Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

LOGO

 

Admin Blog

Admin Blog
Manisah
Wednesday, February 9, 2011
Seronok tengok Kak Pidah dah 2 kali keluar TV.Malam ni keluar lagi dalam 360 TV3. Saya sempat bersama Kak Fidah dan kakitangan Rumah Sinar Salam dan juga pegawai AADK Wilayah mengikuti program Out Reach yang mereka jalankan pada tahun 2008.

Kak Fidah dan suami nya (Raja Azizan) sebenarnya berasal dari bekas penagih dadah.

Kalau tak salah saya, Kak Fidah pernah 3 kali masuk pusat, dan penjara tak pernah katanya.

Sekarang ini beliau mengusahakan Rumah Sinar Salam di Chow Kit bagi membantu gelandangan (bahasa Indo), pelacur-pelacur dan penagih dadah.

"(Gambar di atas, saya dan Cikgu Nan sedang bersoal jawab dengan penagih, malam tu kami minta dia keluarkan apa barang yang ada dalam begnya, ternyata ada jarum, dan paling malang, anak negeri saya sendiri...huhu)

Rumah lokasi kegiatan Kak Fidah dibiayai oleh kerajaan. Syabas Kak Fidah, dari bekas penagih, kini menjadi manusia yang beramal untuk membantu penagih. Hanya penagih yang mengenal jiwa dan perasaan sesama penagih.

Malam itu, kami bergerak dalam 2 kumpulan, kami sempat merakam aksi penagih perempuan menyuntik heroin ke lengan kirinya.

Video ini saya masukkan ke Blog ini sekitar 2 tahun yang lalu.

"(Foto sebelah, adalah antara lokasi penagih tinggal siang hari, bayangkan dengan tikus berlari-lari, sampah dan najis pampers anak-anak)

Inilah gambaran kotornya jiwa penagih.

Tulisan saya berkaitan Kak Fidah dan suami (juga bekas penagih) saya selitkan disini. Saya ingin pembaca memahami, bahawa hidup ini bagaikan putaran roda.

Kalau dulu, Raja Azizan adalah seorang penagih, kini beliau katanya, sudah tiada lagi keinginan pada dadah, walaupun di letak dihadapannya. Dan saya sudah berhenti merokok. Pernah saya menjemput beliau berceramah bersama saya di sebuah sekolah, saya terima sms darinya begini "Maaf, saya waktu itu berada di Philipine". Nan, tengok, bekas penagih boleh ke mana-mana, bahkan mungkin dia lebih jauh berjalan dari anda. Anda pernah ke Philipine?

Sama juga dengan Presiden Pengasih, Datuk Haji Yunus Fathi, dulu pun bekas penagih, sekarang kalau ke pusat serenti memberikan ceramah, beliau membawa bersamanya projektor, lap top, sebuah kenderaan pacuan 4 roda,(HiLux), saya dengar beliau bercakap, waktu saya di negara ini, waktu saya di negara itu.... wah, sudah puluhan negara beliau singgah.

Bekas penagih.... ya bekas penagih.Allah Taala ganti kehidupan masa lalu dengan masa kini. Ini sebahagian kisah bayi malang yang dibuang dan berada di Rumah Jagaan Sinar Salam Klik sini.

Dan untuk anda.... berikut adalah video yang telah kami siarkan yang membuat mahasiswa di Ciast, Shah Alam menutup mata ketika saya memberikan ceramah kesedaran bahaya salah guna dadah.

Hehe, Dont Try This As Home... Tempat lain boleh ka...?

Tengah Baca Berita .. Terjumpa Video ini..


0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

Blog Archive