Sunday, January 23, 2011

Buletin ke 2 2011

Salam motivasi. Semoga anda semua dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera. Terima kasih kerana masih setia bersama Buletin BnK SK Bangi. Buletin ini keluaran kali ke2 tahun ini, jangan lupa baca yang pertama ya.

Buletin kali ini ingin memaparkan rahsia kejayaan murid sekolah ini yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Kejayaan mereka ini cikgu buat koleksi dan setelah dirumuskan, berikut adalah beberapa rahsia mereka.

Cikgu telah menghubungi mereka, bercakap dengan mereka dan juga dengan ibubapa. Kalaulah dikumpul-kumpul semua jawapan itu, dan disatukan, maka hasilnya adalah begini.

1. DIRI MURID

Yang pertama kejayaan itu datangnya dari KEHENDAK murid itu sendiri. Macam mana kuatnya motivasi dari luar,tapi kalau diri murid tidak ingin untuk cemerlang, dia hanya target LULUS sahaja, maka dia tidak akan berkerja kuat untuk Berjaya.

2. SEMANGAT YANG KUAT PADA DIRI PELAJAR

Pelajar yang ingin cemerlang mempunyai semangat yang kuat dan berterusan. Tidak pernah pudar, apalagi padam.

3. TUMPUAN PENUH DALAM KELAS

Ini pun antara yang penting. Bagi TUMPUAN dalam kelas masa guru mengajar. Buka mata luas-luas. Buka ruang dalam otak untuk ilmu itu masuk. Kalau ini kamu lakukan, maka tak perlulah sibuk-sibuk nak pergi kelas tuisyen.

4. BERSEGERA MENYIAPKAN TUGASAN

Ada antara pelajar yang Berjaya tidak buat kerja sekolah rupanya kat rumah. Dia balik rumah, relax saja, sehingga bapanya bertanya, “Eh kamu tak ada kerja sekolah ke?” Tak…dah buat kat sekolah dah tadi. Oo.. rupanya dia dah buat awal-awal masa cikgu tak ada tadi. Maknanya dia tidak mengamalkan sikap bertangguh. Sikap apa? Ya.. tidak bertangguh.

5. TERUS BERTANYA APA YANG TIDAK FAHAM

Ini satu masalah, kajian yang cikgu buat pada tahun 2005, apabila ditanya, berapa orangkah yang takut bertanya ketika guru mengajar. Hasilnya 49% mengaku merasa takut.

Untuk apa takut pada cikgu? Pernah tak kamu lihat cikgu makan budak? Ada? Kat mana? Mana ada kan. Memang menjadi tugas guru untuk mengajar, jadi, kalau kamu tak berapa faham, tanyalah.

Jangan nanti balik rumah nak tanya mata pelajaran sains pada nenek. Manalah nenek tahu hal itu.

Boleh ubah sikap tak. Kalau nak Berjaya, kamu kena berani bertanya, Cuma cara bertanya tu kenalah elok-elok. Macam ni caranya, “Cikgu…maafkan saya cikgu, boleh tak cikgu jelaskan sekali lagi tentang warna-warna pelangi?”.. ha…tanya dengan berhemah.

6. MENGIKUTI KELAS TAMBAHAN ANJURAN SEKOLAH

Kelas tambahan yang pihak sekolah buat biasanya amat menepati dengan soalan yang sebenar. Sudahlah murah, meriah lagi. Kalau lah ada program ini kat sekolah, sempat-sempatkanlah untuk mengikutinya.

http://images.mylot.com/userImages/images/postphotos/2383161.jpg

7. MEMBERI PENEKANAN SUBJEK LEMAH

Penekanan harus diberikan pada subjek yang lemah. Jangan menghabis banyak masa untuk belajar benda yang dah kita faham. Sedangkan ada yang kita langsung tak faham, atau faham macam tak faham. Ada FAHAM? Kalau tara faham, ulang-ulang lagi biar sampai faham.

8. DOA

Doa ini adalah senjata mukmin. Orang islam sangat rugi kalau tidak berdoa, segala yang tak mungkin berlaku boleh berlaku disebabkan oleh doa. Ya..doa boleh mengubah takdir. Kalau kita berdoa, tetapi ketetapan TUHAN tidak boleh diubah, untuk apa kita disuruh berdoa? Apalagi berdoa merupakan ibadah.

Kamu perlu sentiasa berdoa, dari awal tahun sampai nak masuk pintu dewan ujian dan sampai nak jawab ujian.

Mintalah mak ayah selalu berdoa dan kalau boleh laksanakan solat hajat. Reti tak? Ada yang tak reti?? Alamak..siapa ek? Macam ni caranya, solatnya sama 2 rakaat, Cuma niatnya beza, “sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat, lil lahi Taala.

Bacaan wajib ialah Al-Fatihah, selepas Fatihah bacalah apa-apa yang ingat. Dalam sujud akhir berdoa lah dengan bahasa kamu sendiri, tetapi jangan sampai bersuara, kalau tahu bahawa jawa, ha mintalah dalam bahasa jawa, Ya Allah Ya Tuhanku, kasihanilah daku.. sudahlah miskin, tercorot pulak tu,kalau boleh, tolonglah Ya Allah ubah nasib ku, agar menjadi lebih baik, tenangkan jiwaku, kuatkan ingatanku dan jadilah daku antara hamba-hamba Mu yang Berjaya. Boleh tu?

9. Teknik SATU

Amalkan teknik SATU. Apa tu, S.A ialah sedia awal, T pula ialah tumpuan penuh dalam kelas, dan U ialah ulangkaji.

Habis belajar disekolah, balik rumah buat ulangkaji, belajar lagi, baca lagi, tengok lagi, itulah namanya ulangkaji.

http://i2.squidoocdn.com/resize/squidoo_images/-1/lens2104255_1227282308wonder_pets.jpgJangan malas nak ulangkaji, Upin Ipin jugak, pensel-pensel box jugak, eh apa dah, spongebob? Entah lah.. Ini asyik TV TV TV…wonderpet, wonderpet, hari-hari, lama-lama muka kamu akan jadi macam wonderpet, baru padam muka.Hehe

10. PERBANYAKKAN MENJAWAB SOALAN

Carilah kat mana-mana kedai yang jual soalan-soalan tahun lepas, beli semua kalau mampu dan jawab. Bagi yang ada internet boleh ambil soalan UPSR tahun sebelum di laman web. Sedut, print dan jawab.

11. PERANAN MAK AYAH

Rupanya orang yang berjaya, mereka ada mak ayah yang selalu menolong. Bukan tolong buat kerja, tapi tolong tengokkan kerja sekolah sesekali, tolong marah-marahkan sesekali, tolong belikan buku-buku untuk latih tubi.

Tolong habiskan duit untuk pergi kem motivasi sekali setahun. Hmmm apa lagi ek.

12. BACA YASIN

Antara rekod kejayaan orang berjaya ialah sering membaca Yasin. Yasin ini hatinya Al-Quran kata Nabi. “Kalau boleh, aku ingin semua didada umatku ada Yasin” sambungnya lagi. Maknanya sampai kita hafal surah Yasin di mulut.

Selain itu, jagalah pemakanan, jangan makan makanan yang dipijak semut atau terpijak semut. Air yang bergas, macam coca-cola jangan minum,kandungan gulanya 3 kali ganda lebih dari gula biasa.

Bantulah otak kita dengan pemakanan yang baik, kismis, madu, minyak ikan dan sebagainya telah dipraktikkan oleh pelajar yang Berjaya.

 

No comments:

Post a Comment