di depan mata anda?

Lalu berfikirlah lagi, untuk apa anda didatangkan ke dunia ini, dan berapa lama lagi anda harus berada disini, kemudian dari itu, kemana anda akan dibawa?

Segala harta dan anak-anak yang telah anda perolehi didunia ini, semuanya tidak boleh membantu anda lagi saat itu. Hanya amalan anda yang boleh membantu anda.

Ya... Amalan.... amalan yang disertai dengan ilmu. Apabila anda baca Qur'an dalam solat, anda tahu apa maknanya, bererti anda baca dengan ilmu. tetapi jika anda hanya baca Fatihah, tetapi kosong dari makna, maaf, anda dan radio sama sahaja.

Ada manusia yang tidak mempedulikan ini semua, yang penting dia kaya, hidup terhormat, dijulang dan di sanjung.

Terserah dia, itulah nikmat sementara di muka bumi. Padahal yang ada di akhirat itu, jauh jauh jauh lebih hebat, canggih, berkualiti, indah, kekal abadi ia selama-lamanya. Tidak busuk dan berkulat, tidak basi dan berkarat. Tidak pudar dan layu. Untuk siapa? Untuk manusia dan jin yang sanggup BERPERANG dengan kehendak dirinya yang MENYIMPANG dari kehendak Allah Taala.

Ketika tuhan menyuruh hambaNya menutup aurat, dia memakai seluar pendek hingga menampakkan lutut, itu menyimpang namanya, ketika masuk waktu Maghrib, tetapi dia lepak diwarung kopi sampai Isya...itu menyimpang namanya. Ketika tuhan suruh takut padaNya, akur perintahnya, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai tuhan.Itu menyimpang namanya.

Ingatlah... kita tidak sudah disini, perjalanan, dan pengembaraan kita masih jauh, ada 2 alam di hadapan kita, pertama alam barzakh dan kedua alam akhirat. apa yang perolehi disini, semuanya bagaikan fatamorgana, pangkat GURU BESAR, Pengetua, Pengarah dan semuanya akan ditinggalkan.Sijil-sijil yang kita dapat semasa konvokesyen, tak satu pun disumbat dalam kubur kita nanti.Ya kan. Apalagi APC, Anugerah itu ini, pangkat itu ini, itu semua tak lebih dari PERHIASAN semata.

Yang dibawa ke alam kubur adalah keSOMBONGan dirimu, yang disusuli dengan ego dan harga diri yang tak seberapa. Yang dibawa adalah JAHIL. Kasihan kalau kita tergolong dalam golongan ini bukan?




Read more »

 
Thursday, July 7, 2011

Tak Perlu Kata Apa-apa






........more....................

Tak perlu kata apa-apa... senyuman yang lahir tulus ikhlas.

Read more »

 
Wednesday, July 6, 2011

Saya Insaf Cikgu

Sejurus tamat sesi kaunseling berkelompok berfokus, saya memanggil 2 orang ahli baru. Ahli ini baru saja mengikuti program ini dan inilah pertama kali dia ikut. Saya perintahkan, Duduk…. Apa pendapat kamu dengan sesi tadi? Bagus cikgu…. Apa perasaan kamu tadi (waktu sesi)? Ahli kelompok ini terus menangis. (Padahal bukan dia yang menjadi sasaran.)

Kenapa dia pun seakan mahu menangis dan menangis? Sebabnya (kata dia) kerana dia turut merasakan perbincangan tadi seperti ditujukan kepadanya. Semasa ahli kelompok menuju kan bahan perbincangan kepada objek sasaran. Klien lain turut merasakan benda yang sama. Bahkan ada ketikanya ahli kelompok turut menangis ketika bercakap, terutama ketika menyebut tentang kesusahan ibu mengandung dan melahirkan klien.

Inilah yang saya temui, sesuatu hal yang baharu, apabila dapat membina sebuah kelompok yang mampu berkomunikasi, memberi pendapat dan nasihat kepada ahlinya. Syabas anak muridku, walau pun baru tahun 6, tetapi sudah mampu menjadi seperti seorang kaunselor.

Latihan seperti ini membuatkan mereka sendiri menjadi matang didalam berfikir, nasihat kepada orang orang sama seakan menasihati diri sendiri.

Ketika ini, tugas kita sebagai kaunselor mudah. Mereka sesama mereka memberi nasihat. Ketika saya sendiri memberi nasihat, jarang air mata jatuh kerana keinsafan, tetapi tidak, sesi ini mampu, bahkan hanya beberapa patah, beberapa minit sahaja, air muka sudah kemerahan, tertunduk dan mata pun mengalir air jernih.

Ketika ditanya, mengapa kamu menangis. Saya merasa insaf cikgu…. Rasa semacam mahu membikin sebuah filem, untuk perkongsian dengan rakan-rakan yang lain, bagaimana saya adaptasi teknik ini, yang saya gabung dari sesi kelompok biasa dengan sesi kelompok "peer" di pusat serenti. Tujuannya adalah untuk memodifikasi tingkah-laku.

Ketika kaunselor SMK Pandan Indah menghubungi saya untuk mengadakan program terhadap sekelompok murid yang bijak. Saya menyodor kan program seperti ini.

Read more »

 

Hantu di Kuantan-Gambang

KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.


Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.


“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.

“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.


Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.


Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.

“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.


“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.

“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.


Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.


Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.


Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.


Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.


“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.


Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.


“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.


“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.

Read more »

 
Tuesday, July 5, 2011

Jadual Program

14 Julai 2011 - Shah Alam Bersama Guru Besar

17 - Julai 2011 SK Bukit Rimau.

Solat Maghrib, Bacaan Yasin, Solat Hajat, SOlat Isya, Ceramah Motivasi... Tahajud, Solat Subuh,Tazkirah Subuh

20 Julai 2011 - SMK Pandan Indah-

23 Julai 2011 - SK Lembah Jaya - Parenting



Read more »

 
Sunday, July 3, 2011

Kebakaran di Pekan Bangi

Sabtu. 02 Julai. 2011. Penduduk di sekitar pekan Bangi dikejutkan dengan insiden yang sangat mengejutkan ini. Deretan kedai-kedai gunting, hardware, kedai makan dan perabot habis di telan si jago merah. Jam 2.45 pagi, bermulanya di kedai makan paling kanan, kemudian memamah dengan rakusnya papan-papan yang ada disampingnya. Hal ini membuat kereta Bomba tak sempat menyelamatkan kesemuanya.

Untungnya tiada nyawa yang melayang.

Read more »

 

Larian 1Malaysia di SKB


Larian ini telah dilepaskan oleh Puan Siti Zaharah, Guru Besar SK Bangi
Bukan sahaja murid, malah guru dan staf turut serta

Read more »

 

Contoh Laporan Sesi Kaunseling Kelompok BERFOKUS

Isi Perbincangan : Kaunselor menerangkan tujuan sesi ini adalah untuk memperbaiki tingkahlaku salah seorang dari ahli kumpulan yang dikira menghadapi banyak masalah atau bermasalah. Majoriti telah memilih SI AMAT untuk dijadikan klien Objek sasaran. Klien Objek Sasaran .KOS

KOS di minta keluar dahulu. Kaunselor memohon kerjasama ahli lain supaya dapat menggunakan masa yang ada semaksima mungkin. Mohon semua bercakap untuk membantu KOS.

KOS di panggil masuk. Sesi bermula. Rakan-rakan mengeluarkan perasaan masih-masing, tingkah laku KOS yang mengganggu rakan dan guru dalam kelas. Suka ejek kawan, berlagak dan suka cakap banyak, malah menjampuk guru semasa guru mengajar.

KOS terkejut. KOS diminta menjawab segala “pertuduhan rakan-rakan”. Klien kurang memberi kerjasama, enggan bercerita masalah yang sebenar.

Ahli memberi nasihat, minta tumpukan pelajaran, tidak menggangu rakan. Berhenti ejek kawan. KOS diminta menyatakan perasaannya tentang sesi hari ini. Apakah mesej-mesej yang telah diterimanya.

Sesi di akhiri dengan bersalaman.

Read more »

 
Friday, July 1, 2011

Teknik Kaunseling Kelompok Berfokus

Saya sedang mengaplikasi teknik kaunseling kelompok berfokus kepada murid-murid yang mampu diharap untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Walaupun "Bimbingan" lebih mendominasi di sekolah rendah, namun teknik "Kaunseling" tidak ditinggalkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, apabila klien adalah dari murid tahap 2, khususnya tahun 5 dan 6. Kerana, ditahun 6, murid sudah pun agak matang.

Impak Sesi

Setelah mengadakan teknik ini, murid semakin dekat dengan saya, sering ke bilik kaunseling dan sering bertanya, bilakah lagi sesi itu nak diteruskan.

Pemilihan Klien

Klien dipilih berdasarkan kesamaan jantina, jika lelaki, lelaki semua, jika perempuan, maka perempuanlah semua. Tujuannya adalah untuk memudahkan sesi komunikasi. Kalau boleh jumlah klien tak melebihi 10 orang.

Objektif Sesi dijalankan

Sesi ini sangat berguna untuk memperbaiki mutu prestasi akademik murid dan sikap mereka. Kerana mutu akademik sangat berkait rapat dengan sikap. Dengan kata lain, untuk memodifikasi sikap murid, baik terhadap pelajaran, sikapnya dengan guru dan dengan keluarga di rumah. Ianya merangkumi semua aspek kehidupan, lokasi dan masa. Jimat masa, sekali sesi, banyak perkara dapat disentuh.

Corak Perjalanan Sesi

Klien mengambil tempat, duduk bersila secara bulatan, atau pun di atas kerusi. Kaunselor menerangkan, tujuan sesi kaunseling kelompok hari ini adalah untuk membantu ahli didalam sesi ini. Ahli yang akan dibantu adalah terdiri murid yang menghadapi terlalu banyak "masalah". Baik masalah tingkah-laku mahupun akademik.

Kaunselor meminta setiap ahli menyarankan, siapakah orang yang kamu pilih untuk dijadikan sasaran hari ini, dan siapkan alasan kamu. Kalau kamu pilih Si Mat, nyatakan apalah alasan kamu memilihnya.

Setiap orang menyatakan siapakah orang yang paling layak dipilih bagi sesi kali ini. Kaunselor memutuskan, siapakah yang paling banyak mendapat "undian" untuk dipilih.

Contoh :Saya memilih di Si Mat, kerana dia banyak main dalam kelas, lagi pun keputusan peperiksaan dia baru-baru ini teruk cikgu.

Klien yang dipilih, diminta bersedia, kaunselor menyatakan tujuannya adalah untuk membantu masalah yang dihadapi. Kamu jangan tutup diri kamu, kamu mesti buka diri kamu, kerana kawan-kawan ini semua, akan membantu kamu. Jika kamu tutup diri, sesi ini sia-sia.

Klien yang dijadikan sasaran telah pun bersetuju, dengan lapang dada kamu kena terima apa yang akan kawan-kawan kamu sebut dan bangkitkan, sebab mereka kenal siapa kamu sebenarnya. Dari darjah satu hingga sekarang kamu berkawan dengannya, semuanya mereka hampir tahu akan hal kamu.

Ahli paling kanan, atau dipilih secara rawak akan bercakap. Mat, aku tengok engkau ni, asyik merudum sahaja sejak akhir-akhir ini. Apa masalah kamu sebenar hah? Dulu aku tengok kamu bukan macam ni, dalam kelas pun tak duduk diam. Asyik berjalan dan ganggu rakan yang lain.

(Klien Objek Sasaran (KOS) tidak dibenarkan menjawab kritikan kawan, hanya menerima sahaja kritikan kawan-kawan ini) KOS akan di kritik sehabis-habisnya sehingga mukanya berubah.

Emosinya dimainkan. Perasaannya dikaitkan, dengan ibu bapa, adik-beradik dan orang sekelilingnya.

Ahli kedua menyambung, Mat, aku bukan nya baik sangat pun, aku macam kamu juga, namun aku sangat kasihan melihat markah kamu baru-baru ini dapat 2C dalam ujian UPSR, kamu tak kesian ke pada mak ayah kamu? Kamu bukanlah tak pandai pun, aku tahu siapa kamu, ini mesti kamu adalah masalah, apa masalah kamu sebenarnya ?

Klien ketiga menyambung, satu lagi Mat, betul cakap kawan-kawan tadi, engkau pun satu, kalau main facebook, sampai lewat malam, mak ayah engkau tak marah ke? Aku pun main facebook jugak. Tapi tak lah sampai 2C macam kamu.

Ketika ini KOS sudahpun semakin ranap perasaannya. Segala perbuatannya selama ini dibongkar oleh rakan-rakan sendiri didepan kaunselor. Matanya mula berkaca-kaca. Kebenaran tak dapat di tutup lagi.

Setelah habis semua ahli bercakap dan membantai klien tadi. Kaunselor mengambil alih. Mat.... cikgu dah dengar tadi, apa yang telah kawan-kawan sebutkan. Hari ini, cikgu nak kamu berterus terang, apa masalah kamu sebenarnya, cuba jawab semua masalah yang rakan-rakan sebutkan tadi, kamu mesti buka diri kamu, jangan tutup-tutup, kalau kamu tutup, kami susah nak bantu kamu.

Klien KOS mula bercakap, membenarkan apa yang sahabatnya sebut tadi. Kemudian dia mula menyebut masalahnya di rumah dengan adik-beradik, dengan ibu, ayah dan dengan kawan-kawan yang dia tak suka. Terbongkar lah sudah kini,apa sebab dia merudum dalam pelajaran. Akibat sering bergaduh dengan adik, berebut tempat belajar, dibuli abang, tak cukup masa dan tension sangat.

Mengangkat Semula Setelah Down

Habis semua masalah dia sebut. Kaunselor mengembalikan semula pada ahli sesi untuk menasiha KOS. Seorang demi seorang memberi nasihat. Kaunselor bertanya, apa perasaan KOS dan apakah dia boleh menerima nasihat kawannya. KOS ternyata berjanji akan ubah sikap. Tidak berjalan dalam kelas lagi semasa guru mengajar. Akan bertanya jika tak faham. selama ini dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Akhirnya, sesi ditutup dengan nyanyian lagu "Teman Sejati". Semua ahli berdiri dan berpegangan bahu, akhirnya.... semua bersalaman sambil memeluk sahabatnya.

Kepada ahli lain saya bertanya, apa pandangan kamu tentang sesi tadi? Bagus cikgu katanya. Apa sebab? Saya pun dapat rasakan kesalahan itu ada pada diri saya. Sesi akan datang mungkin saya pula yang kena.

Demikianlah yang telah saya buat. Dan akan teruskan. Ahli-ahli nya saya akan ganti dengan ahli baru, supaya yang ahli lama yang sudah faham perjalanan sesi ini, dapat memainkan peranan dengan baik.

Anda ada pendapat untuk artikel ini?

Read more »

 

Selamat Jalan

Dunia ini tak lebih seumpama wakaf, kita datang dan singgah sebentar, kemudian pergi, lalu orang lain mengambil alih tempat kita tadi. Dalam pemerintahan begitu, dalam dunia begitu, dalam sekolah pun tak lepas dari "itu".

Harta, pangkat, nama, dan segala-galanya adalah pinjaman sementara, yang kekal hidup terus abadi adalah ALLAH Taala. Kata orang (kalau) harimau mati meninggal belang, dan jika manusia mati meninggal nama.

Namun, apa yang terjadi, ramai juga manusia yang mati, sesudah sekian lama dia meninggal, kubur pun tiada, nama pun hilang, dikenang orang pun tidak. Apakah... relevan pepatah tadi? Ya..pepatah manusia mati meninggal nama.

Bagi orang yang banyak jasanya, sudah pasti namanya terpahat dalam sejarah, terukir dalam jiwa manusia, selagi manusia yang menerima jasa itu hidup, itupun selagi yang "berjasa" tidak menutupi jasanya dengan kejahatan. Alangkah bagusnya jika nama kita terus ada, terus disebut-sebut setelah ketiadaan kita, setelah sirna wujud kita di muka bumi yang fana ini?

Kerana, bagaimana banyak jasa dan kebaikan kita,kiranya dipenghujung episod kehidupan, kita tersilap percaturan dan tercalarlah akan perasaan orang-orang sekeliling kita, bagi mereka, jasa kita nihil. Justeru, Allah Taala mengingatkan, susulilah akan kejahatan kamu itu dengan kebaikan. Sesungguhnya yang terakhir itu akan dikira.

Terlihat dari tulisan ini, sukarnya menahan nama kita terus harum dan wangi. Kemungkinan untuk busuk, layu dan terkulai itu ada. Nak maintain itu agak susah. Namun, bagi orang yang mengikuti dengan teliti petunjuk Al-Quran, bercakap mengikut Al-Quran mahu, bertindak menurut perhitungannya, bermesyuarah sebagaimana dalam surah Syura... Insya Allah, wangi tadi terus mewangi... Allah Taala akan melindungi kita, kerana Dia yang mengajar kita, dan kita telah menurut kehendakNya. "Alaihi tawakkal tu..." kepadaNya daku bertawakal.



Read more »

 
Wednesday, June 29, 2011

Al-Qur'an : GPS Garmin Menuju Akhirat

Sebagaimana pentingnya jalan menuju ke dunia, sekali sesat boleh membawa padah. Dari itu, sepanjang jalan kita perlu kepada panduan. Maka lahirnya sime board, sebagai penunjuk jalan. Lebih besar bandar, lebih semraut jalannya. Walaupun adanya, penunjuk jalan, manusia boleh terlepas, tersalah faham dan tersesat jua.

Kemudian hari ini, zaman teknologi CANGGIH, lahir pula GPS Garmin. Macam-macam nama, macam-macam bentuk, model dan untuk kegunaan kenderaan jenis apa. Semua manusia yang "gila" barang teknologi ini, mencarinya, dan membelinya.

Untuk apa? Ya, untuk apa lagi kalau bukan untuk memudahkan kerja-kerja seharian. Adanya GPS boleh mengelak kerugian masa dijalanan yang tak perlu kita lalu. Sangat menjimatkan kan.

Sebagaimana pentingnya jalan menuju ke dunia ini, maka sebenarnya lebih penting jalan menuju akhirat.

Kalau dunia, sekali tersesat, boleh patah balik kan. Kalau akhirat boleh gitu jugak ke?

Tuhan bercerita, ketika sampai di padang mahsyar (tempat berhimpun). Ada segolongan manusia berkata, "Rabbana absor na wa sami'na, farji'na, na'mal soolihan, inna muu qinun".

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami sudah lihat, (teriak tangisnya manusia dalam neraka), dan kami telah dengar ( suka hilainya manusia di syurga), maka tolonglah kami, kembali kan kami semula ke dunia Ya Allah, sesungguhnya kami telah yaqin. (dengan janji Mu sebelum ini, akan adanya syurga dan neraka.

Namun, segalanya tiada guna lagi.Sesalan di sana tak membawa apa-apa perubahan pada takdir Tuhan.

Kalau garmin membantu manusia di dunia nan sempit ini, apakah yang bisa membantu kita di tempat nan luas nanti bu? Kalau garmin boleh membantu kita buat keputusan ke kiri atau kanan. Maka apakah yang boleh bantu kita buat keputusan, baik atau buruk?

Apakah anda mengandalkan kepada otak semata? Oh tidak.Otak tak mampu memikirkan hal yang rumit dan sulit. Anda tau berapa ringgit wang yang ada dalam kocek seluar kawan anda disebelah tu?

Ternyata otak kita tidak mampu memberikan jawapan. Kerana itu, maka Allah Taala menghantar nabi demi nabi, bukan seratus atau seribu, bahkan 124,000 orang Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Untuk apa tuan-tuan? Tak cukup dengan Nabi, ada lagi wahyu yang diturunkan pada mereka, ada hadis Qudsi, hadis Nabi, dan adanya Al-Kitab. Turunnya Taurat, Injil Zabur dan Al-Qur'an. Itulah GPS, itu lah garmin, untuk manusia seluruhnya.

Sangat-sangat rugi disana nanti tuan-tuan, orang yang menolak Al-Qur'an, lalu mengambil yang lain sebagai GPS hidupnya. Menolak Al-Qur'an bukan maknanya tolak "tubuh" Qur'an itu, tetapi menolak hukumnya, tidak menggunakan pakai hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Qur'an.

Lebih istimewa, kepada Nabi Muhammad, Allah Taala membawanya, tubuh dan jasadnya bersama ruh naik ke langit, dalam perjalanan Israj dan Mikraj. Pada zaman yang belum ada pesawat dan jet, belum wujudnya belon udara dan kapal angkasa, Jasad Muhammad dibawa sampai ke langit ke tujuh, untuk menyaksikan segala PLAN dan perancangan TUhan yang Maha Esa.

Bermula hidup, lalu akhirnya mati, kemudia hidup lagi di alam kubur, dan kekal abadi di alam akhirat. Terhidang nikmat tak terkata, namanya SYURGA, terhidang SEKSA yang tak mampu di tanggung manusia. Namun mereka ingin mencubanya juga.

Nabi melihat bagaimana dosanya dan bagaimana seksanya manusia yang berbuat onar. Semuanya complete. Lalu cerita ini dibawa turun ke bumi, untuk panduan manusia yang didalam jiwanya, ada perasaan "Khauf" takut pada tuhannya.

Mungkin, kalau kita yang naik ke langit, kita fikir pasti ramai orang yang akan percaya dengan cerita ini. Namun sayangnya, tak semua manusia menerima cerita ini. BUkan sahaja di anggap mengarut, bahkan Muhammad di tuduh sudah GILA.

Begitulah kisahnya, maka begitu pula kesudahannnya. Mungkin ada manusia berfikir, ALLAH Taala sengaja buat neraka, seolah-olahnya Tuhan sudah bercadang, nak sumbat manusia ke dalamnya. Allah Taala tidak bermaksud begitu sebenarnya, kita diberikan akal untuk berfikir, sejauh mana akal boleh guna, ikutlah, namun ada masanya akal "hang", tak mampu memberi jawapan, kerna itu, Al-Quran itu wujud dan dijaga zaman-berzaman.

Manusia, dalam dirinya ada NAFSU, diluar dirinya ada SYAITAN. Dalam dirinya juga, ada naluri ketuhanan, naluri yang ingin berTUHAN.Sungguh cacat NALURI orang yang tak gemar bertuhan. Lalu carilah tuhan, sebagaimana IBRAHIM a.s mencari Tuhannya.

Sungguh kasihan, orang-orang yang tidak beragama dan tiada agama, pernah saya ke sebuah sekolah dalam siri ceramah, awak apa agama? Tanya saya. Yang lain tolong jawab, dia tiada agama cikgu. Aik....masak kamu tiada agama. Kalau begitu, siapa yang menjadikan kamu?



Read more »

 
Tuesday, June 28, 2011

Hukuman Pancung : Manusiawi kah?

Sama saja dengan ayat Pak Tom... terpulang kepada anda untuk melihat atau tidak video ini

Read more »

 
Sunday, June 26, 2011

Kisah Matinya Seekor Burung

jutaan orang di Amerika dan Eropa meneteskan air matanya setelah menyaksikan foto-foto ini :

Seekor burung betina terkapar di pelataran dengan kondisi tubuh yang parah.

..

Pasangan jantannya membawakan makanan kepada sang betina dengan kasih sayang dan haru.

Ketika sang jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian sang betina mati terkulai. Sang jantan sangat terpukul dan berusaha mengangkatnya.

Sang burung jantan akhirnya menyadari bahwa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan pujaannya yang telah terkapar mati kaku.

Sambil berdiri di samping tubuh sang burung betina, sang jantan kemudian “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan.

Akhirnya sang burung jantan menyadari bahwa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan bisa hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuh sang betina dengan sedih dan duka yang mendalam.

Pasangan burung ini dikabarkan diambil fotonya di suatu wilayah di negara Republik Ukraina, saat burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya

http://apexsajo.wordpress.com/category/uncategorized/

Read more »

 
Saturday, June 25, 2011
Friday, June 24, 2011

Bersama Pelajar Hulu Langat di MSU Shah Alam

25 Jun 2011. Semalam petang saya di SMK Cheras Jaya, dalam rangka memberikan ceramah kepada 1200 pelajar berkenaan penyalahgunaan dadah. Hari ini saya berada di MSU, Shah Alam. Jemputan dari PPD Hulu Langat. En.Aziz yang membuat panggilan, "boleh minta tolong tak" katanya.so, saya tak banyak masa untuk memutuskan, hanya meng iyakan sahaja. Sebab En.AZiz pernah membantu saya dulu, pernah membawa saya naik kapal terbang ke Batu Buruk Terengganu.

Gambar semalam di SMK Cheras Jaya.
OK...Berita selanjutnya nanti ya. Program Explorace di MSU
Antara Admin....
Master Admin...
Lagi Foto


Read more »

 
Thursday, June 23, 2011

Ceramah Pencegahan Dadah di SK Dusun Tua Hulu Langat

23 Jun 2011. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua Hulu Langat hari ini menamatkan program benci dadah yang diadakan selama seminggu.

Mereka menjemput saya selaku penceramah utama di temani seorang rakan, En.Suzaidi Sulaiman, yang merupakan Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan. Habis ceramah, sesi jamuan di kantin, kesempatan ini, Guru Penolong Hal Ehwal Murid, En.Adlan, Guru Besar dan Ustaz Khairuddin bertukar fikiran dengan penceramah.
Untuk rekod, besok (24 Jun) SMK Cheras Jaya buat pertama kali menjemput saya menyampaikan ceramah tajuk yang sama. Manakala di SK Rawang pada 30 Jun 2011.

Read more »

 
Wednesday, June 22, 2011

Sebagaimana Engkau Datang

Berkata guru saya, ketika anda lahir ke dunia, anda menangis dan orang disekeliling anda ketawa, suka gembiranya mereka menyambut kelahiran anda ke dunia ini, nah katanya, kalau boleh, cuba ubah, sewaktu anda meninggal nanti, anda yang ketawa, sedang orang lain yang menangis.

Sahabat sekalian, maksud anda ketawa ketika meninggal dunia ialah, anda merasa sangat senang akan pertemuan dengan Allah SWT, Tuhan yang mencipta diri anda, memberi makan, minum, udara dan nikmat kebahagiaan hidup didunia nan sementara ini.

Yang Akhir Itu diKira

Sedangkan nikmat di akhirat jauh lebih baik dan kekal akan ia. Sesungguhnya, yang akirnya itu akan menjadi perkiraaan. Seorang manusia, sangatlah jahat, sepanjang hidupnya tak pernah berubah, kecuali menjelang akhir hidupnya, dia mendapat hidayah dan insaf lalu bertaubat, itulah yang diperhitungkan tuhan. (Wal akhiratu khairun wa abqo).

Sedangkan seorang lagi, sangat banyak jasanya, berbakti pada sekolah, negara dan bangsa, namun sayang, dipenghujung hidupnya, dia melukakan hati dan mengguriskan perasaan ramai orang, membuatkan semua yang terluka menjadi sangat duka, berkecil hati atas tindakannya yang tidak berada dilandasan agama, yang tergelincir dari ril fitrah insaniah, lalu semua hati menjadi tawar dan mula menjauhkan diri darinya. Walaupun sebesar mana kebaikkannya selama ini, ia tertutup oleh kejahatan dan kesilapannya yang akhir itu.Kebaikan itu tertutup.

Sebab itu, Allah memerintahkan kita, iringilah kesilapan, iringilah kesalahan kita dengan kebaikan. Jangan sesekali membuat hati orang terluka, berhati-hati ketika bercakap, jiwa manusia dewasa bukan macam anak kecil yang boleh di ubat dengan gula-gula. Anda dapat pangkat, kekalkah pangkat itu? Bukankah ia hanya sementara cuma?

Kerusi yang anda duduki, apa anda fikir akal kekal? Satu masa, orang lain akan ambil alih, dan bukankah, hidup ini, tak lebih seumpama sebuah wakaf. Wakaf yang dijadikan tempat menunggu bas dan berteduh, seseorang datang, lalu singgah kemudian pergi, datang lagi yang lain, singgah kemudian pergi.

Oh..begitulah hidup ini. Anda pun akan pergi, apakah anda lupa? So, mengapa teganya memusnahkan kebahagiaan diri anda sendiri selama ini yang begitu sukarnya anda bangun. Sekarang dimana kemegahan itu? Dimana pangkat itu? Apa anda akan bawa ke lubang kubur?

Read more »

 

Kemalangan Maut di Batu 13 Hulu Langat

Pagi ini saya dalam perjalanan ke SK Dusun Tua Hulu Langat dalam satu misi menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Saya bersama dengan Suzaidi Sulaiman, Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Saya memilih menunggang motosikal, kerana jalan disini memang selalu "jem". Kalau naik motokar pasti lambat sampai. Bila sampai di Batu 13, kelihatan satu jasad terlentang atas jalan. Saya memberhenti motosikal lalu mendekati mangsa.

Kelihatan seperti dalam TV, macam mana orang nak meninggal. Mulut terbuka...tertutup, terbuka lagi, tertutup, saya bisikan "Asyhadu an laaa ilaha Illal Lah".... Namun tiada respon. Kelihatan kesan tayar atas paha mangsa. Ini mangsa tersebut.
Mangsa rupanya bernama Salbi Adetia, berasal dari Batam Indonesia, saya meminta seorang yang ada kat situ mengambil telefonnya.

Saya hubungi ke panggilan terakhir yang tercacat dalam telefon tersebut, minta tolong datang, kawan awak eksiden.
Tak lama kemudian, saya lihat ada panggilan "Miss Call", saya hubungi, awak dari mana? Ampang katanya, cepat sikit, polis tengah tunggu, saya rasa kawan awak ni dah meninggal. "Masya Allah"...
Jam 8.27 saya perlu tinggal tempat ini, murid-murid di SK Dusun Tuan sedang menunggu saya. JUga sahabat saya, Puan Nyai Mariani dan Ustaz Adlan.

Read more »

 

Pergi Jua Sahabatku

1998. Kami sama-sama tiba di Banda Aceh, tepatnya bulan Ogos, ketika rakyat di Malaysia hendak menyambut 31 Ogos. Rakyat Malaysia di Indonesia pun tak kurang semangatnya, termasuklah abang-abang dan kakak-kakak letting kami. Abang letting adalah panggilan kepada orang yang telah dahulu belajar sebelum kita di sebuah universitas, kendatipun usia nya lebih muda dari kita.

Dari Pulau Pinang, kami satu letting naik kapal terbang MAS seramai 17 orang. Sampai Medan kami singgah di Jalan Gajah Mada, menunggu bas malamnya jam 10 untuk ke Banda Aceh, jarak masa perjalanan waktu itu 12 jam.

Dalam perjalanan itu saya mengenali Fadhil, Murshidi dan rakan-rakan yang lain. 4 tahun kami sama-sama belajar, rata-rata berjaya menyiapkan skripsi, alias tesis sarjana muda. Kecuali Raja Muhammad Hamidi, hanya mampu bertahan 6 bulan, (1 semester), akibat ketiadaan wang, Raja Hamidi terpaksa berhenti separuh jalan.

Manakala Murshidi, (depan kanan, berkaca mata), menyambung pelajaran ke Pekan Baru. Hasratnya tak dapat di tahan-tahan, alasannya Aceh sedang berperang. Pun saya tak sempat menghantarnya ke Stesen Bas.

Sewaktu saya tamat belajar, banyak barang yang perlu dibawa, sudah isteri sarat menunggu hari, banyak barang saya tinggal di rumah Pak Sayudi di Medan. Sesudah pulang ke Malaysia, susah hendak ke sana semula. Saya minta tolong arwah membawa pulang barang saya yang berkotak-kotak itu.

Dengan rela hati dia bawa pulang. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Pekan Baru. Khabarnya sempat siap tesisnya. Seminggu sebelum cuti sekolah minggu lalu, saya terkejut, apabila seseorang menyapa di facebook, katanya semoga arwah Murshidi digolongan dalam hambaNya yang soleh. Masya Allah..awalnya dia pergi.

Akibatnya mandi di sebuah air terjun dan dikatakan terkena virus air kencing tikus, malamnya demam dan besoknya terus pergi. Seawal 33 tahun.Al-Fatihah untuk mu Mursidi. Kenangan di sana masih ada dalam memori. Sayang masa tak lama kamu di dunia ini, terima kasih kerana pernah menerima bimbingan saya.

Read more »

 
Monday, June 20, 2011

33 KUNCI KEJAYAAN

33 KUNCI KEJAYAAN YANG PERLU PADA DIRI SETIAP PELAJAR SEKIRANYA ANDA BERAZAM INGIN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM PELAJARAN


SEBELUM PERGI KE SEKOLAH DAN SEWAKTU BERADA DI SEKOLAH

1. TETAPKAN MATLAMAT ANDA DENGAN JELAS IAITU MENDAPAT BERAPA A DALAM PEPERIKSAAN YANG BAKAL ANDA DUDUKI.
2. YAKINKAN DIRI ANDA BEHAWA SSG ANDA BOLEH MJADI PELAJAR YANG CMLRANG SPT PELAJAR2 LAIN YG INGIN BERJAYA
3. BERCITA-CITA TINGGI. LETAKKAN CITA2 YG TINGGI KRN PENTING MENDORONG ANDA UNTUK TERUS BERAZAM DAN BERUSAHA.
4. BERAZAM BERSUNGUH2 UNTUK BERJAYA.
5. BERDISIPLIN DALAM APA JUA PERKARA TERUTAMA YANG MELIBATKAN PELAJARAN KERANA DISIPLIN MRUPAKAN ASAS KEJAYAAN ANDA.
6. LAKUKAN SEMUA TUGAS DAN TGJAWAB ANDA DENGAN BSUNGGUH2
7. MULAKAN DARI SEKARANG. JANGAN BERTANGGUH KERANA BERTANGGUH PENGHALAN KEJAYAAN.

SEWAKTU BELAJAR DAN SEWAKTU BERADA DALAM KELAS

1. BERNIATLAH SETIAP KALI MELANGKAH UNTUK PERGI KE SEKOLAH DAN PINTU PAGAR SEKOLAH SERTA DI PINTU KELAS KRN SETIAP AMALAN KALAU DIMULAKAN DG NIAT PASTI MDAPAT KBERKATAN.
2. LAKUKAN SENAMAN RINGKAS SEKURANG2NYA TARIK NAFAS 3 KALI SEBELUM BELAJAR DAN AMALKAN SELALU MINUM AIR SEJUK SEWAKTU BERADA DI DALAM KELAS KERANA BAIK UNTUK KECERDASAN OTAK, ELAKKAN MENGANTUK DAN LETIH.
3. HORMATILAH GURU SEPENUHNYA KERANA ILMUYANG ANDA PEROLEHI DATANGNYA DARI GURU ANDA. TANPA GURU, ANDA TIDAK AKAN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG.
4. BERIKAN TUMPUAN SEEPNUHNYA SEWAKTU BERADA DALAM KELAS TERUTAMA SWAKTU GURU SEDANG MENGAJAR.
5. JANGAN TAKUT UNTUK BERTANYA SEKIRANYA ADA YANG ANDA TIDAK FAHAM. LEBIH BANYAK YANG ANDA TIDAK FAHAM DAN GAGAL SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN, MAKA BERAMBAHLAH MASALAH ANDA DALAM MENGUASAI SST MATA PELAJARAN. ANDA JUGA PERLU MENGETAHUI KAEDAH BELAJAR YANG EFEKTIF SERTA TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BERKESAN.
6. BERUSAHALAHAGAR CEPA FAHAM APA YANG DIAJARKAN OLEH GURU DENGAN MENGGUNAKAN ANGGOTA BADAN YANG TERLIBAT SEPENUHNYASEPERTI MATA, TANGAN DAN TELINGA.
7. ELAKKAN DARIPADA LETIH, MENGANTUK SERTA TIDAK BERSEMANGAT SEWAKTU ANDA SEDANG BELAJAR.
8. PASTIKAN SEMANGAT BELAJAR DAN TUMPUAN ANDA BERTERUSAN DI DALAM KELAS.
9. SIAPKAN SEMUA LATHAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. LAKUKAN DENGAN PENUH KEIKHLASAN.
10. BANTULAH RAKAN2 ANDA YG MEMERLUKAN PERTOLONGAN TERUTAMA YANG MELIBATKAN PELAJARAN KERANA MBANTU RAKAN2 SCR TIDAK LANGSUNG NDA PASTI AKAN MENDAPAT LEBIH BANYAK KEBAIKAN DAN KEBERKATAN. BERBINCANGLAH DENGAN RAKAN2 TERUTAMA MELIBATKAN PELAJARAN.
11. JANGAN SEKALI-KALI BERMAIN, MENGGANGU RAKAN2 ATAU MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBAZIRKAN SEWAKTU BERADA DI DALAM KELAS.
12. UCAPKAN TERIMA KASIH SETIAP KALI SELEPAS GURU MENGJAR ANDA DAN SEBELUM UJIAN TIDAK SALAH ANDA MENGUCAPKAN PERKATAAN SEPERTI INI IAITU „CIKGU, HALALKAN SEMUA ILMU YANG TELAH CIKGU AJARKAN KPD SAYA SETA DOAKAN KEJAYAAN SAYA.

SEWAKTU SEKOLAH TERUTAMA SEWAKTU BERADA DI RUMAH

1. JAGALAH PEMAKANAN HARIAN ANDA. ELAKKAN MAKANAN YG TIDAK BERKHASIAT.
2. JAGALAH KESIHATAN AGAR ANDA SENTIASA CERGAS DAN CERDAS.
3. URUSLAH MASA ANDA DENGAN TERSUSUN.
4. BUATLAH JADUAL HARIAN DAN JADUAL YANG DAPAT ANDA IKUTI SEPENUHNYA.
5. PENUHI MASA ANDA DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH. BUAT ULANGKAJI. MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN DAN BANYAKKAN MEMACA.
6. CARILAH SUASANA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA BELAJAR DENGAN TENANG.
7. PASTIKAN SEMUA KEPERLUAN ANDA ADA SPT BUKU RUJUKAN, BUKU LATIHAN, PEN, PENSIL, PEMBARIS DAN PEMADAM TERSUSUN.
8. KURANGKAN AKTIVITI YANG BOLEH MELEKAKAN ANDA MENONTON TELEVISYEN, BERMAIN DAN LAIN-LAIN.
9. BERTANYALAH KEPADA IBU BAPA, ADIK-BERADIK ATAU MEREKA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN PELAJARAN SPT TDK MMHAMI SST PERKATAAN.

AMALAN2 LAIN YANG SGT PENTING MESTI ANDA AMALKAN

1. LAKUKAN SMUA PERINTAH ALLAH DENGAN PENUH KESUNGGUHAN, TERUTAMA SOLAT ANDA.
2. JADILAH PELAJAR YANG BERAKHLAK MULIA SPT MENGHORMATI KEDUA IBU BAPA SEPENUHNYA. JANGAN SEKALI-KALI ANDA MELAWAN, INGKAR ATAU MELAKUKAN PBUATAN YG MENYEBABKAN KEDUA IBUBAPA MERASA TIDAK GEMBIRA DAN TERTEKAN.
3. HORMATILAH SEMUA ORANG YG LEBIH TUA DARI ANDA DAN YANG PALING PENTING ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ADIK-BERADIK ANDA SERTA SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI.
4. SENTIASA BERDOA DALAM SETIAP PERKARA YANG ANDA LAKUKAN. INGATLAH! BERDOA SST YG DITUNTUT TERTAMA BG PENGANUT AGAMA ISLAM. JADILAH MANUSIA YANG STIASA MHARAPKAN PTOLONGAN ALLAH DALAM SEMUA URUSAN. INSYA ALLAH ANDA PASTI BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

PUSAT MOTIVASI ELIT, KLANG

Read more »

 
Saturday, June 18, 2011

Rindu Tanah Rencong


BUminya indah...subur
Kaya dengan adat dan warisan zaman berzaman
Terima Kasih pada abang letting, Abe Marzuki Sepial yang telah meng-upload gambar-gambar sewaktu ke Aceh baru-baru ini. Inilah antara jalan-jalan yang sering kami melalui ketika di Aceh selama 4 tahun.Dan ini juga
Dan ini Abe Qi..
Bukitnya botak, tiada tumbuhan yang tumbuh besar macam iklim kita di Malaysia
Kawasan Pasar

Dan banyak lagi foto dalam FB Marzuki, klik sini

Read more »