Sunday, January 30, 2011

Ustaz Azmil Mustafa Memberi Syarahan di SKB

31 Jan 2011.BANGI. Hari ini murid tahap 2 di jangka akan dapat mendengar syarahan dai seorang insan yang pernah bergelar artis suatu masa dulu. Beliau pernah berlakon dalam filem Ali Setan bersama Dato FAuziah Ahmad Daud. Hari ini beliau bersetuju untuk hadir dalam rangka memberikan satu bekas dihati pelajar.

Foto-foto dibawah

Ustaz Hj.Azmil Mustapha, dulunya pelakon yang meraih RM10,000 sebulan, kini bergelar Ustaz, berdakwah ke mana-mana, memanjangkan dakwah rasul.. dan hari ini, beliau ke sekolah kami, daerah jauh di Bangi Lama.. Terima Kasih atas kunjungan Ustaz...

Untuk makluman, Ustaz Azmil sekarang tinggal di Syria bersama 5 anaknya, dan sering pulang ke Malaysia 2 kali setahun. Minggu depan beliau akan ke sana lagi.
Murid-murid sekolah rendah pun suka mendengarnya..

Akhirnya makan di dalam bilik kaunseling yang berhawa dingin... saya sempat katakan, apabila saya memberi tahu rakan fb bahawa ustaz akan ke sekolah saya, ramai yang minta nombor contact ustaz.. Boleh berikan katanya...di sebelah beliau ialah anaknya yang nombor 4, minggu ini akan ke Melbourne, Australia, melanjutkan pelajaran fotografi.
 

2 comments: