Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Thursday, January 20, 2011
Tulisan ini khusus buat insan yang mengejar kedamaian dalam hidup...
Tercatat dalam sebuah ayat bahawasanya.."Yau ma la yan faun maalun wa laa banuun" hari akhirat itu, tiada guna lagi harta dan anak-anak. La yan fa' maknanya tiada manfaat lagi. Sejauh mana manfaat itu akan harta dan anak-anak itu disana nanti, wallahu a'lam.

Yang nyata benar, harta didunia seperti rumah, basikal, kereta, emas dan sebagainya memang tidak boleh membantu kita disana, dengan kata lain, segala kekayaan yang kita miliki, tak akan membantu kita disana. Kerana ia hanya berbentuk materi.

Termasuklah anak-anak, bahkan dalam Quran juga turut menyebut, "yauma yafirru mar u mi akhihi, wa ummihi, wa abihi, wa sohibatihi wa baniih..."

Hari (akhirat) adalah hari yang lari seseorang dari seseorang yang lain, dari saudaranya, dari ibunya, dan ayahnya dan sahabatnya dan anak-anaknya...." Begitulah gambaran kelam-kabutnya suasana disana, hingga keluarga yang rukun didunia ini pun saling lari-lari. Tidak mahu bertemu.

Adalah disebutkan bahawa "kelarian" itu adalah dikeranakan takut pada dosa masing-masing yang bersangkutan dengan anak, isteri, suami, bapa, ibu, sahabat dan sebagainya.

Namun saudara, itu cerita dipadang mahsyar....

Saya ingin sampaikan..."ballighu 'anni walau aayah " kata Nabi.... Sampaikan dari ku walau se ayat. Ketika meninggalnya seseorang anak Adam, 3 perkara yang berguna bagi ruhnya dialam barzakh, pertama ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain, kedua sedekah jariah, sedekah yang mengalir terus pahalanya dan ketiga ialah anak soleh yang mendoakan untuk orang tuanya.

Apakah nasib yang menimpa si mati, kita pun tidak tahu. Secanggih apa pun mikroskop tidak mampu meneropong alam barzkah. Tetapi hadis bercerita bahawa didalam kubur itu ada azab dan ada pula kenikmatan, kerehatan. Sebagaimana dalam doa yang kita bacakan untuk jenazah dalam solat mayyit.

Azab bagi yang tidak menunai tanggungjawabnya selaku insan, hamba kepada Tuhannya. Dan Kenikmatan bagi yang bersusah payah untuk menunai apa yang di gariskan Tuhan. Sesungguhnya di kubur ahli kubur yang soleh boleh melihat dari jauh dan mencium bauan dari syurga. Ma sya Allah..

Tuan-tuan, ketika kita di alam kubur, andai kata kita banyak dosanya dengan tuhan, andai kata kita ahli maksiat, sembahyang ikut suka, maka tiadalah yang boleh membantu kita berdepan dengan pukulan malaikat tukang azab, walaupun sesiapa yang ada hubungan kerabat dengan kita. Baik dia OCPD, ketua Imigresen dan sebagainya, kecuali anak-anak.

Anak yang bagaimana? Ya anak yang bagaimana? Disebut dalam hadis Qudsi, bahawasanya... Firman Tuhan..

"Fas tah yaitu min 'abdi an 'u'azibahu fi batnil ardi, wawa laduhu yazkuru ismi 'ala zahriHa"

Ertinya...

"Aku (Tuhan) malu menyiksa hambaKu yang berada didalam perut bumi, yang mana anak-anaknya berzikir menyebut namaKu di atas permukaannya (bumi)".

Nah... anak yang berzikir, firman Tuhan lagi dalam surah an-nisa' ayat 103," Maka apabila engkau selesai solat, maka berzikirlah menyebut Allah" Artinya, anak yang solat dan kemudiannya berzikir. Bukan berzikir semata tetapi tidak solat.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers